Saturday, April 12, 2014

KUIH LAPIS


Versi 1

Kuih Lapis berwarna-warni ini adalah gabungan Nyonya, lembut dan sedikit kenyal. Biasanya ia disediakan dengan sembilan lapisan. Terdapat banyak cara yang berbeza untuk membuat kuih ini, warna yang berbeza, rasa yang berbeza dan campuran tepung yang berbeza untuk memberi pelbagai tahap kelembutannya.

Tepung beras adalah bahan asas kuih ini, tepung ubi dan gandum kanji ditambah untuk memberikan tekstur yang berbeza. Disini saya akan memberi nisbah bancuhan yang berbeza dan kuih lapis ini sebenarnya saya nak buat 7 lapis (warna-warna pelangi),  warna-warna ni sebenarnya terpulang pada citarasa individu.

Acuan loyang juga penting, untuk bancuhan yang saya beri ini adalah sesuai untuk loyang bulat yang berukuran 10". Kalau guna besar dari ni.. dia akan jadi nipis dan kalau guna kecil dari ni.. hasilnya akan tebal. Oleh itu untuk kelihatan cantik.. gunakan lah acuan 10" dia.

Untuk mendapatkan lapisan yang sekata tebalnya.. kuantiti perlu disukat sama bagi setiap lapis. Untuk lapis pertama, saya gunakan sebanyak 300 - 320 ml, dan lapisan kedua dan seterusnya 250ml.



Bahan:
200 g tepung beras
100 g tepung ubi
100 g tepung gandum

230 g gula
500 ml air
720 ml santan kelapa
sedikit garam
10" dia. loyang.

Cara:
  • Sebelum tu, panaskan pengukus dan sapukan acuan dengan sedikit minyak agar tak melekat.
  • Masak air dan gula sehingga gula hancur. Biarkan sejuk seketika. Masukkan santan. Masukkan tepung dan garam dan gaul rata supaya tidak bergentel, Tapis.
  • Lapisan pertama, ambil sebanyak 300 atau 320ml, dan titiskan warna kegemaran. Kukus lapisan pertama selama lebihkurang 5 minit. 
  • Lapisan kedua, ambil sebanyak 250ml, titiskan warna kegemaran dan layerkan keatas lapisan 1 tadi dan kukus selama 5 minit. Pastikan air pengukus tidak masuk kedalam bancuhan.
  • Buatlah untuk lapisan ke 3 dan seterusnya hingga ke 7.
  • Bagi lapisan terakhir, kukus selama 10 ke 15 minit untuk memastikan kuih masak betul.
  • Tunggu sejuk baru dipotong.

Semua tepung dan garam disatukan dalam bekas

Gula dicairkan dan disatukan dengan santan


Campurkan pewarna yang berlainan untuk setiap lapisan


Kukus selama 5 minit untuk setiap lapisan


Versi 2


Bahan:
200 g tepung beras
200 g tepung ubi

230 g gula
500 ml air
720 ml santan kelapa
sedikit garam
10" dia. loyang.

Nota:
Perbezaan antara keduanya, versi 2 lebih kenyal dan mudah dipegang. Rasa keduanya lebihkurang sama, lembut dan kenyal.

Monday, April 07, 2014

Bergedil


Bergedil ni memang makanan kegemaran saya dan keluarga. Selalu kalau saya buat ni sebab nak makan dengan Soto Johor. Nak buatnya tak lah susah sangat.. jom kita tengok bahannya.

Bahannya;
- Kentang 1kg.
- Daging cincang Ramly/ kalau nak gunakan daging burger pun boleh juga.
- 2 - 3 labu bawang besar - dipotong dadu.
- Daun bawang/ daun sup - seikut rasa, kalau banyak pun sedap..tapi berpada-padalah ya - hiris kasar
- 3 biji telur untuk mencelup semasa menggoreng
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan perasa.

Caranya;

  1. Kentang dikupas kulis dan potong seperti KFC wedges dan goreng sehingga empuk dan lenyekkan.
  2. Satukan daging, bawang dadu dan hirisan daun bawang/ sup kedalam kentang yang dilenyek. Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sebati.
  3. Kepalkan sebesar bola golf dan bentukkan membulat leper.., aturkan dalam dulang sebelum digoreng.
  4. Pukul telur dengan sedikit garam.
  5. Panaskan minyak dan celupkan bergedil yang telah dibentuk tadi kedalam telur sebelum digoreng.
  6. Angkat dan toskan.
Tips;
Kalau nak buat bergedil daging, gunakan daging, dan ia boleh juga ditukar dengan ayam atau ikan.

Soto Ayam




Kalau saya nak berdiet, saya akan masak masakan jenis ni.., yang tak berapa banyak gunakan karbohidrat (maksud saya nasi dan seangkatan.. mee hoon ok lagi). Soto ni lebih citarasa orang Johor.

Bahan Sup;

1 ekor ayam  (dibersihkan, nak buat seekor atau nak kerat pun boleh)
1 pek rempah soto (saya guna rempah Maharani)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah (bawang putih dan bawang merah ditumbuk)
3 cm halia (dititik saja)
Rempah tumis (bunga lawing, buah pelaga, kayu manis)
2 senduk minyak untuk menumis.

Caranya;

Ayam direbus dengan air (anggaran 2 - 3 litre) dan dimasukkan halia yang dititik, biar sampai lembut. Keluarkan ayam (simpan air rebusan tadi untuk sup), toskan airnya dan panggang (sy panggang dalam micro wave jer). Bila masak, sewaktu ayam sejuk.. carikkan isi-isi ayam dan segala tulang-tulangnya dimasukkan semula ke dalam air rebusan tadi.

Panaskan minyak (saya guna kuali jer), tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis, masukkan rempah soto dan goring hingga naik bau, tutup api.. masukkan bahan yang ditumis tadi (termasuk minyaknya) kedalam air rebusan tadi... dan renihkan air rebusan hingga sedikit pekat (maksudnya dari 3 litre tadi.. renihkan sehingga jadi 2 litre).. mengikut suka.

Kebiasaannya sup ni dimakan bersama dengan Nasi Impit dan suhun yang digoreng.


Bahan Hias/ sampingan:

Tauge (dibersihkan ekornya.. kalau rajin.. hehe)
Kacang tanah (digoreng)
Cili kicap (cili api + kicap manis + sedikit gula dan blend kesemuanya)
Bawang goreng.

Tips;
Kalau nak buat bergedil, kentang jangan direbus, tetapi digoreng atau bakar.. sebabnya.. ia senang dibentuk dan tidak pecah semasa nak menggoreng.