Thursday, April 06, 2006

Tempe Goreng Sambal

Goreng tempe, ikan bilis hingga garing



Panaskan minyak dan tumiskan bahan blend



Masukkan kicap manis, gula, garam dan serbuk perasa



Masak hingga kering baru masukkan tempe dan bilis



Sedia untuk hidangan


Bahan;

6 keping tempe
Ikan Bilis halus
3 ulas bawang merah }
2 ulas bawang putih }
Cili kering } blend bersama
2 sudu Kicap manis
1 sudu besar gula (pasir/ merah)
Sedikit garam dan serbuk perasa
Minyak untuk menggoreng

Cara;

Potong tempe (ikut style masing-masing). Goreng dalam minyak panas hingga garing, angkat dan ketepikan. Goreng ikan bilis hingga garing, angkat dan ketepikan. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bahan blend, goreng hingga garing, masukkan kicap manis, gula, garam dan serbuk perasa. Goreng hingga agak kering baru masukkan tempe dan bilis goreng. Angkat dan hidangkan.

Kari Kepala Ikan

Tumiskan 'rempah tumis' dan bahan tumbuk



Masukkan rempah kari, goreng hingga naik bau.



Masukkan kepala ikan dan santan pekat



Masukkan santan cair dan sayur



Kari Kepala Ikan


Bahan;

Kepala Ikan (Jenahak, merah)
Santan pekat 1/2 cawan
Santan cair 2 cawan
Rempah Kari Ikan }
1 sudu besar cili boh } dibancuh dengan sedikit air
Bunga lawang, kulit kayu manis, bunga cengkih dan buah pelaga - rempah tumis.
Bawang merah 4 ulas }
Bawang Putih 3 ulas }
Halia 1/2" } ditumbuk
Daun kari (jika tak suka tak perlu letak)
Bendi/ terung
Cili Merah/ Hijau - sebagai hiasan
Asam keping
Minyak untuk menumis
Garam dan sedikit serbuk perasa.

Cara;

Bersihkan ikan. Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk, masak hingga naik bau. Masukkan rempah kari, goreng hingga naik bau. Masukkan kepala ikan dan santan pekat. Masak sekejap, masukkan santan cair, sayur bendi/terung, cili merah/ hijau. Biarkan hingga ikan masak, masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.

Tuesday, April 04, 2006

Ikan Masak Kicap


Bahan;

Ikan (kembung, selar, tenggiri) - dibersihkan, digaram/kunyit kemudian digoreng.
2 kuntum bunga cengkih
5 cm kulit kayu manis
½ kuntum bunga lawang
2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
6 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris halus
Sedikit lada hitam
1/4 cawan air asam jawa.
5 camca kicap pekat
1 camca kicap manis
6 batang lada hijau ( dihiris menjadi jalur-jalur panjang)
Garam dan serbuk perasa

Cara;

Pijarkan minyak, tumiskan bawang besar, bawang putih, halia, bunga cengkih, kayu manis dan bunga lawang. Masukkan air asam jawa, kecilkan api & masaklah hingga bawang layu, masukkan kicap, lada hijau, kacau perlahan-lahan, masukkan ikan. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Jangan letak banyak garam, sebab kicap itu sendiri dah masin.

Tumis Asam Pedas

Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau

Masukkan ikan dan air asam jawa

Masukkan bendi/ terung/ sayur asin

Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

Bahan;

Ikan (parang, tenggiri, selar, kembung, terubuk)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
cili blend
Air asam jawa/ 1 keping asam keping
Bendi/ terung
lobak asin (optional)
Serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa
Minya untuk menumis.

Cara;

Bersihkan ikan, bawang putih/merah ditumbuk. Panaskan minya, tumiskan bawang hingga naik bau, masukkan cili, masak hingga naik bau. Masukkan ikan, masukkan air asam, sedikit serbuk kunyit. Masukkan bendi/terung dan lobak asin (optional). Masukkan garam dan serbuk perasa.

Monday, April 03, 2006

Kek Prune Kukus


Pukul butter, gula dan susu pekat



Masukkan telur satu persatu, kacau lagi.

Masukkan prune kisar dan tepung.



Kukus selama 1-1/2 jam.



Hiaskan dengan coklat atau blueberry.



Kek siap untuk dimakan.


Bahan-bahannya:

250 g butter
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
1/4 tin besar susu pekat manis (kalau guna tin kecil 1/3 pun cukup)
20 biji prune (kisar dengan sedikit air, setakat boleh kisar dah cukup)
5 biji prune (hiris kasar)
5 biji telur

Cara :

Didihkan air dalam pengukus. Putarkan butter/gula/susu sehingga sebati. Masukkan telur satu per satu dan putar lagi. Masukkan prune yg telah dikisar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati. Akhir sekali masukkan prune yg dihiris kasar dan kacau dengan senduk sudah memadai.

Griskan loyang dengan butter dan alaskan dengan kertas minyak, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus selama 1 1/2 jam. Kalau nak bagi cantik, letakkan beberapa biji prune di atas adunan sebelum dikukus sebagai hiasan.

Saiz acuan 9" diameter. tinggi 3"

Tips;

1. Adunan kek dituangkan sehingga separuh ketinggian loyang untuk memberikan ia ruang untuk naik dengan cantik.

2. Boleh campurkan gula 1/2 cup gula halus + 1/2 brown sugar pun sedap. Warna kek akan jadi lebih gelap disebabkan oleh brown sugar tersebut.

3. Boleh guna topping kek coklat sebagai topping kek ini.

4. Didihkan air di dalam pengukus sebelum mengukus kek dan pastikan wap air pada penutup tidak jatuh ke atas kek (cover kek dengan aluminium foil atau plastik makanan)

5. It is better to use prune jenama SunSweet. Bila guna prune jenama lain, kek prune kurang mengancam dari segi warna dan rasa.