Saturday, August 30, 2014

Jenis Tepung

Ukuran cawan yang digunakan

Ukuran sudu yang digunakan


Tepung Gandum (all purpose flour)



Tepung dibuat daripada gandum dan dikelaskan berdasarkan kandungan proteinnya. Protein membantu pembentukan gluten , yang mana gluten bertanggungjawab untuk mengekalkan bentuk dan dan tekstur makanan yang dibakar. Tepung keras adalah tinggi kandungan proteinnya yang mana juga mempunyai gluten yang tinggi, begitulah tepung lembut mempunyai kandungan protein yang rendah. Misalnya, kalau nak buat roti.., kita gunakan tepung high protein.

Tepung gandum atau seringkali juga dipanggil tepung serbaguna adalah yang paling biasa campuran tepung gandum keras dan lembut. Kandungan protein berbeza-beza antara sesuatu jenama, tetapi kandungan protein yang biasanya adalah sekitar 10%.


Tepung Kek (cake flour)

Juga dikenali superfine flour, kandungan protinnya rendah. Kalau tepung gandum, kandungan proteinnya dalam 10%, manakala tepung kek, kandungan proteinnya dalam 8% sahaja. Tepung kek sesuai untuk buat kek dan cookies.

Bolehkah kita gantikan tepung kek dengan tepung gandum? Boleh. 
  • Caranya; Setiap 1 cawan tepung gandum, kita keluarkan 2 sudu besar tepung gandum tersebut dan gantikan dengan 2 sudu besar tepung jagung. Kemudian ayak tepung tersebut kira-kira 5 kali.

Tepung Naik Sendiri (self rising flour)

Bolehkah kita gantikan tepung naik sendiri dengan tepung gandum? Boleh. 
  • Caranya; Setiap 1 cawan (130g) tepung gandum, kita tambah 1-1/2 sudu teh baking powder dan 1/2 sudu teh garam halus. Ayak tepung tersebut.

Tepung Roti (bread flour)

Tepung roti adalah tepung yang mempunyai kandungan gluten yang tinggi - biasanya kandungan protein sekitar 13 - 14%. Tepung roti akan berasa kasar dan akan kelihatan sedikit putih. Tepung roti digunakan untuk membuat roti berkerak dan gulung , doughs pizza dan seangkatannya. Satu cawan tepung roti akan berat sekitar 140 gram. 

Bolehkah kita gantikan tepung roti dengan tepung gandum? Boleh. 
  • Hanya menggantikan tepung roti seperti dalam resipi dengan jumlah yang sama dengan tepung gandum, dan teruskan seperti biasa.

Wednesday, August 27, 2014

Putu Mayam Segera


Putu mayam adalah makanan berasaskan beras dan amat popular dikalangan orang India. Ia dibuat menggunakan acuan khas yang berlubang halus lebih halus daripada mee hoon. Acuan tersebut diisi dengan bancuhan tepung beras dan kemudian ia di tekan dan dibuat dalam pergerakan bulat dalam ukuran 6 inci diameter. 

Biasanya putu dimakan dengan kelapa parut muda dan gula merah/ perang. Putu mayam tradisinya dijual dengan menggunakan basikal ataupun motosikal dan boleh dikatakan yang menjualnya 99% kaum India.


Untuk kita membuatnya menggunakan resepi asal.., mungkin memakan masa yang lama. Saya.. kalau nak makan, saya guna mee hoon jer, rendam mee hoon, bulat-bulatkan macam nak buat mee sanggul tu, kukus sehingga lembut. Seeloknya guna mee hoon cap bintang. Halus dan lembut dan rasanya tak lari dari putu mayam dari resepi asli.

Sunday, August 24, 2014

Dodol Goreng


Penghujung syawal ni.. kuih-kuih pun tinggal penghujung jer.., hari ni tengok bekas-bekas kuih yang semakin kosong dan dodol yang ada dah menjadi keras (saya suka dodol lembik). Sayang kalau dibiarkan begitu saja.. terfikir nak buat dodol goreng.. Jom kita tengok bagaimana caranya..

Bahan:
Caranya:

Dodol dipotong kecil (1" x 1")

Masukkan dalam bancuhan tepung (seperti buat goreng pisang) dan goreng seperti menggoreng pisang.

Inilah hasilnya.

