Friday, October 19, 2012

Chocolate Banana Cake




Kemaruk sangat saya ni dengan kek dan muffin. Isnin lepas, balik kerja, lepas siap-siap yang wajib, saya ke dapur lagi. Tengok buah-buahan dalam bakul banyak, pisang pun dah masak ranum.., terus jer teringat Chocolate Banana Cake SR. Resepi ni saya ambil dari web Joy of Baking, cuma kat sini kuantiti pisang tu saya lebihkan.. agar rasa pisang tu lebih sikit dari rasa coklat... hasilnya sangatlah membuatkan hati saya gembira.., akhirnya saya berjaya membuat kek kegemaran saya. Jom tengok macam mana nak buatnya... senang bangat, dalam kes ni saya tak menggunakan electrical mixer pun. 

Bahan;

Bahan A (bahan kering);

• 3-1/2 cawan tepung gandum
• 1-1/2 cawan serbuk koko
• 3-1/2 cawan gula castor
• 3 sudu teh baking powder
• 3 sudu teh soda bikarbonat
• 1 sudu teh garam halus

* Bahan-bahan kering ini ( kecuali gula dan garam) perlu diayak dan kesemua bahan ini disatukan dalam satu bekas.

Bahan B (bahan basah);

 4 biji telur gred A
• 1 cawan minyak masak (minyak biasa pun boleh)
• 1 cawan susu segar
• 2 cawan air suam
• 2 sudu teh esen vanilla
• 4 cawan pisang masak (lenyek, jangan terlalu hancur.. lagi sedap kalau lebihkan kuantiti)


Bahan C (Frosting Chocolate Ganache);

• 450 g coklat masakan (dipotong kecil-kecil)
• 1-1/2 cawan heavy whipping cream (biasa dijual dalam kotak macam susu kotak)
• 2 sudu besar unsalted butter

Cara Membuat:

Chocolate Banana Cake;

  • Panaskan oven pada susu 180 darjah C
  •  Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan.
  • Dalam bekas besar, satukan semua bahan kering dan gaul sebati, ketepikan dahulu.
  • Dalam bekas lain, pukul sedikit telur (macam nak buat telur dadar jer), masukkan minyak, susu segar, air suam, esen vanilla dan pisang. Gaul hingga kesemuanya sebati.
  • Curahkan bahan basah kedalam bahan kering tadi, kacau/gaul hingga rata.
  • Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 50 - 60 minit atau sehingga masak


Frosting Chocolate Ganache;

  • Coklat masakan diletakkan didalam mangkuk yang tahan panas.
  • Dalam periuk, panaskan whipping cream bersama butter, angkat dari api sebaik sahaja mendidih.
  • Curahkan whipping cream tadi kedalam manggunk yang berisi coklat, kacau hingga coklat hancur dan sebati dengan whipping cream.
  • Biarkan sejuk, dan setelah sejuk, pukul sedikit agar coklat tadi gebu/ fluffy sebelum dituang atas permukaan kek.


Nota:
Tujuan menggunakan kaedah whipping cream ini adalah bertujuan coklat itu lembut walaupun dimasukkan dalam fridge. Kalau mencairkan coklat cara double boiled, coklat akan keras bila sejuk. Setiap 1/4 cawan whipping cream gunakan 75g coklat bar.

Dan resepi ni.. kalau nak buat separuh pun boleh.. gunakan acuan yang lebih kecil (7" x 7").


Selamat Mencuba.., dah cuba.. please update ya...

Sunday, October 14, 2012

BANANA APPLE MUFFIN

 
Sebenarnya nak buat muffin ni bukanlah susah sangat. Main campak-campak pun jadi juga, semudah buat cucur jer. Hari ni seawal pagi saya dah buat banana apple muffin. Muffin ni saya buat tidak terlalu manis, anak lelaki kata sedap manis-manis begini, tapi anak yang masih sekolah rendah tu kata.. kalau manis sikit lagi best, maka terpulang lah ya.. budak-budak kan memang suka manis. Nak tau resepinya.. jom tengok sini:
 
Bahan A (bahan kering);

500g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
* kesemua bahan diatas diayak dan disatukan dalam satu bekas.
1 sudu teh garam
 
Bahan B;
1 cawan minyak
4 bili telur gred A
200g @ 1 cawan gula halus

450g pisang masak (dilecek jangan terlalu hancur)
2 biji epal (diparut kasar)

* untuk hiasan boleh taburkan sedikit chocolate chips sebelum dibakar.

