Sunday, May 25, 2014

Kuih Getas






Bahan:
1/2 biji kelapa parut
2-1/2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
1cwn air (atau secukupnya)
1sudu teh garam


Untuk sira gulanya;
1/2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara:
Satukan kelapa, tepung pulut dan tepung gandum dalam bekas, masukkan garam, gaul. Masukkan air sedikit demi sedikit (jangan cair sangat.. nanti susah nak bentuk), uli hingga jadi doh lembut. Bentukkan doh mengikut citarasa. 


Bentukkan doh sebesar nugget

Goreng dengan api sederhana.

Air dan gula dimasak dalam kuali, biar betul-betul pekat baru masukkan kuih yang telah digoreng tadi. Kacau hingga kering.

Air dan gula dimasak hingga pekat. Berbuih macam ni tanda gula telah pekat.

Masukkan kuih yang telah digoreng dan boleh tutup api, kacau hingga jadi seperti ini.


~ Selamat mencuba ~

12 comments:

Unknown said...

Asalamualaikum...
Sy mmg Sgt Suka kuih ne.mslh nya sy slalu fail dgn menyira gula.Bole kh puan bg tips sikit atau Petua ttg menyira gula ni

Unknown said...

ni kuih faveret sy!!!! emmmmm

Unknown said...

kuih pebret...tpi xleh mkn byk...huhuhuuu

Syaffiqah Rahman said...

terima kasih sbb share resepi. hehe. sy mmg suka mkn kuih ni, walaupun manis yg amat.

Mama Papa Rea said...

Wah sedapnyaaaa

Unknown said...

Tq....sy ambik resepi nya sahaja tidak yg lain.

Unknown said...

Blh ke Kalo x de kelapa?

Unknown said...

kuih pebret ni

amy said...

Masukkn kuih bile dh berbuih2 likat...bile dh masuk kuih,tutup api....kacau smpai air gula kering...kalo api bukak mmg xkn jadi

Jana said...

Assalamulaikum.. saya nak tanya.. boleh tak kalau getas-getas digoreng pd waktu malam & disirakan gula esok pagi..

Unknown said...

Assalamualaikum
Saya sudah cuba, mmg menjadi 1st buat pula tu..
Terima kasih banyak2

Unknown said...

Tq ilmu nya.. Smlm buat gula jd cair je.. Lama2 kuih lembik.. 😂😂😂