~Selamat Mencuba~







Petua Meranggupkan Tepung Goreng Pisang



Kali ni nak kongsi bagaimana nak buat tepung goreng pisang sedap dan rangup. Selalu kita buat bancuhan antara tepung gandum dan tepung beras... apa kata kali ni kita ubah sikit bancuhannya.

Bahan:
  • Pisang/ keladi/ keledek dan juga apa saja yang nak digoreng.
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung pulut (nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2)
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • Minyak untuk menggoreng

Cara:
  • Campur tepung pulut, tepung beras, kunyit, garam dan telur. Masukkan air dan bancuh hingga sebati dan bolehlah menggoreng.
Tepung, telur, kunyit dan garam disatukan.

Masukkan air dan kacau sebati. Bolehlah menggoreng.
  • Tepung ini akan kekal rangup selama berberapa jam walaupun sejuk.

~ Selamat Mencuba ~



Friday, August 22, 2014

Macarons





Bahan-bahan:

(Boleh menghasilkan 24 keping macarons)
  • 2 biji (80gm) telur putih (gred A)
  • 60gm gula kastor
  • 80gm almond powder
  • 120gm gula aising
  • sedikit esen vanila
  • Sedikit pewarna
Filling : Chocolate ganache

Cara-cara:

  • Terlebih dahulu, sediakan dulang pembakar. Alas dulang pembakar dgn kertas minyak. Ambil duit syiling 20 sen dan lukis atas kertas minyak dan jarakkan setiap satu sebanyak 3 cm. 
  • Pukul putih telur dan gula kastor sehingga kembang/ berbuih. Masukkan esen vanila pukul lagi sehingga soft peak (kembang/ bertanduk - bila terbalik mangkuk telur tu, telur putih tu tak jatuh).
  • Masukkan sikit demi sedikit bahan yang diayak tadi ke dalam telur putih. Kaup perlahan-lahan hingga sebati.
  • Masukkan adunan yg dah siap ni ke dalam piping bag. Picit ke atas dulang oven yang di alas dengan baking paper. Jarakkan setiap satu lebih kurang 3 cm. Gunakan toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yang terbentuk di permukaan macarons - untuk mengelakkan permukaan macarons jadi berlubang bila dibakar).
  • Biarkan permukaan macarons kering atau tak melekat ditangan sebelum dibakar. (Lebih kurang 30-40 minit sebelum dibakar - elok diletakkan bawah kipas untuk dia cepat kering, boleh rasa dulu dengan jari, kalau dah tak melekat tu bolehlah dibakar).
  • Bakar dlm oven pd suhu 150 degree selama 18 minit. Sejukkan sebelum letak filling.

~ Selamat mencuba ~

Monday, August 18, 2014

Fungsi Gula Batu



Mungkin ramai yang tak tau fungsi gula batu dalam masakan. Gula batu dalam masakan bertujuan untuk mengelakan sesuatu masakan itu berair, mengentalkan makanan dan juga mengilatkan. Penggunaannya hanya sedikit dan bukan sebagai pengganti gula pasir.

  • Misalnya, 3-4 ketul gula batu selalunya diletak semasa membuat 1 peket agar-agar untuk mengelakkan agar-agar dari berair bila dah keras, ianya boleh diletakkan dalam semua jenis agar-agar. 
  • Dalam proses membuat jem nenas, sedikit gula batu digunakan bertujuan agar jem nenas lebih kental, tidak berair dan senang dibentuk. 
  • Dalam resepi nasi, seperti nasi tomato, nasi carrot, nasi bukhari, gula batu digunakan untuk kilatkan nasi. Boleh diletakkan pada masakan lain sepeti ayam masak merah/ rose bagi tujuan ini.

~ Sekadar Info ~

Friday, August 15, 2014

Pavlova



Pavlova merupakan sejenis kek meringue yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 



Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.


Bahan-bahan:

  • 4 biji putih telur 
  • 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung


Topping/hiasan:
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1-1/2 sudu besar gula icing.
  • 1/2 sudu teh esen vanilla


Tips sebelum membakar:

  • Ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih. Nak senang, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara putih dan kuning. Biar pasa suhu bilik sebelum dipukul telur putih tersebut.
  • Peralatan yang digunakan hendaklah bersih dari sebarang air dan kesan minyak agar telur yang dipukul senang kembang (soft peak).


Cara-cara:

  • Pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form' (bila kita terbalikkan dia tak jutuh).
  • Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sesudu demi sesudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan macam bentuk tanduk (tajam).
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 
  • Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). 
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah (sebab nanti nak isi buah2an)


Masa membakar:
  • Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan tray dibahagian tengah oven. 
  • Masukkan adunan meringue. Selepas 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tetapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas, nanti lambat pula masaknya.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias:
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Untuk mudahkan mudahkan kerja, masukkan bekas bersama whipping cream kedalam freezer selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Masukkan gula dan esen vanila. (kalau tak suka manis.. tak perlulah masukkan gula)
  • Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam freezer sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila nak makan, picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. 
~ Selamat Mencuba ~


Thursday, August 14, 2014

Best Moist Choc Cake





Resepi ni saya dapat dari PA pejabat saya, memang sedap, lembut dan lembap. Rahsianya terletak pada penggunaan buttermilk. 


Apa fungsi buttermilk?.

Saya berbual dengan PA ofis.., katanya..kalau nak cake lembut dan moist.. kena letak buttermilk. Tu pasal Kek Red Velvet yang saya buat ada rasa milky (lembab2 gitu).. berbeza RVC Secret Recipe.


Sedikit info tentang buttermilk (hasil Mr. google):

Buttermilk digunakan untuk menjadikan tekstur cake yang dihasilkan lebih lembut dan moist tanpa menggunakan lemak yang banyak. Nak beli buttermilk ni.. kadang2 rasa tak berbaloi, nak guna sikit.. tapi kena beli 1 kotak.


Tapi, buttermilk boleh di substitute dengan bahan lain. Buttermilk ni lebih kental berbanding susu cair dan rasanya sedikit masam, ini kerana buttermilk dihasilkan dari fermentasion process (tindak balas kimia).

Sebagai pengganti, campur 250ml susu cair dengan 1¾ sudu besar cream of tartar atau 1 sudu besar cuka masak.


Jom kita tengok resepinya.



Bahan-bahan: 
  • 2 cawan tepung gandum 
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's 
  • 2 tsp soda bikarbonat 
  • 1 tsp serbuk penaik 
  • 2 biji telur saiz A @ B 
  • 1 tsp garam 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah) 
  • 1 cawan Mazola vege oil (guna minya masak biasa pun boleh) 
  • 1 1/2 tsp asen vanilla 
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2sk nescafe 

Cara Penyediaan: 
  • Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.
  • Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  • Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air panas mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. 
  • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.



Resepi substitute buttermilk:


Bahan-bahan: 
  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon 
Cara Penyediaan: 
  • Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
  • Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan (tak perlu kacau..biarkan begitu saja).
  • Biarkan larutan berehat selama 5 minit dan boleh digunakan.

Sambal Tumis Tempoyak




Bahan-bahan:
  • Petai 4 papan - buangkan kulit dan goreng sekejap
  • Ikan Bilis - agak2 dalam 1 mangkuk sederhana - digoreng, jangan garing sangat
  • Tempoyak 5-6 sudu besar
  • Cili padi - segenggam (dalam 30 biji)*
  • Cili merah - 10 biji (boleh juga guna cili kering, kalau cili kering.. lebihkan sikit)*
  • Bawang merah 6 ulas*
  • Bawang putih 5 ulas*
  • Kunyit hidup 1 inci*
  • Bawang besar - 2 labu, kalau nak lebih pun boleh (dihiris)
  • Sedikit air
  • Gula pasir secukup rasa
  • Garam dan serbuk perasa.
  • Minyak untuk menumis 2 senduk
Bahan yang bertanda * dikisar (jangan halus sangat)

Caranya:
  • Panaskan minyak, tumis bahan kisar, masak anggaran 5 minit (kacau jangan bagi hangit), masukkan bawang besar, masukkan ikan bilis dan tempoyak. Masukkan air anggaran 1 cawan. Renihkan dengan api perlahan. Perasakan dengan gula dan garam. Kalau pedas sangat.. masukkan lebih gula. 
  • Masak hingga pekat, sedia untuk dimakan.

~ Selamat Mencuba ~



Tuesday, August 12, 2014

Ayam Masak Rose


Rupa sama, tapi rasa ada sedikit kelainan. Itulah perbezaan antara Ayam Masak Ros dengan Ayam Masak Merah/ Madu. Jom kita cuba masak ikut resepi di bawah ni.

