Sunday, October 26, 2014

Nasi Mandhy


Resepi ni saya belajar dari kawan.., yang dulu bekerja sebagai jururawat di Arab. Penyediaannya tidaklah begitu remeh seperti nak masak Biryani Gam Pakistan. Apakata kita lihat bahan-bahan dan bagaimana nak menyediakannya.


Bahan-bahan ayam:
  • 1 ekor ayam - belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil Rempah Kabsa
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 2 biji lemon - dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron
  • Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:



  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.





  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.


 



  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.



Ayam yang dipanggang dalam aluminium foil akan mengeluarkan air, gambar atas ni ayam yang sudah dipanggang dan kelihatan air ayam tu. Keluarkan air ayam tu untuk digunakan dalam nasi nanti. 


  • Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Dalam minit ke 50, buka aluminium foil dan keluarkan air ayam tersebut dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit kekuningan/garing. Air dari ayam tadi, dicampurkan dengan pewarna kuning/ saffron sebelum dimasukkan ke dalam nasi.



Bahan Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi (saya gunakan Beras Pusa 1121) - rendam 20 minit dan toskan.
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - hiris jejari halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis (kayu manis, kuntum bunga lawang, biji buah pelaga, kuntum bunga cengkih)
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.


Cara penyediaan nasi:

 


  • Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan naik baunya. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan air, biar mendidih. 
  • Masukkan beras, dan masak seperti biasa.
 
  • Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil/ mangkuk berisikan 1 sudu minyak masak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 5-10 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi. Alaskan periuk dengan tudung periuk lain untuk mengelakkan nasi menjadi hangit.., gunakan api perlahan.

  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi. Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.



Sos:
1 biji tomato (dadu)
5 biji cili besar hijau (dadu)
1 tangkai batang daun ketumbar (potong kecil)
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, gunakan mode pulse sahaja (untuk elakkan dari terlalu hancur) atau kalau tak nak blend, semua bahan didadu kecil sdikit. Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan daun ketumbar.



Bahan Rempah Kabsa:

  • 1 sudu makan bunga cengkih*
  • 1 sudu makan lada hitam*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan biji ketumbar*
  • 1 sudu makan buah pelaga*
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)*
  • 1 sudu makan serbuk cili/ 3 tangkai lada kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia


Cara penyediaan:

 


  • Sangai bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau dan angkat.
  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.
  • Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.


~ Selamat Mencuba ~

Friday, October 24, 2014

Swiss Roll


Resepi ni saya ambil dari FB Tahrunnisah Jali, gambar-gambar ini juga milik beliau, saya tak cuba lagi resepi ni.. saya copy dan simpan dalam blog saya agar resepi ni tak hilang. Terima kasih banyak2 saya ucapkan pada Tahrunnisah Jali, hanya Allah jua yang akan membalasnya atas perkongsian ilmu ini. 

Bahan-bahannya:
Bahan A:
  • 3 biji putih telur
  • 2 sudu teh gula halus (aising)
  • 1 sudu besar perahan lemon 
Bahan B:
  • 3 biji kuning telur
  • 80g tepung gandum (diayak)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 75g gula castor
  • 50 ml air
  • 40 ml minyak jagung


Cara Membuatnya:

Bahan A - 3 biji putih telur dipukul hingga kental (putih telur ni kalau boleh jangan ada sikit pun kuning telor atau bahan2 lain macam air ke pada bekas..nanti tak jadi merigue)...kemudian masukkan 2 sudu teh gula halus dan 1 sudu perahan lemon (resepi asal cream of tartar)...pukul hingga bertanduk 

3 biji telur kuning, 80gm tepung gandum yang diayak, 1 sudu teh esen vanila, 75gm gula kaster, 50ml air,40ml minyak jagung. Pukul telor dan gula hingga kembang..kemudian masukkan bahan2 lain..pukul lagi sehingga gebu 

Lakaran bunga pada kertas minyak ini boleh disediakan awal. Sapukan butter pada loyang pembakar. 

Inilah Bahan A dan Bahan B yang dah siap di pukul

Masukkan sesenduk bahan A tadi ke dalam bahan B...guna kaedah kaup balik..perlahan2 ye

Masukkan ke semua bahan A tadi ke dalam bahan B...kaup balik biar sekata semuanya...pastikan kaup perlahan-lahan.

