Friday, August 21, 2009

Kuih Bakar Durian

Bahan-bahannya;

1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur 3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya;

Menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar. Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel. Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.

Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum. Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.

Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit (resipi ini dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8).


PENTING:

Jika menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas. Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang. Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.
Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut. Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Kuih Bakar Nangka:
Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil). Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Kuih Bakar Cempedak:
Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Kuih Bakar Pisang:
Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Kuih Bakar Keledek:
Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk. Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati. Sedia untuk dibakar.

Kuih Bakar Jagung:
Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung. Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

No comments: