Friday, July 11, 2014

Nasi Mandhy



Resepi ni saya belajar dari kawan.., yang dulu bekerja sebagai jururawat di Arab. Penyediaannya tidaklah begitu remeh seperti nak masak Biryani Gam Pakistan. Apakata kita lihat bahan-bahan dan bagaimana nak menyediakannya.

Bahan-bahan ayam:

  • 1 ekor ayam - belah 2 dan di cuci bersih
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu kecil Rempah Kabsa
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • 2 biji lemon - dihiris bulat
  • Garam
  • Sedikit pewarna kuning/ saffron
  • Aluminium foil.

Cara penyediaan ayam:

  • Gaul rata ayam dengan semua bahan rempah, garam dan pewarna kuning. Perapkan dalam 15 minit.

  • Alaskan/balutkan bekas/dulang pembakar dgn aluminium foil. Kemudian susun hirisan bawang besar dan lemon atas foil tadi.

  • Letak ayam di atas bawang dan lemon tersebut. Tutup ayam tersebut dengan foil aluminium dan bakar pada suhu 250'c selama 1jam. Pada 10minit terakhir buka sedikit foil bahagian atas.

Ayam yang dipanggang dalam aluminium foil akan mengeluarkan air


* Semasa ayam dibakar, ayam akan mengeluarkan air. Dalam minit ke 50, buka aluminium foil dan keluarkan air ayam tersebut dan bakar lagi selama 10 minit atau sehingga ayam sedikit kekuningan/garing. Air dari ayam tadi, dicampurkan dengan pewarna kuning/ saffron sebelum dimasukkan ke dalam nasi.


Bahan Nasi:

  • 4 cawan beras basmathi   (saya gunakan Beras Pusa 1121) - rendam 20 minit dan toskan
  • 3 camca besar minyak sapi
  • 4 1/2 cawan air atau secukupnya
  • 1 biji bawang besar - hiris halus
  • 3 ulas bawang putih - hiris halus
  • 1 inci halia - hiris jejari halus
  • 1/3 cawan kismis
  • Rempah tumis (kayu manis, kuntum bunga lawang, biji buah pelaga, kuntum bunga cengkih)
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam secukup rasa.

Cara penyediaan nasi:
  • Panaskan minyak, masukkan rempah tumis, bawang putih, bawang besar dan halia hingga harum dan naik baunya. Masukkan kismis, goreng sebentar dan masukkan air, biar mendidih. Padamkan api.
  • Didalam rice cooker, masukkan beras, tuangkan air tumisan yang telah mendidih tadi, perasakan garam, kacau rata dan masak seperti biasa.
  • Bila nasi kering, buat lubang ditengah nasi dan letakkan aluminium foil. Bentukkan sedikit seperti mangkuk dan masukkan 1 sudu minyak masak dan seketul arang yang telah dibakar. Tutup tudung periuk selama 5-10 minit supaya aroma asap arang tadi meresap ke dalam nasi.

Aluminium foil dibentukkan macam mangkuk dan letakkan 1 sudu minyak masak serta 1 ketul arang yang telah dibakar

  • Buka semula tudung periuk dan keluarkan foil bersama arang tadi.
  • Titiskan 2-3 titik pewarna kuning, gemburkan nasi dan masak nasi sehingga masak.

Sos:
  • 1 biji tomato* 
  • 5 biji cili besar hijau*
  • 1 tangkai batang daun ketumbar*
  • Garam
  • Gula
  • Perahan lemon.
Bahan yang bertanda * dihiris.


Cara penyediaan:

  • Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, gunakan mode pulse sahaja (untuk elakkan dari terlalu hancur)

Ulam:

Boleh dimakan bersama hirisan timun, tomato dan daun ketumbar.




Bahan Rempah Kabsa:

  • 1 sudu makan bunga cengkih*
  • 1 sudu makan lada hitam*
  • 1 sudu makan jintan manis*
  • 1 sudu makan jintan putih*
  • 2 sudu makan biji ketumbar*
  • 1 sudu makan buah pelaga*
  • 1 sudu buah pelaga hitam (black cardamom pods)*
  • 1 sudu makan serbuk cili/ 3 tangkai lada kering
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia

Cara penyediaan:

  • Sangai bahan-bahan yang bertanda * sehingga naik bau dan angkat. 

  • Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur

Jika tiada buah pelaga hitam, boleh gantikan dgn buah pelaga biasa. Serbuk rempah ini boleh juga digunakan pada semua masakan ala arab termasuklah ayam dan daging.

~ Selamat Mencuba ~

No comments: