Tuesday, August 26, 2008

Menu Sabtu 23 Ogos 2008

Telur Itik Masak Lemak Cili Api

Bahan

Telur Itik 6 biji
6 - 8 biji belimbing buluh/ mangga muda
1 biji kelapa (perah santan)
Cili Api 25 biji (kalau nak pedas lebihkan lagi)
Kunyit hidup
Bawang merah 4 ulas
(3 bahan diatas di blend/ tumbuk halus)
Sedikit garam dan serbuk perasa

Caranya;

Masukkan santan dalam periuk, masukkan bahan tumbuk, belimbing buluh dan renihkan hingga mendidih. Pecahkan telur itik sebiji-sebiji kedalam santan yang mendidih, biarkan seketika sambil kacau santan (jangan sampai kena telur, bagi memastikannya telur tidak pecah). Masukkan santan pekat, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.. biarkan mendidih seketika.. angkat dan hidang.



Sambal Belacan Asam Binjai
Lada merah 6 biji
2 cm kiub belacan (dibakar atau digoreng)
5 hiris asam binjai
Tumbuh lada dan belacan, masukkan hirisan asam binjai.


Telur Goreng Masak Kicap

Tuesday, August 12, 2008

POPIA BASAH


A: Kulit Popia

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan air
  • 1 biji putih telur
  • 2 sudu makan cuka makan
  • 1 sudu kecil garam
Masukkan cuka makan dan garam kedalam air. Bancuh tepung di dalam bekas.. dan biarkan lebih kurang 1 jam. Gunakan tangan untuk membuat kulit popia. Mulakan melenser adunan dari sebelah luar dan bawa ke tengah. Bancuhan ini mesti dalam bentuk elastic (liat-liat bergam). Seeloknya gunakan 'non stick pan'. Tak perlu letak minyak (kalau letak minyak.., nanti masa nak melenser.. tepung tadi tak akan melekat).



B: Bahan Sos
  • 250 g lada kering,buang biji (rebus)
  • 3 - 5 ulas bawang putih
  • 200 g kurma (tanpa biji) atau ksimis hitam
  • Gula pasir/ perang secukup rasa
  • sedikit garam
Blend lada dan kurma serta bawang putih (blend bersama pun boleh). Masukkan dalam periuk.. masak dengan api perlahan hingga hampir pekat. Masukkan gula, garam dan masak lagi hinga betul2 pekat.




Kacang tanah, disangai dan ditumbuk halus


C: Bahan Inti.


  • Udang Kertas (bersihkan, gaul dengan tepung jagung atau tepung beras dan sedikit garam. Goreng dalam minyak yang banyak, tunggu sejuk dan blend kasar).
  • Kacang Tanah (sangai dan blend)
  • Kacang Panjang (hiris kecil2 dan celur)
  • Taugeh (celur)
  • Sengkuang (dihiris jejari panjang)
  • Lobak disagat (jejari panjang)
  • 1 keping tahu (dihancurkan)
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 ulas bawang merah
Bawang putih, merah dihiris. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bahan hiris hingga garing, masukkan sedikit serbuk kunyit, masukkan tahu yang telah dihancurkan, sengkuang.. masak hingga sengkuang agak lecur, masukkan lobak merah dan masak sebentar dan angkat masuk kedalam bekas.


Kedua-duanya kacang panjang dan tauge dicelur dan ditoskan

Udang Kertas digaul dengan tepung jagung dan digoreng (deep frying) kemudian di cincang halus atau blend kasar.

CARA MENGHIDANG;

Sapukan kulit popia dengan sos, taburkan kacang Tanah.


Letakkan kacang panjang dan taugeh, sengkuang dan taburkan dengan udang goreng tepung yang telah dihancurkan.


Gulung seperti membuat kuih ketayap.


~ Selamat mencuba ~

Nota.

Kulit popia boleh dibuat awal, pastikan ianya ditutup dengan tuala bsah.