Dah sebati, tetapi kelihatan masih gebu..pastikan kaup perlahan-lahan ye takut nanti adunan jadi padat..hasil pun dah jadi lain

Kemudian ambil 2 sudu setiap bahagian taruk dalam mangkuk kecik, warnakan dan masukkan dalam plastik seperti gambar diatas

Gliss permukaan loyang dan taruk kertas minyak yang permukaan dilukis dibawah

Dah taruk kertas minyak tu (cara saya malas nak lukis balik pada kertas minyak..kertas A4 yang saya lukis tadi taruk bawah dan taruk kertas minyak kat atas A4 tadi . ..kemudian sapu semula permukaan kertas minyak tadi dengan butter supaya kek nanti tak melekat pada kertas minyak

Kemudian gunting hujung plastik yang dah diwarnakan, gunting sikit je..buat lubang kecik dan paipkan ikut gambar tadi

Bakar sekejap 1-2 minit pada suhu 170 darjah api atas bawah..s2belum tu panaskan dulu oven terlebih dahulu

Keluarkan dari oven dan taruk lebihan batter tadi dan ratakan elo-elok, pastikan jangan terlalu tebal ye..dlm 1cm..atau 1 1/2 cm je..sebab masa bakar nanti kek ni akan naik. Lebihan batter tu boleh buat dalam loyang lebih kecik lagi, Insyaallah hasil gulungan tak patah

Ratakan batter tadi perlahan-lahan

Bakar pada suhu 180 darjah dlm 12 -15 minit

Setelah siap bakar terbalikkan atas redai...biarkan ia sedikit sejuk

Agak2 sejuk..tarik kertas minyak tadi...perlahan2..setelah ditarik...terbalik kan pula kek ni atas kertas minyak ye..maksud saya...permukaan yg ada bunga2 tu dibawah.lihat gambar sebelah

Ha..macam ni..kertas minyak di bawah...kemudian tarukla filling kegemaran anda 

Setelah taruk Nutella. ..taruk pulak whipping cream yg dipukul kental atasnya..ratakan

Gulung dgn berhati2 ye...guna kertas minyak untk menggulung...padatkan sikit

Gulungkan sampai habis...lebihan whipping cream tu (terkeluar semasa gulungan tu) alihkan dlm bekas lain.Dah siap, letak dalam fridge dalam 2-3 jam. Ini bertujuan untuk filling keras.

Inilah hasilnya...


~ Selamat mencuba ~


Sunday, October 19, 2014

Inti Kacang Merah





Bahan:
  • 250 gm kacang merah - rendam semalaman
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 2 s/b tpg jagung + sdkt air - bancuh
  • Secubit garam 
  • Sedikit minyak 
Caranya:
  • Rebus kacang merah hingga empuk (gunakan pressure cooker lagi senang). 

  • Mesin halus kacang merah tadi bersama sedikit air rebusan. 

  • Panaskan minyak (tak panas sangat pun tak apa) dan masukkan kacang yang dimesin. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan. 
  • Masak hingga agak pekat dan masukkan bancuhan tepung jagung. 
  • Masak lagi hingga betul-betul kering dengan api perlahan. 

  • Bila dah terasa berat, maknanya inti kacang dah siap... 
Nota:
Semasa masak inti ni, dia akan meletup-letup.., maka kena hati-hati sikit ya.
~ Selamat mencuba ~

Friday, October 17, 2014

Daging Goreng Sos Plum


Daging korban masih berbaki.. nak kedapur luar.. dah malam-malam memang malas. Semalam saya masak main campak-campak jer dalam periuk tekanan saya. Inilah hasilnya.

Bahan-bahan:

  • Daging* (potong kecil-kecil - ikut urat daging)
  • Garam* dan kunyit*.
  • 3 sudu besar Minyak
  • Sos cili
  • Sos plum (kalau susah nak jumpa sos plum, guna sos tiram pun sedap)
  • Kicap
  • Halia (dihiri jejari)
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Cili merah dan cili hijau di hiris (boleh juga letak cili api)
  • Sedikit gula (kalau diet Atkins.., jangan letak gula)
  • Serbuk perasa.


Caranya:
  • Bahan-bahan yang bertanda* diatas digaul dan masukkan ke dalam periuk tekanan Philips. Tutup dan pastikan tombol ke posisi pressure. Tekan MEAT dan tekan START. 
  • Periuk akan berbunyi setelah selesai fungsi. Alihkan kedudukan tombol ke release vent (untuk keluarkan wap), dan buka penutupnya. 
  • Sekali lagi tekan MEAT dan START dan tuang minyak dan semua bahan-bahan lain ke dalam daging, goreng dalam 5 minit tekan OFF dan bolehlah dihidangkan.. 


Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker.

~ Selamat Mencuba ~

Thursday, October 16, 2014

Nasi Beriyani Ayam



Bahan-Bahan:
  • 4 cawan beras basmathi (basuh dan toskan)
  • 4 ketul ayam
  • 4 cawan air
  • 1/4 cawan susu cair
  • 1/2 botol yogurt (boleh guna 1/2 susu cair + 1 sudu besar lemon)
  • 2 bawang merah size serdahana (dihiris)
  • 5 biji bawang putih (dihiris)
  • 5 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 besar ibu jari halia (dihiris)
  • Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga)
  • 2 biji tomato (potong 8)
  • Daun ketumbar dan daun pudina
  • 2 paket Rempah Nasi Beriyani (Brahim's atau apa jua brand)
  • Minyak dan sedikit minyak sapi untuk memasak
  • Garam secukupnya

Cara-cara:


 

  • Pastikan tombol periuk dikedudukan kiri (lihat gambar atas kiri), tekan pad BAKE (kuning - lihat gambar atas kanan) sehingga lampu ke VEGETABLE. Langkah ini perlu bagi masakan yang ada proses menumis.
  • Letakkan minyak dan minyak sapi, biarkan cair. Dah panas, masukkan bawang besar, bawang putih, halia dan rempah empat sekawan. Tumis sehingga garing bawang tu dan bau semerbak.
  • Tambahkan 2 paket Rempah Nasi Beriyani. Tumis seketika dan masukkan 4 ketul ayam. Agak-agak ayam tu dah masak. Terus masukkan air.
  • Seterusnya, masukkan yogurt, susu cair, masukkan pula sedikit daun ketumbar dan daun pudina. Jangan lupa garam. Masukkan beras yang dicuci tadi. Tinggalkan sedikit daun-daun untuk taburkan atas nasi beriyani selepas masak nanti. Akhir sekali masukkan buah tomato yang dah dipotong tadi.


Sedia untuk dimasak dengan fungsi tekanan


Tombol dikedudukan tengah
  • Tutup periuk tekanan, pastikan tombol dialihkan ke tengah (lihat gambar diatas), tekan pad menu RICE dan tekan START, atau set masa pressure 14 minit dan tekan Start
  • Tunggu sehingga berbunyi. Lepaskan tekanan periuk tu (tombol dikedudukan kanan). Buka penutup dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker


~ Selamat mencuba ~

Wednesday, October 15, 2014

Pengat Ubi



Bahan:
  • 1 ketul kecil ubi keledek kuning
  • 1 ketul kecil ubi keledek oren
  • 1 ketul kecil ubi keledek purple
  • 1 ketul keladi
Kesemua bahan diatas dikupas dan dipotong dadu (jangan dadu kecil sangat)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 cawan gula
  • 1-1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Tepung Cha cha (pilihan)
Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali santan kedalam periuk tekanan elektrik.
  • Tekan pad menu STEAM dan tekan START. Pastikan tombol pressure dikedudukkan tertutup (bukan dikedudukan release vent).
  • Setelah siap, putarkan tombol kearah release vent, buka penutup periuk dan masukkan santan dan tepung cha cha, kacau anggaran 5 minit.. dan sedia untuk dimakan.
Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~


Sup Tulang Berempah



Bahan:
  • 1-1/2 kg Tulang lembu (cuci dan bersihkan)
  • 3-4 cawan air
  • Sup Bunjut
  • 1 inci halia*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • Rempah sup 
  • 3 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
Bahan yang bertanda * ditumbuk kasar.

Bahan hias:
  • Bawang goreng
  • Daun bawang/ celery

Cara menyediakannya;
  • Masukkan tulang kedalam periuk tekanan elektrik, masukkan air, sup bunjut, bahan yang ditumbuk, rempah sup dan minyak masak. Masukkan garam.
  • Tekan pad menu TENDON dan tekan START atau set pressure time 30 minit dan tekan Start. Pastikan tombol dikedudukan tertutup (bukan release vent).
  • Setelah siap 30 minit, putar tombol kearah release vent. Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng.

Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~




Dalcha

Dalcha yang dimasak menggunakan periuk tekanan



Bahan:
  • 1 biji bawang besar* 
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia* 
  • 3 sudu besar serbuk kari 
Tumbuk bahan bertanda*

Bahan-bahan lain:

  • ½ cawan kacang dal
  • Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
  • 1 batang lobak merah (potong jejari)
  • 2 biji kentang (dikupas & potong kiub)
  • 1 sudu besar asam jawa
  • ½ cawan santan
  • Secukup rasa garam
  • 1 ikat kacang panjang (dipotong 1 inci panjang)
  • 1batang terung panjang (potong)


Cara:
  • Masukkan semua bahan kecuali kacang panjang & terung, ke dalam periuk tekanan elektrik. 
  • Tekan pad menu BEANS dan tekan START atau set pressure time 30 minit dan tekan StartPastikan tombol dikedudukan tertutup (bukan release vent)
  • Apabila dalcha sedia selepas 30 minit, lepaskan tekanan dengan mengubah tombol ke release ventBuka penutup periuk tekanan dan masukkan kacang panjang dan terung. 
  • Tutup kembali tudung dan biarkan sayur-sayuran masak selama 5 minit sebelum dihidangkan. 
  • Hidangkan bersama nasi atau roti.

Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~

Asam Pedas Ayam




Bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dibelah 8)
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 10 tangkai lada kering*
  • Sedikit belacan* (kalau tak letak pun.. tak menjejaskan rasa)
  • 1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan 1 cawan air)
  • Daun kesum/ daun limau purut/ serai (pilihan)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.


Caranya:
  • Bahan-bahan bertanda* dikisar halus. 
  • Masukkan ayam, bahan kisar dan daun kesum kedalam periuk tekanan, diikuti air asam jawa dan garam kedalam periuk. Gaul rata.
  • Tekan pad menu CHICKEN dan tekan START atau setkan pressure time 18 minit (untuk ayam) dan tekan start.

Pastikan tombol dikedudukan tertutup (bukan release vent)


Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~