Bahan-bahan A:
  • 1 ekor ayam – dipotong 12 (digaramkunyitkan dan digoreng)
  • 1 biji tomato – dipotong kiub
  • 2 sudu besar kismis
  • 3 sudu gula perang/ pasir pun boleh (mengikukt kesesuaian rasa)
  • 1 cawan air
  • 1 ½ cawan susu sejat atau santan
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Rempah Tumis (Bahan B):
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C: 
  • 5 senduk nasi cili blend
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Kesemua bahan C dikisar halus.


Bahan Hiasan:
  • Kacang pis (dalam tin – ditoskan airnya)
  • Daun sup
  • Kismis
  • Cili hidup/merah


Caranya:
  • Ayam dibersihkan dan digaram kunyitkan. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya.  
  • Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.
  • Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit.
  • Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

~ Selamat Mencuba ~


Monday, August 11, 2014

Ayam Masak Madu




Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 12 - ikut suka)
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 30 tangkai cili kering* (ikut citarasa, kalau tak nak banyak sambal/ kurang pedas.., kurangkan cili kering)
  • 5 sudu besar Tomato puree (sos tomato pun boleh)
  • 7 sudu besar Sos Cili
  • 1 senduk madu (ikut citarasa masing-masing)
  • Rempah tumis - kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, serbuk perasa.
  • Bahan hias - optional (boleh tambah lobak merah, dipotong jejari, masukkan semasa tomato puree dimasukkan)
Bahan bertanda * diblend bersama.


Cara:
  • Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan kunyit, goreng (jangan terlalu garing, nanti liat pula).
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis, masukkan cili blend.., goreng hingga agak masak (dalam 5 min), masukkan tomato puree, sos cili.
  • Perasakan dengan garam serbuk perasa dan madu.
  • Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul mesra sambal dengan ayam.

~ Selamat Mencuba ~

Sunday, August 10, 2014

Nasi Pulao


Resepi ni saya berguru dengan kawan Pakistan, salah satu koleksi resepi kesukaan saya.

Bahan:
  • Beras 4 cawan (air 5 cawan) - Saya gunakan Pusagold
  • Bawang besar 2 labu (hiris)
  • 1 inci halia (tumbuk halus)
  • 3 biji tomato (dadu atau belah 8)
  • Bahan tumis - Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, 1 sudu teh jintah putih dan berberapa biji lada hitam - seeloknya tumbuk kasar, tumbuk sekejap jer..jangan sampai halus.
  • Minyak masak 1 senduk 
  • 2 sudu besar minyak sapi - (kalau tak guna pun tak apa, kalau guna.. baunya sungguh menawan..)



Caranya:
  • Cuci dan rendam beras dalam 10 minit dan toskan.
  • Sambil tu, panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang telah dihiris.. goreng hingga 60% perang (kalau nak nasi lagi kuning, goreng bawang hingga 80% perang).
  • Masukkan tomato yang dibelah tadi.. dan goreng hingga agak layu.

Gorengkan bawang dan masukkan tomato

Goreng hingga agak layu, masukkan halia yang telah ditumbuk dan juga bahan tumis

Masukkan air, perasakan dengan garam, tutup tudung periuk dan biarkan air mendidih

Bila air dah mendidih, masukkan beras, tutup tudung periuk, dan biar air agak kering (tapi jangan terlalu kering) dan kacau (masa ni mudah nak kacau sebab beras tak sticky lagi.., kerana masih ada air sedikit). Kecilkan api.

Ketika ini, alaskan periuk dengan pelapik dan gunakan api perlahan (saya gunakan kuali roti jala yang saya tak pakai lagi) dan biarkan selama 20-25 minit (masa ni jangan kacau.. utk elakkan beras patah)

Buka tutupperiuk dan jika nasi telah masak. tutup api.


Nasi telah sedia untuk dihidangkan. Lebih enak jika ditaburkan dengan gajus goreng, bawang goreng dan kismis.


~ Selamat Mencuba ~


Saturday, August 09, 2014

Puding Roti






Bahan A:
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti 

Bahan B:

  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *
  • 1 s/b buah pala *

Bahan Kastad:

  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara:

  • Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  • Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam. 
  • Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  • Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

~ Selamat Mencuba ~