Rupa sama, tapi rasa ada sedikit kelainan. Itulah perbezaan antara Ayam Masak Ros dengan Ayam Masak Merah/ Madu. Jom kita cuba masak ikut resepi di bawah ni.
Bahan-bahan A:
- 1 ekor ayam – dipotong 12 (digaramkunyitkan dan digoreng)
- 1 biji tomato – dipotong kiub
- 2 sudu besar kismis
- 3 sudu gula perang/ pasir pun boleh (mengikukt kesesuaian rasa)
- 1 cawan air
- 1 ½ cawan susu sejat atau santan
- 2 batang serai - dititik
- 2 helai daun pandan - disimpulkan
- Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Rempah Tumis (Bahan B):
- 1 inci kulit kayu manis
- 2 kuntum bunga lawang
- 3 biji buah pelaga
- 3 biji bawang merah - dihiris
- 3 ulas bawang putih - dihiris
- 1 inci halia – dihiris
- 2 sudu besar kismis
Bahan-bahan C:
- 5 senduk nasi cili blend
- 1 labu bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia
Kesemua bahan C dikisar halus.
Bahan Hiasan:
- Kacang pis (dalam tin – ditoskan airnya)
- Daun sup
- Kismis
- Cili hidup/merah
Caranya:
- Ayam dibersihkan dan digaram kunyitkan. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan.
- Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya.
- Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.
- Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
- Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit.
- Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.
~ Selamat Mencuba ~
No comments:
Post a Comment