Friday, September 12, 2014

Kuih Koci Labu



Bahan tepung:

  • 450g labu - potong kecil dan kukus (saya gunakan pressure cooker)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu teh garam halus
Labu dikukus dan dilecek halus, campurkan garam dan masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat ditangan.

 

Bahan Inti kelapa:

  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja, lagi elok kalau kelapa yang agak muda)
  • Gula melaka
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit tepung gandum (untuk mengelakkannya berderai)
Satukan semua bahan inti dan dimasak atas api sederhana, ketika inti hampir kering, taburkan sedikit tepung sehingga rasa inti tidak lagi berderai. Inti yang berderai akan menyukarkan proses memasukkan inti kedalam tepung nanti.

Bahan Dadih:
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh tepun beras
  • Sedikit garam.
Campur santan, tepung dan garam, masak atas api sederhana hingga pekat.


Cara-caranya:

  • Jerang air terlebih dahulu.
  • Jemputkan doh saiz bebola sederhana, begitu juga dengan inti, bulatkan terlebih dahulu untuk mudahkan proses nak masukkan inti kedalam doh. Buat lubang/leperkan dan masukkan inti kelapa dan tutup.

 
  • Rebus didalam air yang mendidih, dan tunggu sehingga ia timbul (seperti kuih onde2), angkat dan masukkan dalam sebahagian dadih.
  • Letakkan atas daun pisang yang telah dilayur dan dipotong. Balut kemas.


Sedap dimakan waktu panas. 

~ Selamat mencuba ~


No comments: