Wednesday, March 29, 2006

Talam Keladi

Keladi yang dipotong kiub dan dikukus hingga lembut



Blend sedikit dengan santan



Kacaukan campuran keladi sekejap diatas api



Bahagian atas yang dimasak sekejap diatas api



Kukus selama 20 minit



Inilah hasilnya


Bahan Lapisan Bawah

300 gm keladi
600 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung beras
20g tepung ubi
1/2 sudu teh garam


Lapisan Atas

250 gm gula halus
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Pewarna purple dan esen keladi

Cara:

Bersihkan keladi dan rebus sehingga lembut. Blendkan dengan santan cair. Campurkan dengan semua bahan. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap. Masukkan adunan dalam loyang yg telah disapukan minyak. Kukuskan selama 20 minit.

Campurkan adunan lapisan atas dan tapis. Masakkan sikit diatas api dan tuangkan atas permukaan keladi yang telah dicakar-cakarkan. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan.

2 comments:

Anonymous said...

Zana,
maknanya kukus bahagian bawah 20 minit, kemudian masukkan lapisan atas dan kukus semula 20 min? Tenguk gambar tu, terasa sungguh sedapnya....memang suka talam keladi tapi tak pernah cuba buat sendiri...

semut oren

Anonymous said...

Zana, asyik print resepi u nie, keladi dah 2 minggu beli, hari nie berpeluang rasa nak buat, so tadi dah siap2 rebus keladi tu, baru cari resepi dan buka semula hompepage u nie, alamak, tepung ubi , pewarna purple dan esen keladi tak dak....jawabnya keana simpan keladi rebus tu dalam frezer dulu...kena gi beli bahan lain kat the store...anyway..thanks..ajar step by step tu...

sutera_oren