Friday, August 24, 2012

Kek Marble



Bahan;
250g butter (biarkan pada suhu bilik)
200g gula castor
210g cake flour (self rising flour)
1 sudu teh baking powder (rata atau sedikit membukit)
1 sudu teh esen vanilla
5 biji telur

Cara;
Sediakan acuan anggaran 7" x 7", letakkan kertas didasar acuan dan sapu sedikit butter (utk elakkan melekat). Panaskan oven pada suhu 180 darjah celcius.

Butter, gula, tepung, baking powder dan esen vanilla dipukul hingga sebati, perlahan kemudian laju (anggaran 5 minit). Masukkan telur sebiji sebiji sehingga habis (masukkan telur pada kelajuan sederhana). Setelah habis, pukul pada kelajuan sederhana tinggi hingga agak kembang dan ringan (anggaran 4 minit - jumlah masa memukul dalam 9 minit).

Bahagikan aduanan pada 3 bahagian. Setiap bahagian, warnakan kuning, merah dan hijau. Gaul rata warna tersebut.
Masukkan ke acuan berselang seli kuning, merah dan hijau. Masukkan anggaran 3/4 acuan. Bakar selama 50-55 min pada suhu 180 darjah celcius.


Nota:
Kalau tak ada tepung naik sendiri, boleh buat sendiri.., dimana 210g tegung gandum dicampur dengan 2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh garam halus.

Thursday, August 16, 2012

Famous Amos Cookies



Bahan :

2 cawan gula castor
2 cawan gula perang
300  g butter
2 cawan minyak masak (saya guna minyak mazola - minyak lain pun boleh)
2 biji telur
2 sudu besar susu segar (susu tepung yang dicampur air pun boleh)
8 cawan tepung gandum
1 sudu teh garam (sedikit membukit)
2 sudu teh Cream of tartar
2 sudu teh baking soda
2 sudu teh esen vanila
2 cawan walnut cincang
2 cawan coklat chips

Cara membuatnya;

1. Gula castor, butter, minyak, telur, esen vanilla dan susu disatukan dan pukul hingga sebati, kemudian masukkan gula perang, kacau sebentar.
2. Masukkan tepung, walnut cincang dan akhir sekali chocolate chips.

Sekiranya adunan nampak lembik, sejukkan dahulu kedalam peti sejuk, cubitkan adunan dan letkkan ke atas dulang pembakar (dulang tak perlu di gris), dan adunan tidak perlu dileperkan.

Bakar pada suhu 189’ C dlm 22 minit (bergantung pada jenis oven).

Nota : Rasa agak manis, boleh kurangkan gula perang kepada 1-½ cawan.

Monday, August 13, 2012

Almond Cookies




Bahan:

3 buku butter (250 g/ buku - biarkan pada suhu bilik)
200g gula castor
200g gula perang
1kg Tepung Kek (kalau nak buat sendiri klik Cara Buat Tepung Kek)
3 biji putih telur
200g almond slice (hirisan badam)
100g almond ground (serbuk badam)
Coklat emulco (choc. paste)
Choklat chip secukupnya
1 sudu essen vanilla

Cara:
Butter, gula castor dan essen vanilla dipukul rata, mulakan dengan perlahan dan kemudian pada speed laju selama lebihkurang 10 minit. Masukkan putih telur, pukul hingga sebati. Masukkan bahan-bahan kering, tepung kek, badam slice, serbuk badam dan gula perang. Gaul sehingga rata, akhir sekali masukkan coklat emulco sebanyak 1 sudu besar, gaul sebati.

Adunan ini agak lembik, gunakan sudu kecil dan sudukan kedalam dulang, jarakkan sedikit kerana apabila dibakar adunan akan sedikit leper dan memerlukan ruang. Taburkan coklat chip (2 atau 3) dan bakar pada suhu 180 darjah celsius selama 22 minit.

Sunday, August 12, 2012

Kuih Gunting



Bahan:

1kg tepung gandum
4 buku bawang besar @ 10 biji bawang kecil
3 sudu besar Udang kering
1-1/2 buku butter
Daun bawang dan daun saderi (hiris halus)
Secukup rasa garam
Air dan minyak untuk menggoreng.

Cara:
Campurkan semua bahan, dan gaul hingga sebati. Canaikan dan gunting kecil-kecil seperti dalam gambar. Kalau terlalu lembik, doh perlu dicampurkan dengan sedikit tepung. Dan masa menggunting, sediakan tepung bersama, taburkan tepung untuk mengelakkannya dari melekat. Goreng dengan api sederhana hingga garing.



Almond Sugee


Bahan:
1 kg tepung gandum
500g minyak sapi QBB
500g gula castor 

Cara:
Gaul kesemua bahan dan uli hingga sebati. Kemudian bentukkan menjadi bebola kecil. Saiz terserah kepada citarasa anda. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu kira-kira 180 darjah Celsius selama 25 minit. Sejukkan dan simpan dalam bekas.
Nota - Doh ini agak melekit, agak sukar untuk dicanai dan dipotong, maka bentukkan seperti bola-bola dan letakkan dalam dulang (jarakkan sedikit, kerana ia akan kembang sedikit - bentuk bola akan jadi 1/2 bola bila masak).

Bancuhan ni boleh menghasilkan anggaran 250 pcs. Sedap dan lembut.