Wednesday, October 15, 2014

Nasi Tomato



Sekarang ni boleh katakan ramai juga antara kita yang memiliki Periuk Tekanan (pressure cooker). Memasak Nasi Tomato menggunakan pressure cooker.. hanya memerlukan masa 14 minit sahaja untuk masak.. cepat kan?. Jom kita tengok bagaimana mudahnya..


Bahan:
  • 2 cawan beras basmathi, basuh dan toskan.
  • 1-1/2 cawan air
  • 3 sudu besar tomato puri
  • 2 biji tomato dibelah 8
  • 5 bunga cengkih (cloves)*
  • 5 biji buah pelaga (cardamon)*
  • 1 batang kulit kayu manis (cinnamon stick)*
  • 2 bunga lawang*
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 5 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 inci halia (dikisar dengan 1/2 cawan air)
  • 2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 3 helai daun pandan (simpulkan)
  • 1/4 cawan tairu (susu cair dicampur dengan 1 sudu besar lime)


Caranya:
  • Masukkan beras kedalam periuk tekanan (pressure cooker).
  • Masukkan bahan bertanda*, bawang besar, bawang putih dan daun pandan. Curahkan halia yang dikisar dan air.
  • Masukkan garam, minyak dan minyak sapi keatas beras tadi. Masukkan tomato puri (tak perlu kacau). Tomato belah diletakkan paling akhir.
  • Tekan pad menu RICE dan tekan START pada panel pressure cooker, atau boleh setkan pressure time selama 14 minit (untuk nasi) dan tekan Start.
  • Bila nasi masak (dalam masa 14 minit), curahkan tairu keatas nasi.
  • Tutup semula tudung pressure cooker, tunggu hingga 5 minit bolehlah dihidangkan.
Pastikan tombol dikedudukan tertutup (bukan release vent)


~ Selamat Mencuba ~


No comments: