Monday, September 29, 2008

Almond Sugee


Bahan;
1 mangkuk minyak sapi ( I guna gheeblend)
1 mangkuk gula ising
5 sudu serbuk badam
Tepung gandum

Cara;
Minyak sapi dipanaskan, kemudian disejukkan. Masukkan gula ising, gaul rata dan sebati. Masukkan serbuk badam, perlahan-lahan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga anggaran menjadi doh yang boleh dicanai. Canaikan (kalau nak senang, gunakan plastik). Terapkan guna acuan, kalau boleh acuan tersebut biar jenis simple.. kerana doh ini agak melekit dan penggunaan acuan simple berbentuk bulat, empat segi lebih mudah.

Aturkan dalam dulang dan dibakar pada suhu 175 darjah celcius selama 15 minit. Selamat mencuba.

Sunday, September 28, 2008

Tumis Asam Pedas Daging





Bahan;

1/2 daging lembu (beli jer yang fresh tempatan)
4 buku kentang, dibelah 4
3 sudu besar cili blender

4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Minyak untuk menumis

Air, sedikit asam jawa digaul dengan 1 inci belacan - dapatkan air (kalau tak nak belacan pun ok)

3 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
Garam dan serbuk perasa

Cara Masak;

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan cilli blender. Biar naik bau, masukkan air asam jawa yang digaul dengan belacan. Masukkan daging, biarkan merenih hingga daging empuk. Masukkan kentang, kerisik, daun limau... biarkan kentang empuk dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Wednesday, September 17, 2008

Aneka Sambal Belacan

Sambal Belacan style Raalah (orang Perak)

Bahan: Cili merah 5 biji, sedikit ikan bilis (10 bilis), seinci belacan (dibakar atau digoreng terlebih dahulu), seinci asam jawa (tanpa biji), sedikit gula pasir. Cara buat: Kesemua bahan ditumbuk, akhir sekali masukkan sedikit gula.


Sambal Belacan Binjai

Bahan: Cili merah 5 biji, 5 hiris asam binjai, seinci belacan (dibakar atau digoreng terlebih dahulu). Cara buat: Kesemua bahan ditumbuk, akhir sekali masukkan sedikit gula jika nak kurangkan pedasnya.