Cara;
- Panaskan oven pada suhu 200ºC/180ºC.
- Satukan bahan B iaitu minyak, gula dan telur, pukul/ gaul sebati (pukul sedikit, asalkan sebati)
- Masukkan bahan A dan gaul sebati.
- Masukkan pisang yang telah dilecek dan epal yang telah diparut, gaul sebati.
- Masukkan 3/4 acuan penuh, taburkan chocolate chips dan dibakar selama 25 - 30 minit.
 
 

Wednesday, October 10, 2012

Apple Muffin.




Kalau chocolate moist lebih pada kesukaan anak-anak, kali ni kita buat apple muffin pulak. Rasanya ada masam-masam manis dan ada bau kayu manis. Nak buatnya tak susah, kalau tak ada electrical mixer pun boleh buat.., main campak-campak pun dah jadi, malah anak dara saya yang usia 10 tahun yang tolong mengadun. Lagi satu muffin ni tak perlu pukul lama-lama pun, kalau tak nanti jadi macam cake pulak. Jom tengok sini..

Bahan A (bahan kering):

2-1/2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
(kesemua bahan diatas diayak dan masukkan dalam 1 bekas)
1 sudu teh garam
Bahan B;
1 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah (gula perang)
1 cawan minyak masak
2 biji telur gred A
1 biji lemon (bentuk lonjong berwarna kuning) - diparut kulit dan ambil jusnya
1 sudu esen vanilla

 
4 biji epal hijau (buang kulit dan diparut kasar seperti gambar diatas)

Waknut cincang

Caranya:
- Panaskan oven pada suhu 180 C

- Satukan gula halus, gula merah, minyak, telur, parutan lemon bersama jusnya dan esen vanilla.   Pukul sebati (guna tangan jer pun dah cukup, sekadar nak adunan tu mixed well)
- Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi perlahan-lahan, kacau rata.
- Masukkan parutan epal dan kacau rata. (adunan agak kental, seperti gambar dibawah)


- Masukkan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin dan sekiranya suka taburkan dengan walnut cincang.

- Bakar pada suhu 180 c selama 30-35 minutes atau sehingga kelihatan golden brown.


Selamat mencuba.

Monday, October 08, 2012

Chocolate Moist Muffin



Minggu lepas kali pertama aku buat muffin, tapi muffin simple jer.., ada perisa coklat dan coffee. Suka Tasha dan Dhira.., dah buat banyak2 tu siapa lagi nak jadi 'food tester' kan.., so aku paksalah Tasha dan Dhira bawa ke sekolah bagi kawan-kawan.

Dalam pada bagi kawan merasa.. ada pulak yang nak beli.., anak2 siap dah ambil order.. nak tak nak.. buat juga muffin untuk kali ke2. Jom tengok resepinya..

Bahan A;

4 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam halus
- Kesemua bahan disatukan dan diayak.

Bahan  B;

8 biji telur
4 cawan gula castor (boleh dikurangkan kalau tak suka manis)
2 cawan minyak masak (minya apa pun boleh)
2 cawan susu pekat
2 cawan air panas.

Cara;

Panaskan oven terlebih dahulu, biasanya pada suhu 170 - 180 darjah celcius. Saya gunakan microwave, maka saya gunakan 'one touch menu' jer. Dan sediakan paper cup anggaran 40 biji.

Telur dan gula disatukan dan dipukul, perlahan kepada high speed (anggaran 5 minit)

Perlahankan speed mixer dan perlahan-lahan masukkan susu pekat (masa ni gunakan putaran perlahan saja).

Masukkan minyak, kacau sebati.

Masukkan bahan kering perlahan-lahan, kacau perlahan hingga rata.

Masukkan air panas perlahan-lahan
(pada ketika ini kacau rata menggunakan senduk kayu saja dan adunan menjadi agak cair)

Tuangkan adunan kedalam 'paper cup' anggaran 3/4 dari saiz paper cup.

Jika suka taburkan 'chocolate chips' atau hirisan kekacang sebagai hiasan.
Bakar dalam oven anggaran 40 minit atau ssehingga masak.

Topping;



Monday, September 17, 2012

Walnut Carrot Cake




Dah lama saya nak buat Carrot Cake ni.., resepi ni saya ambil dalam Forum Cari..katanya Resepi Carrot Cake Suria.., anak-anak kata sedap, sesedap Carrot Cake Secret Recipe.

