Tuesday, December 13, 2016

Karektor 5 Bahan Yang Mengubah Stuktur Roti



Tiada resepi terbaik atau terkurang. Jika kita fhm 5 bahan ini dgn elok, kita boleh buat resepi kita sendiri jua. Jd fahami dahulu karektor bahan dan fahami jua apa yang kita nak.

Tepung.
Biasa kita guna tepung gandum samada gandum biasa mahupon tepung roti. Tepung yg ada kandungan gluten yg tinggi akan naik dgn elok. Jika camporan dgn tepung yg lain akan jd lebih dense dan tidak naik dgn terlalu tinggi. Tepung roti mempunyi gluten yg lebih tinggi berbanding tepung gandum biasa.

Tepung lain kita blh guna whole wheat, rye, buckwheat, chickpea, bean flours, sprouted wheat, spelt, oat and soy. Tepung tanpa gluten cthnya tepung beras, tepung jagung.

Lemak.
Lemak yg digunakan dlm doh roti akan menahan/menghalang dlm pembikinan gluten. Hasilnya doh dgn lemak yg byk tidak akan naik setinggi roti yg mempunyai jumlah lemak yg kurg.

Tetapi lemak akan menambah rasa kepada roti kita. Lemak juga akan buat crumb/roti yg lembut dan bantu memanjangkan jangkahayat roti.

Telur.
Ditambah untuk bantu naiknya doh. Doh yg mempunyai jumlah telur yg byk akan naik lebih tinggi. Kerana telur adalah leavening agent (sama karektor yis).

Lemak hasil dr kuning telor memberi kesan kepada crumb roti jd lebih lembut dan ringan. Telor juga mengandungi emulsifier lecithin

Gula.
Gula adalah makanan pada yis. Ia juga memberi rasa pd roti kita. Selain dr itu juga gula membantu dlm pembakaran roti jd hasil yg lebih cantik warnanya. Gula juga bantu dlm melembutkan roti mengekalkan kelembapan dlm roti.

Tapi penambahan terlalu byk gula akan menghalang dlm pembentukan gluten

Cecair(air biasa/susu).
Cecair penting dlm pembuatan roti. Gantian air kepada susu akan memberi hasil roti yg lebih lembut, lemak dan manis. Kandungan gula dlm susu (lactose) tidak menjd makanan kepada yis tapi ia akan beri kesan kepada rasa roti kita. Susu juga menambah nilai nutrisi (protin). Doh dgn kandungan susu akan beri kesan kepada warna roti, lebih perang berbanding doh menggunakan hanya air.

Saya ambil dari admin Peminat Roti, Donut, Pizza, Pastri dan Kek, Sue Aini untuk dijadikan rujukan saya sendiri.

Monday, December 12, 2016

Cara Mudah Memotong Talam.



Selalu tak tengok talam yang kawan-kawan kita potong tu nampak cantik jer.. sedangkan kita potong talam.. senget benget. Haaaa.. ada caranya.. selalunya hanya orang-oarang yang hadir kelas talam jer tau rahsianya.. kita-kita ni yang belajar buat talam secara online.. puaslah praktis.. tapi tak jadi jugak. 

Terima kasih pada rakan FB saya Yatie Ally yang memberi tunjuk ajar. Itulah seronoknya bila buat perjumpaan group masak ni.. macam-macam petua yang boleh kita kongsikan.

Saya kongsikan.. dia ada alat pemotong yang digunakan untuk memotong talam. Cuba tengok video kat bawah ni. Tak tidur malam saya.. terlalu excited nak dapatkan benda ni.

Lagi satu tips.. guna pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak. Jangan guna pisau stainless steel tu.





Inilah alat pemotongnya, didatangkan dalam 5 ukuran berbeza dan bersekali dengan pisau pemotongnya. 

Saya pun dah beli.. satu set RM 80 termasuk pos. Kalau nak saya tolong orderkan pun boleh.. call atau message saya 012-3457550


Sunday, December 11, 2016

Easy Puff Pastry


Hari ni tergerak hati nak join group Peminat Roti, Donut, Pizza, Pastri dan Kek, baru jer join ternampak satu posting yang beliau buat sendiri puff pastry ni. Saya bertanya.., katanya dia belajar dari Kelas Kemas.., baiknya hati Norliza Hashim yang berkongsi resepi ni dengar kawan FB. Saya olahkan untuk pemahaman yang lebih jelas.

Bahan:
- 500 gm tepung gandum
- 1/2 tsp garam
- 1 biji telur
- 200 ml air
- 50 g margerin
- 1/2 sudu teh cream of tartar
- 375 g Pastri Margerin (boleh beli di BWY)

Cara:
  1. Satukan tepung gandum, garam, cream of tartar ke dlm bekas dan gaul rata.
  2. Masukkan margerin, gaul rata dan masukkan telur sebatikan seperti serbuk roti.
  3. Kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli doh sehingga kental dan lembut (seperti doh roti atau bun).
  4. Rehatkan doh seketika, kemudian roll / canai doh dengan bentuk memanjang.
  5. Lipat dua doh (atau buat macam gambar dibawah pun boleh), letak Pastri Margerin di antara lipatan doh itu.
  6. Canaikan doh setebal 1/2 cm dan lipat 3, simpan dalam Chiller (peti sejuk) selama 15 minit.
  7. Setelah 15 minit, keluarkan. Canai dan lipat 3 lagi, simpan semula ke dalam Chiller. 
  8. Ulangi proses yang sama sebanyak 6 kali.
  9. Setelah itu barulah boleh digunakan untuk membuat Sardin Puff atau apa-apa saja berkaitan puff pastry.

Canai doh dalam bentuk memanjang

Letakkan marjerin pastri seperti diatas ini, atau lipat dua doh dan selitkan marjerin pastri diantara lipatan

Canaikan doh setebal 1/2 inci, dan lipat tiga seperti gambar atas. Masukkan dalam peti sejuk (chiller)

Setelah 15 minit, keluarkan doh dan canai memanjang sebegini

Canai memanjang sebegini dan ulangi lipat tiga, masukkan dalam chiller 15 minit.. ulangi proses ini sebanyak 6 kali




~ Selamat Mencuba ~

Brownies


Kali pertama saya buat Brownies, saya google resepi dari Joy of Baking.. dan inilah hasilnya. Resepi bulat-bulat ikut JOB.. tiada tokok tambah.. cuma saya tersilap guna acuan jer.. patutnya 8" x 8".. dan saya ingat acuan saya ada tu 8" x 8".. rupanya 10" x 10"... maka brownies saya jadi nipis.. tapi rasanya.. sedappp.. itu yang penting.

Bahan:
- 150g coklat bar (chopped)
- 113g butter (potong kiub kecil)
- 2 sudu besar serbuk koko
- 1 cawan gula pasir
- 1 sudu teh esen vanilla
- 3 biji telur (gred A)
- 3/4 cawan tepun gandum
- 1/4 sudu teh garam
- 1/2 cawan kekacang atau coklat chips (pilihan)

Cara:
  • Sediakan acuan 4 segi yang berukuran 8" x 8" (jangan lebih besar, nanti brownies jadi nipis ya), alaskan dengan parchment paper. Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.
  • Satukan coklat yang telah dicincang bersama butter kedalam mangkuk, gunakan kaedah double boiled (letakkan mangkuk atas air yang dipanaskan). Setelah cair, angkat. 
  • Masukkan serbuk koko dan gula, gaul sebati. Masukkan esen vanila dan telur (masukkan satu persatu). Masukkan tepung, garam dan gaul sebati. Akhir sekali masukkan choclat chips.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan. Bakar dalam 25-30 minit. Keluarkan dari oven dan biar sejuk baru dipotong. Boleh juga dihiasi dengan sos karamel jika suka,

Sediakan acuan 8" x 8" 
Cairkan menggunakan kaedah double boiled



Angkat dari api bila telah cair
Masukkan gula dan serbuk koko
Masukkan esen vanila dan telur satu persatu


Masukkan tepung, garam dan choclat chips

Tuang kedalam acuan

Bakar selama 25 - 30 minit



~ Selamat Mencuba ~



Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah.



10 Dis 2016, kami group FB Cooking With Love, selesai belajar Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah. Terima kasih to my sister Norlia dan kawan-kawan yang sudi hadirkan diri hari ini. Antara menu yang kami belajar ayam goreng berempah, nasi kukus, kerutuk daging, pajeri nenas dan sambal belacan. Banyak tu.., memang kena perancangan yang betul kalau nak masak ni... tapi tak rugi mencuba.. sedap.. resepi ori Kelantan ni...

Ayam Goreng Berempah.

Bahannya:-
- 1 ekor ayam (potonglah ikut suka ya)
- 2 sudu besar serbuk kari daging
- 2 sudu besar serbuk cili
- 3 sudu besar cili boh
- 1/2 cawan tepung goreng serbaguna
- 2 sdud besar air asam jawa
- 1/2 sudu besar serbuk kunyit
- 1 sudu kecil gula
- 2 helai daun kari
- Garam
- Minyak yang banyak untuk menggoreng

Bahan Kisar
- 1 labu bawang besar
- 5 ulas bawang putih
- 2 inci hali
- 1 inci lengkuas
- 8-10 batang serai
- 2 sudu besar biji ketumbar
- 1 sudu teh jintan manis
- 1 sudu teh jintan putih.

Satukan semua bahan, gaul sebati dan perapkan 3-4 jam. Semalaman pun boleh.. kemudian goreng.. serdaknya jangan buang ya, itulah yang kita cari masa nak makan nasi ni nanti.

 

Nasi Kukus:

- Acuan (yang ni kena ada tau.. tengok gambar acuannya macam mana)
- Beras, cuci dan tos
- Pengukus

Masukkan 2/3 (atau separuh lebih sikit jer) kedalam acuan, bila nak kukus baru masukkan air tau.. jangan letak air kalau lambat lagi nak kukus. Sukatan air tu lebihkan dalam 3/4 cm dari paras beras (boleh rujuk gambar), kukus anggaran 20-25 minit.

Inilah bentuk acuannya


Cuba peratikan paras airnya

Nasi yang telah siap dikukus, seeloknya nak makan baru kukus

Daging Kerutuk.

Bahannya:
- 1kg daging (hiris nipis, biasa kalau buat jualan daging ni memang hiris kecil-kecil)
- 3 sudu besar serbuk kerutuk (yang ni dibeli dari Pasar Besar Kelantan)
- 8 ulas bawang merah
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci lengkuas

(Bawang putih, merah, halia dan lengkuas perlu dikisar, nanti separuhnya akan digunakan untuk perapan)

- 6 tangkai cili kering
- 1 sudu besar ketumbar*
- 1 sudu kecil jintan manis*
- 1 sudu kecil jintan putih*

(Bahan bertanda * perlu disangai dan dikisar bersama cili kering)

- Rempah tumis (pelaga, kayu manis dan cengkih)
- Sesenduk minyak untuk menumis
-  3 sudu besar kerisik
- 1 keping asam keping
- 1 keping gula melaka dan 2 sudu besar gula pasir
- Garam secukupnya

Caranya;
  • Bawang dan halia dikisar. Perapkan daging dengan rempah kerutup dan separuh dari bawang/ halia yang dikisar tadi. Perapan ini boleh dibuat awal, 3 atau 4 jam awal pun ok. 
  • Panaskan minyak, tumis rempah penumis dan bawang dan halia yang dikisar serta sehingga wangi dan masukkan rempah kerutuk serta cili blend (cili, jintan, ketumbar). Masak dengan api perlahan sehingga keluar minyak. 
  • Masukkan daging yang diperap dan sedikit air dan dikacau rata. Masak lagi sehingga air kering dan keluar minyak serta daging empuk.
  • Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dengan api perlahan. Masukkan kerisik, garam, gula, gula Melaka dan asam keping. (Sekira ada, masukkan sedikit pes tomato, tak letak pun tak mengapa, ianya hanya petua pakar masakan di Perupok).
  • Sesuaikan kepekatan dan rasa. 
Peringkat menunggu air kering sebelum santan dimasukkan


Pejeri Nenas. (boleh juga rujuk Pejeri Nenas)

Bahan;
- 1 biji nenas (potong kecil)
- Rempah Kari 5 sudu besar (campurkan sedikit dengan 1 sudu cili blend)
- Rempah Tumis (kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih)

Bahan kisar;

4 ulas Bawang putih
4 ulas bawang merah
Sedikit udang kering
1 cawan air
Minyak untuk menumis
Serbuk perasa, garam dan gula.

Cara;
  • Panaskan minyak, masukkan rempah tumis dan bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan serbuk kari.. tumis hingga agak garing, masukkan air anggaran 1 cawan. Masukkan nenas, perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. Masak hingga pekat.

Sambal Belacan.
Bahan
- 10 biji cili padi
- 5 biji cili merah
- 1 sudu perahan air asam jawa
- 2 cm belacan bakar
- Gu;a
- Garam
- 2 biji perahan limau nipis.

