Wednesday, March 22, 2006

Tart Nenas

Tart Nenas yang telah siap dibentuk
hanya menunggu untuk dibakar
Jem nenas siap dibulat-bulatkan untuk
dimasukkan ke dalam pastri.
Pastri yang telah siap diadun diketul-ketulkan

Bahan-bahan: (menghasilkan 200pcs)

1kg tepung gandum
2-1/2 butter (1 ketul = 250g, biarkan pada suhu bilik)
4 kuning telur + 1 putih telur
1 sudu teh garam, essen vanilla dan pewarna kuning telur.
Jem nenas (masa nak buat jem tu.. nenas ni seeloknya diparut.. ini supaya hasilnya akan jadi bertali-tali, iaitu berserat maka.. kuih tart tu nanti bila makan. taklah pecah berderai)

Caranya:

Tepung dan butter digaul hingga sebati. Dah sebati.. ketepikan. Ambil telur (kuning dan putih), campurkan garam, essen vanilla dan pewarna kuning.. pukul sedikit (4.. 5.. kali kacau jer.. tak perlu sampai kembang.. just nak satukan esen, garam dan pewarna jer). Masukkan telur kedalam tepung tadi dan uli lagi hingga sebati.. dan doh menjadi lembut. Ambil jem nenas, ambil doh (besar sedikit dari jem nenas tadi).. masukkan jem ke dalam doh (seperti buat kuih onde-onde).. bentukkan lonjong sikit dan bolehlah digunting (sepit) menjadi bentuk nenas.

Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit.

Kalau betul--betul ikut resepi ni.. mesti menjadi. Selamat mencuba.

MyZana (7.37 pm)

19 comments:

Anonymous said...

puan, saya amat tertarik dgn resepi tart nenas puan tapi belum mencubanya, sempena raya ni ingat nak cuba jugak...saya sedang mencari2 resepi so terjumpa resepi puan. Ada setengah resepi taart nenas - ada yg masukkan sikit tepung jagung lah, gula ising lah, air sejuk sikit lah so tak tau mana satu nk ikut...

Anonymous said...

Zana , boleh berikan nombor telefon dan alamat rumah.

MyZana said...

Resepi saya ni memang tak guna tepung jagung. Rasanya lembut dan gebu, tapi tak lah sampai tersembur kalau makan. Kalau rajin saya juga buat untuk tempahan dan jualan semasa raya.. Sebarang pertanyaan boleh call saya.. 019-2436539

Anonymous said...

Zana,macam mana nak membentuk tart bungkus supaya bentuknyer sama jer macam awak punya.Dah lama saya mencari-cari no telefon sebab nak bertanyakan hal ni...saya dah cuba buat...tapi bentuknyer kecik besar...tolong ye..

MyZana said...

Untuk mendapat bentuk yang sama, saya gunakan acuan.. tak kiralah penutup apa pun atau acuan apa pun.. saya gunakan penyukat susu anak.. susu snow. Number yang saya berikan tu tak valid lagi.. kalau nak dapatkan no baru boleh ym saya di maizana_imran@yahoo.co.uk

Anonymous said...

saya n mak saya da try resipi ni..
da buat byk kali..
mmg sedap..
thanks 4 the recipe...


p/s-kpd sesapa yg buka blog ni,
try la buat resipi ni...
sedap...

Jee59 said...

Puan ,

Boleh share resepi buat jem tart nenas tak ...

Saya confius ada yang cakap guna kayu manis ada yang guna bunga cengkih ..Apa beza dua dua tu ..


Tolong ya puan

Anonymous said...

Salam Puan,
Tart nenas puan x letak gula ker?ker sy x nampak..kalu sy silap tgk..maaf ek..

Marhamah said...

salam..puan..
tart nenas puan mmg x guna gula ke..?

Yatte Omar said...

Pastri memang tak guna gula, tapi jem nenas tu gunalah.. pastri tart nenas I memang tak manis.. biasanya kalau I buat tart gulung baru I guna sedikit gula.

Yatte Omar said...

Untuk Jee59,

Nak buat jem nenas ni mudah jer.. parut seperti biasa (jangan blend.. nanti dia terlalu halus.. tak adalah kesan tarik2 tu), dan jangan buang airnya.. ini supaya jem tahan lama. Saya letakkan cengkih dan juga sedikit kulit kayu manis (untuk bau).. saya masakkan nenas yg diparut atas api... jangan masukkan gula dahulu.. biar air nenas agak kering baru masukkan gula.. if not dia mermercik.. habis tangan. Bila dah masukkan gula (ikut rasa).. perlu kacau selalu untuk elak dari hangit.

areen said...

akhirnya jumpa cara buat jem nenas .terima kasih

Yatte Omar said...

Silakan.. ikut jer cara tu.. InsyAllah jadi..

Anonymous said...

sya nak cuba resepi ni...cz da lama sya mencrinya..eee..butter yang digunakan 2 hingga 1/2 or 2 1/2...

Yatte Omar said...

Gunakan 2-1/2 butter. Selamat mencuba, klu jadi lapurkan lah ya.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Salam.....terima kasih kerana tak kedekut resepi. Saya pernah cuba resepi akak.suami suka...dah byk resepi doh utk tat nenas yg saya try. Akak punye juga dia suka. Terima kasih.Hanya Allah dapat membalas kemurahan hati akak.

Anonymous said...

Assalam, saya nk tanya. Mcmne nak buat duri tart nona tu. Saya perlu sapukan dulu kuning telur dan baru gunting ke. Pernah cuba tapi duri nona tu meleper bila di sapu kuning telor.
Duri tart nona awak nampak sgt cantek. Tksih ya.

Deli Hayat said...

Saya gunting dulu baru sapu kuning telur. Nak sepit (gunting) tu gunakan tweezer.