Kalau chocolate moist lebih pada kesukaan anak-anak, kali ni kita buat apple muffin pulak. Rasanya ada masam-masam manis dan ada bau kayu manis. Nak buatnya tak susah, kalau tak ada electrical mixer pun boleh buat.., main campak-campak pun dah jadi, malah anak dara saya yang usia 10 tahun yang tolong mengadun. Lagi satu muffin ni tak perlu pukul lama-lama pun, kalau tak nanti jadi macam cake pulak. Jom tengok sini..
Bahan A (bahan kering):
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
(kesemua bahan diatas diayak dan masukkan dalam 1 bekas)
1 sudu teh garam
Bahan B;
1 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah (gula perang)
1 cawan minyak masak
2 biji telur gred A
1 biji lemon (bentuk lonjong berwarna kuning) - diparut kulit dan ambil jusnya
1 sudu esen vanilla
4 biji epal hijau (buang kulit dan diparut kasar seperti gambar diatas)
Waknut cincang
Caranya:
- Panaskan oven pada suhu 180 C
- Satukan gula halus, gula merah, minyak, telur, parutan lemon bersama jusnya dan esen vanilla. Pukul sebati (guna tangan jer pun dah cukup, sekadar nak adunan tu mixed well)
- Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi perlahan-lahan, kacau rata.
- Masukkan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin dan sekiranya suka taburkan dengan walnut cincang.
Selamat mencuba.
Salam, nk tanya, smua jus dr 1 biji lemon tu dguna ke? -SNA
ReplyDeleteYa.. jus dari sebiji lemon
ReplyDelete