Bahan: Untuk 6 cawan
5 - 6 keping Roti Sandwich di dadu kecil
3 cawan Susu Segar rendah lemak (kalau nak guna susu cair pun boleh, tapi kuantitinya 1 tin susu cair dicampur dengan 1 cawan air masak)
3 sudu besar gula perang (lebihkan sedikit kalau nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur
Pilihan:
2 keping Cheese di potong kecil (potong 9 setiap keping)
2 sudu besar kismis
2 sudu besar Chocolate Chip
6 cawan atau mangkok tahan panas
Roti didadu kecil dan masukkan separuh dalam acuan, taburkan kismis dan letak tepi
Cara:
- Susun kan separuh saja dulu roti yang di dadu kedalam bekas/ cawan dan taburkan dengan sedikit chocolate chips dan ketepikan dahulu.
- Telor dan gula perang dipukul hingga sebati.
- Masukkan vanila dan susu segar, pukul lagi hingga sebati.
- Tuangkan campuran susu kedalam bekas/ cawan roti dan masukkan separuh lagi roti dan tuangkan sehingga penuh campuran susu (macam dalam gambar)
- Taburkan dengan chocolate chips dan Cheese parut/potong.
- Susun kan bekas/ Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).
- Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180-190'C.
No comments:
Post a Comment