Bahan: 1/2 kilo kacang tanah 10 batang lada kering 125 gram petis 200 gram gula hitam (atau gula melaka) 200 gram gula pasir 1 genggam asam 1 1/2 cawan air masak putih garam secukup rasa 4 biji limau kasturi diambil jusnya
Cara: Kacang digoreng dan tumbuk/kisar jangan kasi lumat. buat kasar.
Rendam & kisar lada kering (kepedasan bergantung kepada anda sendiri), sekiranya nak pedas lagi tambah ikut citarasa.
Masak semua bahan kecuali kacang di atas api perlahan dan dikacau selalu, masak hingga pekat.
Akhir sekali masukkan jus limau dan rasa. Tutup api & masukkkan kacang yang telah ditumbuk tadi. Kalau nak sedap kacang ni digoreng tanpa minyak. Kuah rojak akan tahan lama jika disimpan dalam peti sejuk.
|
No comments:
Post a Comment