Sunday, March 30, 2014

Karipap Rangup




Bahan pastri:

500 g tepung gandum
50 g tepung beras
50 g tepung ubi
1 sudu kecil garam

3 sudu besar margerin 
1/4 cwn minyak masak
(margerin dan minyak dipanaskan dalam kuali - jika tak nak guna margerin, boleh gunakan minyak, tetapi kuantiti minyak dijadikan 1/2 cawan)
1 cawan air - tuang sikit demi sedikit


Cara:

Campurkan kesemua bahan kering. Minyak yang dipanaskan tadi tunggu sebentar, dalam seminit (jangan terlampau panas), tuangkan minyak panas & gaul rata dengan senduk (guna tangan nanti tangan melecur pula), dan agak2 dah sejuk sedikit baru gaul gunakan tangan (dia akan jadi macam serbuk roti).

Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati  sehingga membentuk doh lembut. Jika masih berderai, tambahkan dua sudu air dan uli lagi hingga lembut. Saya menggunakan mixer, maka tak lah lenguh tangan nak mengulinya. Rehatkan doh dalam 10 minit.

Bahagikan doh kepada bebola kecil (besar bola ping pong). Canai dan isi dengan inti kegemaran, tutup dan klim kemas. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing, gunakan api sederhana saja.

Jika nak di frozenkan, karipap ini perlu dibakar dalam oven selama 10 minit atau goreng separa masak. Karipap ini rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ini tak akan berminyak.




Inti kentang + daging


Doh yang siap diuli


Bahagikan kepada bebola kecil


Leperkan. Saya buat 2 peringkat, mula-mula saya gunakan no. 8, kemudian No. 3 (kalau terus no. 3, nanti doh tak boleh masuk mesin)


Peringkat pertama, ketebalan No. 8


Ketebalan No. 3 dan terus dimasukkan inti dan kelim kemas 


Karipap yang siap untuk digoreng




Bahan Inti:

1kg kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar - dipotong dadu

5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
3 sudu udang kering*
(*di kisar halus)

Rempah kari 4 sudu besar
(kalau nak pedas, bolehlah ditambah cili blend)
Garam, serbuk perasa dan sesudu gula
Air (perlu banyak - 3/4 liter atau lebih)

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan rempah kari, goreng hingga naik bau dan masukkan air, masukkan kentang dan bawang serta air. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering.


Nota:
Resepi untuk inti ini hanya sebagai asas saja. Boleh dipelbagaikan dengan menambahkan daging atau ayam dan juga daun sup untuk menambahkan kesedapan inti. Terpulang kepada kepelbagaian masing-masing.

~ Selamat mencuba ~

Sunday, March 16, 2014

Oopsie Bread




Bahan;
3 biji telur (asingkan putih/ kuning)
100g cream cheese (suhu bilik)
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanila



Cara;
Gunakan whisk, pukul putih telur hingga soft peak (bila kaup dia tak jatuh balik).

 

Dalam bekas lain, cream cheese + kuning telur + baking powder + esen vanilla disatukan dan dipukul hingga sebati (kalau sikit.. boleh guna manual, kalau banyak.. baik guna mixer). Masukkan putih telur dan pukul lagi hingga sebati. (Aduan sedikit cair, macam bater).




Sebelum tu oven dipanaskan pada suhu 200* C. Masukkan adunan dalam bekas aluminium dan bakar selama 15 min.



Bancuhan dimasukkan dalam bekas aluminium


Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 15 min.


Beginilah rupanya bila dah masak



Boleh dimakan begitu saja... sedapp. 

Selamat mencuba.


Sunday, March 09, 2014

RED VELVET CAKE



Bahan-bahan:
*4 cawan tepung kek/superfine
*2 sudu besar serbuk koko
*2 sudu kecil baking powder
*1-1/2 sudu kecil garam

2 cawan buttermilk
2 cawan gula halus
1 sudu besar pewarna merah
2 cawan minyak masak
1 cawan air panas
4 biji telur A
1-1/2 sudu kecil esen vanila

3 sudu kecil cuka putih
1-1/2 sudu kecil soda bikarbonat


Topping
250g cream cheese
1/2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula -
1 sudu besar jus perahan lemon


Cara-cara:

  • Lenserkan loyang 10" diameter (bulat) dengan butter dan panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius.
  • Satukan bahan yang bertanda * ke dalam mangkuk, ayak dan ketepikan.
  • Dalam mixer bowl, satukan gula, minyak dan esen vanilla. Pukul hingga sebati dan masukkan telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang. Masukkan pewarna merah. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan diselang seli dengan buttermilk, sambil putar perlahan hingga semua sebati. Akhir sekali masukkan air panas dan gaul sebati.
  • Satukan cuka putih dengan soda bikarbonat dan segera masukkan kedalam adunan tadi, segera kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan dan bakar selama 45minit, atau kalau dibuat 2 layer, bakar anggaran 35 minit sahaja.
  



Untuk topping. Putar cream cheese hingga agak lembut, masukkan gula icing yanng telah diayak (pastikan diayak ya, kalau tak nanti frosting tu tak smooth). Akhir sekali baru masukkan whipping cream. Pukul sebati dan sapukan pada kek. Untuk memudahkan proses penyapuan, sapukan buttercream tu nipis jer dulu.. (seolah-olah macam kita nak gam kek tu.. jangan bagi terkeluar2 nanti), masukkan dalam petisejuk dalam 30 minit.. kemudian sapukan selebihnya. 


Nota:
Buttermilk boleh digantikan dengan - Mencampurkan 1 cawan susu segar/susu cair dengan 1 sudu besar cuka putih. Biarkan sebentar lebih kurang 10minit.

Superfine flour/ tepung kek boleh digantikan dengan cara - setiap 1 cawan superfine flour.. masukkan 2 sudu besar tepung jagung dalam cawan dan kemudian penuhkan cawan tersebut dengan tepung gandum.

~ Selamat Mencuba ~

Blueberry Cheese Tart



Bahan Shell;


- 1-1/4 (312g) butter (biarkan pada suhu bilik)
- 90 g gula aising
- 2 biji telur Gred C
- 530 g tepung gandum
- 1-1/2 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart secukupnya


Cara;

Butter dan gula dipukul dengan menggunakan tangan sahaja, pukul sebati, tapi jangan terlalu lama.
Masukkan telur dan esen vanilla, dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan dalam plastik dan simpan semalaman dalam peti sejuk. Sebelum menekan adunan, perlu keluarkan doh terlebih awal (1 jam sebelum).

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celcius. Bakar selama 25 minit/ sehingga masak.

Shell ini boleh disediakan awal. Perlu disimpan dalam bekas kedap udara dan ianya boleh tahan lama. Seeloknya buat shell ini sehari sebelum kita letakkan filling



Bahan Filling;
- Blueberry jem
- 500 g cream cheese
- 100 g gula icing
- 2 biji telur Saiz B
- 1 sudu teh esen vanilla atau esen lemon

Biarkan cream cheese pada suhu bilik, putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cara mengisi filling;
Menggunakan piping bag, picitkan blueberry jem dalam shell. Menggunakan piping bag juga, picit cream cheese menutupi blueberry jem (membukit shell).


 


Ambil sedikit cream cheese, campurkan sedikit pewarna ungu dan calitkan keatas permukaan cream cheese tadi. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah Celsius.