Bahan;

8 biji telur ( diasingkan)
3 cawan minyak masak (saya guna minyak jagung Mazola)
200g gula castor
200g brown sugar
3 cawan carrot (diparut)

500g tepung gandum
2 sudu teh serbuk kayu manis (kalau tak suka boleh kurangkan)
2 sudu teh baking soda (sukatan penuh, tapi janganlah membukit sangat)
1-1/2 sudu teh garam

150g walnut ( dicincang)

 

 


Cara;

Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan. Sediakan bahan-bahan. Panaskan oven pada suhu 175C.



Pukul kuning telur, kemudian masukkan minyak, gula halus dan gula perang serta lobak yang diparut. Kacau sebati, masukkan pula walnut dan akhir sekali masukkan adunan bahan-bahan kering yang diayak tadi. Campuran ini tak perlu guna mixer pun ok, saya pukul guna 'hand mixer' jer, masa nak masukkan tepung tu saya guna senduk kayu. (masa ni adunan agak kental)






Pukul putih telur sampai betul-betul kembang, soft peak form (bila kita kaup, dia tak jatuh - ni penting!) dan masukkan dalam adunan kek. Kacau hingga rata.

Bakar pada suhu 175c selama 45-50 min (sehingga masak)



tips: Adunan yang dimasukkan ke acuan jangan terlalu tebal (khuatir sebahagian dalamnya tak masak). Cucuk dengan lidi untuk memastikan ianya telah masak, tengok betul2, kadang2 bila cucuk tak melekat lagi tapi ada nampak berminyak pada lidi means belum masak betul, kena betul2 licin lidi tu baru masak.

Frosting.
120g butter
250g cream cheese
120g icing sugar
1 sudu perahan lemon (Kalau guna Philadelphia cream cheese, tak letak pun tak apa) dan kalau tiada perahan lemon, boleh juga gunakan sunquick oren.

  

 
Pukul semua aduan hingga sebati dan ringan (tapi jangan pula terlebih pukul, nanti ia jadi lebih cair). Dan boleh dihias di atas kek, tabur kacang walnut.

Nak buat icing sugar (incase kalau dah terhabis stok), 1 cawang gula biasa + 1 sudu besar tepung jagung, blend halus.

~ Selamat mencuba ~

Saturday, September 01, 2012

Biryani Gam Pakistan




Resepi ni saya dapat dari kawan saya yang berasal dari Pakistan. Bermula dengan dia menghadiahkan Nasi ini semasa majlis ulangtahun kelahiran saya yang ke 45 tahun lepas, dari situ saya mula meminati Nasi Biryani Pakistan. Ia tidak menggunakan minyak sapi mahupun susu. Dalam resepi ini banyak menggunakan bawang besar dan tomato. Maka rasanya sedikit masam2, maka tak lah muak sangat seperti kalau kita menggunakan minyak sapi.

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi ~ saya beli basmathi 'ekstra panjang' (harga dalam RM 27 untuk 2kg)
1 ekor ayam ~ potong 12 (kalau ayam kampung lagi ok, boleh diganti dengan daging atau kambing)
1kg bawang besar ~ dihiris
1kg tomato ~ belah empat
12 biji cili hijau (dibelah 2)
15 biji cili padi (di blend halus - kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Rempah Biryani Masala (Saya gunakan brand Shan, boleh didapati di Carrefour)
1 sudu pes asam jawa (kalau nak sedikit rasa masam)
3 helai bay leaf
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan serbuk perasa

5 inci halia (dihiris jejari)
Sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar

Sediakan juga arang untuk memasak dibahagian tudung periuk. Dinasihatkan gunakan periuk biasa yang bertudung rata tu.

Cara penyediaan:
Bersihkan ayam dan sediakan bawang serta tomato.


hirisan bawang besar, tomato, ayam, bay leaf dan rempah yang digunakan.


PERINGKAT MEMASAK BIRYANI AYAM.
1. Panaskan kuali dengan minyak (minyaknya perlulah banyak, macam kita nak masak cucur), masukkan bawang besar yang siap dihiris, masukkan bay leaf. Goreng hingga agak kecoklatan, masukkan tomato dan cili hijau yang dibelah dua. Goreng hingga tomato lecur dan tak nampak lagi bentuk buah tomato masukkan juga cili api yang telah dikisar.

