Monday, April 07, 2014

Soto Ayam




Kalau saya nak berdiet, saya akan masak masakan jenis ni.., yang tak berapa banyak gunakan karbohidrat (maksud saya nasi dan seangkatan.. mee hoon ok lagi). Soto ni lebih citarasa orang Johor.

Bahan Sup;

1 ekor ayam  (dibersihkan, nak buat seekor atau nak kerat pun boleh)
1 pek rempah soto (saya guna rempah Maharani)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah (bawang putih dan bawang merah ditumbuk)
3 cm halia (dititik saja)
Rempah tumis (bunga lawing, buah pelaga, kayu manis)
2 senduk minyak untuk menumis.

Caranya;

Ayam direbus dengan air (anggaran 2 - 3 litre) dan dimasukkan halia yang dititik, biar sampai lembut. Keluarkan ayam (simpan air rebusan tadi untuk sup), toskan airnya dan panggang (sy panggang dalam micro wave jer). Bila masak, sewaktu ayam sejuk.. carikkan isi-isi ayam dan segala tulang-tulangnya dimasukkan semula ke dalam air rebusan tadi.

Panaskan minyak (saya guna kuali jer), tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis, masukkan rempah soto dan goring hingga naik bau, tutup api.. masukkan bahan yang ditumis tadi (termasuk minyaknya) kedalam air rebusan tadi... dan renihkan air rebusan hingga sedikit pekat (maksudnya dari 3 litre tadi.. renihkan sehingga jadi 2 litre).. mengikut suka.

Kebiasaannya sup ni dimakan bersama dengan Nasi Impit dan suhun yang digoreng.


Bahan Hias/ sampingan:

Tauge (dibersihkan ekornya.. kalau rajin.. hehe)
Kacang tanah (digoreng)
Cili kicap (cili api + kicap manis + sedikit gula dan blend kesemuanya)
Bawang goreng.

Tips;
Kalau nak buat bergedil, kentang jangan direbus, tetapi digoreng atau bakar.. sebabnya.. ia senang dibentuk dan tidak pecah semasa nak menggoreng.











No comments: