Monday, August 31, 2009

Tepung Pelita


Bahan-bahan:
Siapkan adunan-adunan tepungnya terlebih dahulu.

Bahan untuk lapisan hijau (bawah) dan putih (atas)

a) Lapisan Hijau:
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir (boleh kurangkan, kalau tak suka manis)
5-8 helai daun pandan, dikisar dengan 5 cawan air, tapis dan ambil airnya sahaja.
1/2 sudu kecil larutan air kapur.

Cara: Campurkan semua bahan di atas, kacau rata dan letak ke tepi dahulu.


b) Lapisan Putih:
4 cawan santan (dari sebiji kelapa)
6-1/2 sudu besar tepung beras (sukat membukit)
sedikit garam (untuk terasa lemaknya)

Cara: Campurkan semua bahan dan gaul rata, letakkan ke tepi dahulu.


c) Lapisan Air Gula:
1 cawan gula pasir
1 cawan air

Cara: Campurkan dan dimasak hingga pekat.


Cara Membuatnya:

Aturkan bekas berbentuk kotak yang dibuat daripada daun pisang kedalam dulang. Letakkan 1/2 sudu kecil air gula ke dalam bekas (kalau nak mudah, air gula ini boleh digantikan dengan 1/2 sudu kecil gula pasir).

10.5 x 13 sm daun pisang yang dibentuk seperti kotak (sampan) diatur dalam tray terlebih dahulu

Masak lapisan hijau atas api sederhana, kacau tanpa henti hingga masak dan berkilat.


Tuangkan dalam bekas yang bermuncung (jug air) dan tuangkan atas lapisan gula. Buat hingga habis.


Masak pula lapisan putih. Kacau tanpa henti hingga pekat dan masak.

Tuangkan atas lapisan hijau. Nisbah lapisan hijau mesti lebih tebal dari lapisan putih.

Selamat mencuba.

1 comment:

UmMi 3A/TintaCyber said...

SEDAPNYA.....SAYA NAK CUBA NANTI

FEEL FREE VISIT ME...

http://dapurkuberasap.blogspot.com