Wednesday, August 19, 2015

Acar Ikan Masin



Sekarang ni musim haji, In sya Allah.. kalau diizinkan 25 Ogos 2015 nanti saya akan berangkat ke tanah suci menunaikan haji. Petang tadi dapat message dari rakan yang berada di Madina, katanya elok bawa sambal2.. makanan kat Madina tak pedas. Terfikir juga nak buat apa... terus teringat acar ikan masin. Acar ni memang boleh tahan  lama..masa nak tumis rempah dia.. lebihkan sedikit minyak. Siap masak, sejukkan, masukkan ke dalam botol, biar terendam sedikit dalam minyak.

Saya juga buat untuk tempahan 'doorgift' untuk majlis perkahwinan. Sekiranya nak order boleh hubungi saya di 012-3457550.

Apapun, saya kongsikan resepinya. Jom kita tengok..

Bahannya;
300 gram isi ikan masin kurau (boleh juga guna ikan  talang atau ikan yu)
20 biji bawang merah kecil (5 darinya dihiris)
20 ulas bawang putih (5 darinya dihiris)
2 inci halia (dipotong jejari)
20 biji cili padi kampung (kalau nak pedas, tambah lagi)
3 camca besar cuka makan
1/2 bahagian gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa (tak perlu banyak.. ikan tu dah masin)
2 senduk minyak untuk menumis
1/4 cawan air


Bahan Kisar;
20 tangkai cili kering (basuh dan sangai dengan sedikit minyak)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan Rempah;
2 sudu teh ketumbar biji
2 sudu teh jintan kasar
2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh halba
(bahan2 rempah disangai terlebih dahulu)



Cara;

Isi ikan masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman (3 kali tukar). Toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Goreng cili padi hingga sedikit garing, asingkan. Goreng sebentar (sekejap jer) bawang putih dan bawang merah.., ketepikan.





Bahan2 rempah disangai. Masukkan dalam blender, cili kering yang telah disangai, bawang putih, bawang merah, halia, kisar hingga halus, masukkan bahan rempah.. kisar lagi.

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia  yang dihiris tadi.. biar hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. Masukkan air, renehkan dengan api perlahan, guna api kecil sahaja. Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan perasakan dengan garam. 

Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat dan tambah perasa, gula jika perlu.





Sedap dimakan dengan nasi putih.

~ Selamat Mencuba ~