85g tepung sagu
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh instant yeast
145g telur
170g santan pekat
85g gula
Air daun pandan (1 sudu teh jer - macam mana nak buat?.. biasanya saya akan gunakan santan dan blendkan dgn daun pandan, kemudian tapis)
Cara:
- Satukan tepung ubi, garam dan yis segera. Masukkan telur dan gaul sebati.
- Santan dan gula disatukan dalam periuk, kacau diatas api yang kecil, agak-agak dah panas (bukan panas mengelegak ya.. hanya sekadar naik wap jer). Masukkan bancuhan santan kedalam tepung tadi. Masukkan air pandan (esen pandan) dan kacau sebati. Guna blender pun boleh. Biarkan banchan selama 2½-3 jam.
- Sebelum 15minit membakar panaskan oven pada suhu 160°C dengan api bawah sahaja.
- Gunakan acuan 15 x 15 x 5 cm, sapukan dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum untuk elakkan dari melekat. Boleh juga gunakan 25 x 25 cm parchment paper.
- Tuang adunan dan bakar anggaran 35 minit pada kedudukan bawah (tray dikedudukan bawah)
- Tambahkan suhu kepada 180°C dan setkan oven dengan kepanasan atas dan pastikan kedudukan ditengah oven. Bakar selama 15 minit atau sehingga golden brown.
- Keluarkan dan biarkan sejuk diredai.
~ Selamat mencuba ~
No comments:
Post a Comment