Sunday, March 30, 2014

Karipap Rangup




Bahan pastri:

500 g tepung gandum
50 g tepung beras
50 g tepung ubi
1 sudu kecil garam

3 sudu besar margerin 
1/4 cwn minyak masak
(margerin dan minyak dipanaskan dalam kuali - jika tak nak guna margerin, boleh gunakan minyak, tetapi kuantiti minyak dijadikan 1/2 cawan)
1 cawan air - tuang sikit demi sedikit


Cara:

Campurkan kesemua bahan kering. Minyak yang dipanaskan tadi tunggu sebentar, dalam seminit (jangan terlampau panas), tuangkan minyak panas & gaul rata dengan senduk (guna tangan nanti tangan melecur pula), dan agak2 dah sejuk sedikit baru gaul gunakan tangan (dia akan jadi macam serbuk roti).

Tuangkan air sedikit demi sedikit dan uli sebati  sehingga membentuk doh lembut. Jika masih berderai, tambahkan dua sudu air dan uli lagi hingga lembut. Saya menggunakan mixer, maka tak lah lenguh tangan nak mengulinya. Rehatkan doh dalam 10 minit.

Bahagikan doh kepada bebola kecil (besar bola ping pong). Canai dan isi dengan inti kegemaran, tutup dan klim kemas. Goreng dengan minyak yang banyak sehingga garing, gunakan api sederhana saja.

Jika nak di frozenkan, karipap ini perlu dibakar dalam oven selama 10 minit atau goreng separa masak. Karipap ini rangup sekiranya di goreng 2 kali. Walau di goreng lagi, karipap ini tak akan berminyak.




Inti kentang + daging


Doh yang siap diuli


Bahagikan kepada bebola kecil


Leperkan. Saya buat 2 peringkat, mula-mula saya gunakan no. 8, kemudian No. 3 (kalau terus no. 3, nanti doh tak boleh masuk mesin)


Peringkat pertama, ketebalan No. 8


Ketebalan No. 3 dan terus dimasukkan inti dan kelim kemas 


Karipap yang siap untuk digoreng




Bahan Inti:

1kg kentang - dipotong dadu
2 labu bawang besar - dipotong dadu

5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
3 sudu udang kering*
(*di kisar halus)

Rempah kari 4 sudu besar
(kalau nak pedas, bolehlah ditambah cili blend)
Garam, serbuk perasa dan sesudu gula
Air (perlu banyak - 3/4 liter atau lebih)

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan rempah kari, goreng hingga naik bau dan masukkan air, masukkan kentang dan bawang serta air. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering.


Nota:
Resepi untuk inti ini hanya sebagai asas saja. Boleh dipelbagaikan dengan menambahkan daging atau ayam dan juga daun sup untuk menambahkan kesedapan inti. Terpulang kepada kepelbagaian masing-masing.

~ Selamat mencuba ~

No comments: