SERIMUKA JAGUNGBahan-bahan;Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam
(
Kukus hingga masak)
Lapisan Tengah;2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawanjagung cream
sedikit garam
(
Gaulkan dan masak sekejap atas api)
Lapisan Atas;2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula sedikit garam
(
Gaulkan dan masak sekejap atas api)
Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]. Masakkan anggaran 15 minit. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru di potongkan dan hidangkan.
SERIMUKA PULUT HITAMLapisan Bawah:1 cawan pulut putih
1 cawan pulut hitam
3 cawan santan cair
1 susu teh garam
Cara; Rendamkan pulut berasingan selama 3 jam. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam loyang. Kukuskan sehingga masak. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Kukuskan semula dan Gariskan pulut serta tuangkan adunan bahagian atas.
Lapisan Atas: 3 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
2 biji telur
1 sudu teh garam
Cara;Gaul rata semua bahan dan tapis. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam. Sejukkan dahulu baru potong.
TALAM JAGUNG Bahan lapisan bawah;1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula
Bahan lapisan atas;1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 sudu teh garam
Cara;Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan sikit minyak. Kukuskan selama 30 minit. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yang kecil. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan-lahan adunan lapisan atas. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan barulah dipotong.
KUEH TALAM KACANG HIJAULapisan bawah - [kacang hijau ]
1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah
Cara;
Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan, dan masukkan kacang hijau yang dimesin dan kacau rata. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga masak dalam 30 minit.
Lapisan Atas - [santan ]
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam sikit
Cara;
Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul-ketul. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. Kukus lagi selama 25 minit. Sejukkan sebelum potong dan hidangkan.