2. Masukkan ayam, kacau selalu dan goreng hingga ayam agak masak dan bawang serta tomato agak kering. Masukkan rempah biryani masala, perasakan dengan dan kacau anggaran 5-10 minit (Rempah masala dimasukkan setelah ayam agak masak adalah untuk mengelakkan rempah dari cepat hangit). Matikan api. Minyak yang berlebihan perlulah disaring keluar.
Kelihatan buah tomato yang digoreng, diikuti ayam yang digoreng hingga masak. Minyak lebihan perlulah disaring keluar dan taburkan dengan hirisan halia dan daun-daun.

3. Sebelum merebus beras, bakar arang terlebih dahulu. Arang ini akan digunakan pada peringkat akhir memasak dimana ia akan diletakkan diatas tudung periuk. Sediakan peralatan seperti periuk untuk merebus, periuk untuk memasak dan tapis untuk menapis beras setelah direbus 3/4 masak.

PERINGKAT MEMASAK NASI.
Didihkan air, sebelum tu rendam beras dalam 20 minit (supaya hasilnya nasi akan lebih panjang), basuh beras dan bila air telah mendidih, masukkan beras dan masak selama 6-8 minit (sehingga menjadi nasi separuh masak) dimana nasi menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Tapis beras yang 3/4 masak tadi.

PERINGKAT MEMBUAT NASI BIRYANI GAM:

1. Masukkan 1/3 bahagian nasi ke dalam periuk dan ratakan.
2. Masukkan separuh dari biryani ayam tadi bersama daun pudina, daun ketumbar dan hirisan halia dan ratakan menutupi bahagian nasi.
3. Masukkan lagi 1/3 bahagian lagi nasi menutupi ayam dan ratakan.
4. Masukkan baki biryani ayam tadi, ratakan.
5. Akhir sekali masukkan lebihan nasi yg tinggal dan ratakan.





















6. Tutup periuk (ikat tudung periuk dengan kain bersih, kain batik pun boleh - ini untuk mengelakkan wap dari keluar sewaktu memasak) dan masak dengan api perlahan. Seeloknya letakkan steel plate (atau tudung periuk pun boleh) diantara api dan periuk untuk mengelakkan nasi hangit. Masak anggaran 15 minit.




















7. Buka tudung periuk, kacau nasi bersama ayam tadi, kain pengikat tudung periuk dikeluarkan, dan letakkan bara arang diatas tudung periuk. Api dibawah dipadamkan, dan biar sehingga 15 minit dan ianya sedia untuk dimakan.


Friday, August 24, 2012

Kek Marble



Bahan;
250g butter (biarkan pada suhu bilik)
200g gula castor
210g cake flour (self rising flour)
1 sudu teh baking powder (rata atau sedikit membukit)
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur

Cara;
Sediakan acuan anggaran 7" x 7", letakkan kertas didasar acuan dan sapu sedikit butter (utk elakkan melekat). Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Butter, gula, tepung, baking powder dan esen vanilla dipukul hingga sebati, perlahan kemudian laju (anggaran 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji sehingga habis (masukkan telur pada kelajuan sederhana). Setelah habis, pukul pada kelajuan sederhana tinggi hingga agak kembang dan ringan (anggaran 4 minit - jumlah masa memukul dalam 9 minit).

Bahagikan aduanan pada 3 bahagian. Setiap bahagian, warnakan kuning, merah dan hijau. Gaul rata warna tersebut.
Masukkan ke acuan berselang seli kuning, merah dan hijau. Masukkan anggaran 3/4 acuan. Bakar selama 50-55 min pada suhu 180 darjah celcius.


Nota:
Kalau tak ada tepung naik sendiri, boleh buat sendiri.., dimana 210g tegung gandum dicampur dengan 2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh garam halus.

Thursday, August 16, 2012

Famous Amos Cookies



Bahan :

2 cawan gula castor
2 cawan gula perang
300  g butter
2 cawan minyak masak (saya guna minyak mazola - minyak lain pun boleh)
2 biji telur
2 sudu besar susu segar (susu tepung yang dicampur air pun boleh)
8 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam (sedikit membukit)
2 sudu teh Cream of tartar
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh esen vanila
2 cawan walnut cincang
2 cawan coklat chips

Cara membuatnya;

1. Gula castor, butter, minyak, telur, esen vanilla dan susu disatukan dan pukul hingga sebati, kemudian masukkan gula perang, kacau sebentar.
2. Masukkan tepung, walnut cincang dan akhir sekali chocolate chips.