Cara:
  • Satukan kesemuanya dalam blender, tambah sedikit air masak dan kisar halus.
Huhh.. panjangnya resepi kali ini... tapi tak rugi mencuba.

~ Selamat Mencuba ~











Monday, December 05, 2016

Karipap Inti Sardin




Semalam (4 Dis 2016) saya bancuh 1kg lagi doh karipap, kali ni saya gunakan inti sardin. Macam tak tau penat pulak kan.., haha. Ya lah.. saya still tak puas hati.. saya nak karipap yang dari pagi sampai ke petang kulit dia stilll rangup. 

Dari pengalaman dan pemerhatian saya.. kita tak boleh canai tepung tu terlalu nipis.. kalau nipis sangat.. dia rangup sekejap jer.. so kali ni saya timbang.. setiap satu berat 25g.. dan saya canai anggaran 6cm diameter.. so kulit dia agak tebal jugak... saya tak pakai acuan kali ni.. canai terus masukkan inti.. macam saya buat karipap pusing.

Jam 9.00 malam saya menggoreng.., saya biarkan dalam tudung saji.. jam 4 pagi saya bangun .. saya tuju karipap dulu.. tepat jangkaan saya.. karipap tu masih kekal keras dan rangup. Lepas ni.. akan terus gunakan resepi yang sama dengan mencanainya sedikit tebal.

Hasil dia memang best...

Bahan Pastri:

- 1 kg tepung gandum
- 1/2 cawan majerin
- 1 cawan minyak masak
- 400 ml air + 1 sudu besar garam


 

 



Cara cara:
  • Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas. Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. 
  • Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Saya biarkan jer doh dalam bekas bertutup dalam 1/2 jam kat atas meja.., kemudian saya timbang 25g setiap satu.. dan saya canai anggaran dalam 6cm diameter, kalau rasa dia macam out of shape.. saya gunakan penerap donat yang bersaiz 6cm dia.

 



Bahan Inti:

-1 tin besar ikan sardin/ makarel (hancurkan guna garfu)
- 10 labu bawang besar - dipotong dadu atau belah empat dan hiris.
- 5 tangkai cili kering*
- 5 ulas bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
(*di kisar halus)

- Minyak untuk menumis
- Garam, serbuk perasa dan sesudu gula

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan bawang yang telah dihiris. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak sebentar, dan masukkan saridin yang telah dihancurkan. Masak hingga agak kering.

~Selamat Mencuba ~

Saturday, December 03, 2016

Famos Amos Cookies




Bahan A

- 1/4 cawan gula kaster
- 1/2 cawan gula perang
- 1/2 cawan mentega (~+75 gm)
- 1/2 cawan minyak jagung
- 1 biji telur gred B
- 1/4 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar susu segar
- 1/2 sudu kecil vanilla extract


Bahan B

- 2 cawan tepung gandum*
- 1 sudu besar serbuk koko*
- 1 sudu besar tepung jagung*
- 1/2 sudu kecil cream of tartar (boleh ganti dengan 1/2 sudu kecil cuka/ jus lemon)
- 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
- 1/2 cawan walnut cincang/almond nib (elok dipanggang dulu)

- 1 cawan semi sweet chocolate chips


Cara membuatnya:

  • Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. 
  • Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbonat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. Adunan agak lembik.
  • Sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat bulat ke dalam loyang. Jarak jarakkan kerana biskut akan mengembang. Loyang tak perlu dilenser mentega pun.
  • Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Angkat dan sejukkan di atas jaring.
~ Selamat Mencuba ~

Laksam





Bahan-bahannya; (12 gulung)
- 3 cawan tepung beras
- 1/2 cawan tepung gandum
- sedikit garam
- 4- 3/4 cawan air suam
- 3 sudu besar minyak masak

Cara:

Laksam yang siap digulung
  • Campurkan semua bahan-bahan diatas dan blend sehingga sebati, ketepikan sebentar.
  • Panaskan kukusan, sapukan loyang atau penutup periuk aluminium dengan minyak masak. 
  • Masukkan bancuhan tepung tadi kedalam loyang (anggaran 2 senduk), jangan tebal dan jangan nipis, kalau loyang tu besar.. letak lebih sedikit...agak2 lah ... kukus dlm 5 minit.
  • Cungkil laksam ni keluar dari loyang...terus gulung dan buat hingga habis.

*Sekiranya loyang panas, letakkan dasar loyang dalam dulang berisi air.., supaya loyang sejuk dan mudah digulung.

