Wednesday, December 14, 2011

Mee Siput Sambal Tumis



Mee Siput ni senang jer.. saya biasa beli di Muar atau Batu Pahat. Goreng macam kita goreng keropok, goreng dengan minyak panas (agar kembangnya menjadi).


Sambal Tumis.

Cara saya senang jer..

20 tangkai cili kering, rendam dan blend dengan sedikit ikan bilis
Segenggam ikan bilis, cuci dan goreng
2 labu bawang besar, di potong membulat.


Panaskan minyak, tumiskan lada blend, biar naik bau, masukkan bawang besar, sedikit asam jawa yang dibancunh dengan segelas air, masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Api biar perlahan, biar sambal merenih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, masukkan 2 sudu besar gula pasir. Renihkan hingga agak pekat (kacau sekali sekala).

Monday, November 28, 2011

Apam Tepung Gandum.


Bahan-bahan:
Sediakan loyang 10” x 10” x 3”
4-1/4 (1/2kg) cawan tepung gandum - diayak
3/4 cawan gula hitam (gula perang + gula pasir)
2 1/2 cawan air
1 peket yis serbuk - (Mauripan)
secubit garam (opt)
kelapa parut putih dikukus dgn sedikit garam.-
Cara Membuatnya:
Loyang disapu minyak sekeliling.
Yis dibancuh bersama 1/2 cawan air dan ketepikan.Tepung,gula digaul rata di dalam sebuah mangkuk lalu masukkan campuran yis sambil dituangkan lebihan air dan kacau dengan hand whisk/senduk hingga adunan sebati,licin dan tak berbintil2.
Tuang adunan ke dalam loyang dan biarkan adunan naik dua kali ganda, selama lebih kurang 30 min hingga 45 min. Panaskan kukusan dan kukus selama 30-40 min. Biar apam benar2 sejuk.
Apabila kuih benar2 sejuk, bolehlah dipotong dan hidangkan bersama kelapa parut kukus.
Nota:
Kali pertama saya buat, apam ni berkawah selepas kukus, jangan biarkan apam ini naik terlalu lama.

Donut (resepi Donut Suria)



Bahan A:
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar susu tepung
3 sudu besar lelemak sayuran (shortening)
3 sudu besar gula caster

Bahan B:
200ml air suam
2 sudu teh instant yeast
20ml air tambahan jika perlu. (bancuh 200ml air suam dengan instant yeast, ketepikan)
Cara membuatnya:
1.       Satukan semua Bahan A.
2.       Masukkan bancuhan Bahan B ke Bahan A. Masukkan air tambahan jika perlu. Kemudian uli doh hingga licin dan lembut.
3.       Terus terap atau bulat-bulatkan dan letak inti pilihan.
4.       Perap hingga naik dua kali ganda, lebih kurang 30 minit.
5.       Goreng dengan api sederhana hingga warna coklat keemasan.
6.       Salut gula icing atau celup dalam coklat cair..
Hmmm.. hasilnya sedap dan lembut. Harus cuba.

Apam Beras




Bahan-bahan:

· 2 cawan tepung beras
· 2 cawan tepung gandum
· 1-1/2 cawan gula pasir
· 1 packet mauripan
· 2 cawan nasi
· 3 cawan air ( air dan nasi diblend hancur)


Cara-cara:

Satukan tepung gandum, tepung beras dan mauripan ke dalam mangkuk yang besar, gaulkan dan ketepikan dahulu.

Kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur, masukkan gula dan blend sampai hancur. Campurkan bahan yang telah diblend dengan bahan yang telah digaul tadi dan sebatikan adunan.

Biarkan adunan mesra selama satu atau dua jam..adunan akan mengembang selepas tu. Titiskan warna-warna kesukaan dalam adunan, isikan adunan ke dalam acuan lompang dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit.


Adunan yang telah mengembang

Titiskan warna, gaul rata dan masukkan kedalam acuan

Apam yang baru dikeluarkan dari pengukus

Inilah hasilnya



~ Selamat mencuba ~




Nota:

Sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan. 1 bancuhan menghasilkan 36 biji kuih