Sekiranya adunan nampak lembik, sejukkan dahulu kedalam peti sejuk, cubitkan adunan dan letkkan ke atas dulang pembakar (dulang tak perlu di gris), dan adunan tidak perlu dileperkan.

Bakar pada suhu 189’ C dlm 22 minit (bergantung pada jenis oven).

Nota : Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada 1-½ cawan.

Monday, August 13, 2012

Almond Cookies




Bahan:

3 buku butter (250 g/ buku - biarkan pada suhu bilik)
200g gula castor
200g gula perang
1kg Tepung Kek (kalau nak buat sendiri klik Cara Buat Tepung Kek)
3 biji putih telur
200g almond slice (hirisan badam)
100g almond ground (serbuk badam)
Coklat emulco (choc. paste)
Choklat chip secukupnya
1 sudu essen vanilla

Cara:
Butter, gula castor dan essen vanilla dipukul rata, mulakan dengan perlahan dan kemudian pada speed laju selama lebihkurang 10 minit. Masukkan putih telur, pukul hingga sebati. Masukkan bahan-bahan kering, tepung kek, badam slice, serbuk badam dan gula perang. Gaul sehingga rata, akhir sekali masukkan coklat emulco sebanyak 1 sudu besar, gaul sebati.

Adunan ini agak lembik, gunakan sudu kecil dan sudukan kedalam dulang, jarakkan sedikit kerana apabila dibakar adunan akan sedikit leper dan memerlukan ruang. Taburkan coklat chip (2 atau 3) dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 22 minit.

Sunday, August 12, 2012

Kuih Gunting



Bahan:

1kg tepung gandum
4 buku bawang besar @ 10 biji bawang kecil
3 sudu besar Udang kering
1-1/2 buku butter
Daun bawang dan daun saderi (hiris halus)
Secukup rasa garam
Air dan minyak untuk menggoreng.

Cara:
Campurkan semua bahan, dan gaul hingga sebati. Canaikan dan gunting kecil-kecil seperti dalam gambar. Kalau terlalu lembik, doh perlu dicampurkan dengan sedikit tepung. Dan masa menggunting, sediakan tepung bersama, taburkan tepung untuk mengelakkannya dari melekat. Goreng dengan api sederhana hingga garing.



Almond Sugee


Bahan:
1 kg tepung gandum
500g minyak sapi QBB
500g gula castor 

Cara:
Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kepada citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu kira-kira 180 darjah Celsius selama 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas.
Nota - Doh ini agak melekit, agak sukar untuk dicanai dan dipotong, maka bentukkan seperti bola-bola dan letakkan dalam dulang (jarakkan sedikit, kerana ia akan kembang sedikit - bentuk bola akan jadi 1/2 bola bila masak).

Bancuhan ni boleh menghasilkan anggaran 250 pcs. Sedap dan lembut.

Monday, January 30, 2012

Tumis Asam Pedas Ikan Parang



Bahan;

Ikan Parang (2 keping pun cukup.. anak2 bagi makan ikan tenggiri.. tak banyak tulang)

Bahan blend;
Bawang merah (dalam 6-7 ulas)
Bawang Putih (dalam 5 ulas)
Cili Kering 25 tangkai (nak pedas.. letak lagi banyak)
Kunyit hidup 3/4 inci (agak2 pun ok)
(semuanya di blend hingga hancur)
Air Asam Jawa (sebesar atau kecil sikit dari bola ping pong) bancuh dengan 2-3 gelas air /atau 1 keping asam keping)

Sayur- Boleh letak bendi atau terung

Option lain- Kalau suka bolehlah letak bunga kantan, daun limau, daun kesum atau lobak asin (tapi kalau tak ada ni semua pun tak akan menjejaskan rasa asam pedas pun)

Cara:Panaskan minyak.. agak2 dalam 1 senduk.. tumiskan bahan blend.. tumis hingga garing. Masukkan air asam.. masukkan ikan.. bila dah mendidik.. masukkan bendi ( i suka masukkan sebatang2 tu)... dan masukkan daun2 pilihan tadi.. masak sekejap (dalam 4 min) dan angkat.. (sebelum tu bagilah perasa sikit)..

Sunday, January 29, 2012

Donut Kentang



Bahan-bahan
400gm tepung gandum
11gm ragi instant
200gm ubi kentang/ keladi/ keledek/ labu
2 sudu besar susu pekat manis
100gm gula halus
75gm mentega
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
120ml air

Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, garam dan gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahan-bahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.