Bahan Kuah Laksam: (6 orang makan)
  • 3 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1/2 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur
Cara penyediaannya:
  • Ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan.
  • Bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran. Masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan.
  • Masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula.
  • Masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Bahan Ulaman:
- Kacang panjang
- Timun
- Tauge
- Kobis 
  • Kesemuanya dihiris halus..
  • Belacan bakar- jika suka masukkan dlm laksam

Sambal laksam :
- Belacan
- Lada merah
- Cili api merah
- Garam sikit

  • Semuanya kisar/tumbuk halus.

~ Selamat Mencuba ~

Fresh Deli Bun


Tak tau nak namakan apa.., tapi disebabkan resepi ni saya tak salin dari mana-mana, buat berdasarkan cuba-cuba, saya namakan jer lah Fresh Deli Bun. Nak buatnya pun simple jer.. Jom tengok resepinya...


Bahan;

2 cawan susu suam (saya guna susu cair)
2 sudu besar yis segera
¼ cawan gula pasir halus
2 sudu teh garam
6 sudu besar butter (suhu bilik)
2 biji telur (gred 2A)
6 cawan tepung gandum
1 sudu besar melt butter (untuk sapuan atas bun selepas masak)


Cara Membuatnya:
  • Dalam mixer, satukan susu suam, yis, gula, garam, butter dan telur. 
satukan susu suam, yis, gula, garam, butter dan telur

Masukkan 5-1/2 cawan tepung

Putar hingga doh tidak lagi melekat tepi mangkuk

  • Masukkan 5½ cawan tepung. Menggunakan penguli doh (dough hook), putar mixer dengan kelajuan perlahan. Bila tepung dah sebati tambah kepada kelajuan sederhana. Masukkan baki tepung (sedikit demi sedikit) dan putar sehingga doh tidak lagi melekat ditepi-tepi mangkuk. Doh akan sedikit melekit dan lembut. 
  • Tutup doh dengan tuala dan biarkan selama lebih kurang 90 minit. 

  • Sapukan acuan/ parchment paper dengan minyak/ butter. Bahagikan doh kepada bebola kecil atau timbang seberat 250g (anggaran 24 ball). 

Bahagikan doh menggunakan penimbang

Letakkan doh dalam tray pembakar

  • Tutup dan biarkan naik selama 1 jam. 
  • Panaskan oven kepada 190 darjah celcius. Bakar selama 12 to 14 minit sehingga kuning keperangan. 
Telah siap dibakar

  • Keluarkan dari oven dan sapukan dengan melted butter
Sapukan dengan melted butter

  • Biarkan bun dalam tray lebih kurang 15 minit sebelum disejukkan atas redai.
~Selamat Mencuba~

Wednesday, November 30, 2016

Stabilised Whipping Cream

Rasanya tidak terlalu manis dan tidak muak memakannya. Sesuai untuk digunakan sepeti filling untuk pavlova. Stabilised whipping cream ini tidak tahan panas. Untuk kek pertunangan dan perkahwinan, kek bersalut krim ini tidak sesuai diletakkan di luar. Ia hendaklah disimpan di dalam peti sejuk dan dikeluarkan apabila hendak dihidangkan. 


Bahan:
2 sudu besar gelatin
4 sudu besar air
2 cawan whipping cream
1/2 cawan gula icing
1 sudu teh esen vanila.

Cara:
  • Sebelum kita mulakan untuk buat Stablised Whipped Cream, pastikan mangkuk pemutar dan alat pemutar di simpan atau di sejukkan dulu dalam peti ais selama 15 minit. Pastikan Whipping Cream benar2 sejuk baru keluar dari peti ais.
  • Mula-mula kita masukkan air dulu dalam sebuah mangkuk kecil, kemudian barulah masukkan gelatin dan kacau rata. Panaskan bahan ini di atas api perlahan sehingga gelatin melarut. Sejukkan bahan gelatin ini pada suhu bilik ketepikan.
  • Keluarkan mangkuk dan pemutar dari peti ais, tuangkan whipping cream dan putar dengan kelajuan sederhana. Masukkan esen vanila dan gula sedikit demi sedikit hingga ia hampir mengeras. Tuangkan gelatin dan terus putar hingga ia kental. 
  • Pastikan tidak terlebih pukul kerana adunan akan berair dan sudah semestinya ia tidak boleh di gunakan lagi.
Pavlova yang menggunakan  stabilised whipping cream.