Tuesday, September 16, 2014

Bahulu Tradisional



Bahan-bahan:
2 mangkuk Telur
2 mangkuk Gula pasir
1 kg Tepung Gandum

1 sudu besar Baking Powder
1/2 cawan Minyak Masak .


Cara Membuat:

  • Pukul telur dan gula sehingga kembang (gunakan whisk). 
  • Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan bahulu yang telah kembang .Kemudian kacau adunan sehingga sebati. 
  • Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit - 15 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak yang telah dipanaskan. 
  • Sediakan kain atau tisu dapur untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips - 
Untuk mendapatkan kuih bahulu yang ringan anda boleh panaskan tepung dalam oven terlebih dahulu selama 5 minit sebelum digunakan.

Saturday, September 13, 2014

Puding Roti Karamel



Resepinya:

5 keping roti gardenia (saya guna sandwich loaf jer)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (saya guna 3/4 saja)
1 cawan air
3 sudu gula - dicairkan atas api hingga perang.


Cara:

  • Tuangkan gula yang dicairkan dalam acuan. Blend semua bahan. Campur warna kesukaan (saya campurkan koko dan pewarna kuning). 
 

 


  • Kukuskan selang seli warna seperti buat kuih lapis. Saya kukus selama 7 minit setiap lapisan dan 10 minit lapisan terakhir.
  • Tunggu betul-betul sejuk baru dipotong.

~ Selamat mencuba ~

Potato Fritters



Potato Fritters ni sesuai dibuat sarapan anak-anak.


Bahan:

5 biji kentang(disagat halus memanjang)
Daun bawang/ daun sup (hiris halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur gred A (besar)
Serbuk Lada sulah
Garam


Cara:

  • Campurkan daun bawang dan tepung ke dalam kentang yang disagat tadi. Gaul rata, pecahkan telur dan digaul rata, taburkan sedikit garam dan lada sulah.., gaul rata.

 

  • Panaskan minyak, dan jemputkan adunan kedalam minyak (minyak biarlah seperti kita menggoreng cucur). Goreng sehingga kekuningan (garing) dan angkat.
  • Bolehlah dihidangkan dan dimakan dengan sos atau mayonis.

~ Selamat mencuba ~


Friday, September 12, 2014

Kuih Koci Labu



Bahan tepung:

  • 450g labu - potong kecil dan kukus (saya gunakan pressure cooker)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu teh garam halus
Labu dikukus dan dilecek halus, campurkan garam dan masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat ditangan.

 

Bahan Inti kelapa:

  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja, lagi elok kalau kelapa yang agak muda)
  • Gula melaka
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit tepung gandum (untuk mengelakkannya berderai)
Satukan semua bahan inti dan dimasak atas api sederhana, ketika inti hampir kering, taburkan sedikit tepung sehingga rasa inti tidak lagi berderai. Inti yang berderai akan menyukarkan proses memasukkan inti kedalam tepung nanti.

Bahan Dadih:
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh tepun beras
  • Sedikit garam.
Campur santan, tepung dan garam, masak atas api sederhana hingga pekat.


Cara-caranya:

  • Jerang air terlebih dahulu.
  • Jemputkan doh saiz bebola sederhana, begitu juga dengan inti, bulatkan terlebih dahulu untuk mudahkan proses nak masukkan inti kedalam doh. Buat lubang/leperkan dan masukkan inti kelapa dan tutup.

 
  • Rebus didalam air yang mendidih, dan tunggu sehingga ia timbul (seperti kuih onde2), angkat dan masukkan dalam sebahagian dadih.
  • Letakkan atas daun pisang yang telah dilayur dan dipotong. Balut kemas.


Sedap dimakan waktu panas. 

~ Selamat mencuba ~


Thursday, September 11, 2014

Coconut Candy





Bahan:


1 biji kelapa parut yg muda sikit
1 tin susu cair Ideal 
500 g gula pasir 
Sedikit butter
Pewarna mengikut kesukaan

Cara:
  • Campurkan semua bahan dan gaul rata.
 

  • Masukkan kedalam periuk dan dikacau seperti mengacau dodol diatas api sederhana hingga kering.
  • Selepas masak masukkan warna kesukaan dan dah hampir likat, letakkan sedikit butter untuk mengilatkannya.
 

  • Ratakan...biar sejuk kemudian bolehlah dipotong dan dimasukkan kedalam paper cups.







~ Selamat mencuba ~

Kek Pelangi Kukus


Kek kukus pelangi ni saya copy dari Blog Noor Masri sebagai rujukan untuk buku masak bergerak saya ni. Teruja nampak kek kukus ni.

Bahan: (Loyang 7x7x3)

1 cawan mentega (225g)
¾ cawan gula kastor (akak kurangkan jd 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga 


Cara:

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 
  • Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  • Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilenser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. 
  • Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. (kalau tak tambah susu pun, kek tetap lembut) 


Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.


~ Selamat mencuba ~


Wednesday, September 10, 2014

Mee Hoon Goreng Singapura


Bahan-bahan:
  • Mee Hoon (anggaran 4 orang makan - rendam)
  • Cendawan Kering (4 keping - rendam)
  • Tauge (sawi, lobak merah atau kobis pun boleh. Nak campur kesemuanya pun boleh, tapi elok ambil dua dari sayur2 yang disenaraikan)
  • 5 biji bawang merah* (bawang kecil)
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1-1/2 sudu besar lada hitam*
  • 1 sudu besar udang kering* (kalau nak gantikan dengan ayam, atau udang kertas pun boleh)
  • Telur (didadar dan hiris nipid untuk hiasan)
  • 2 biji cili hijau (hiris nipis)
  • Minyak untuk menumis

Cara:

  • Bahan yang bertanda * ditumbuk halus. 

  • Cendawan dihiris nipis. Bersihkan tauge, jika guna lobak merah.., potong halus memanjang. Tos kan mee hoon.
 


  • Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk, masukkan cendawan, goreng hingga naik bau. Masukkan garam dan serbuk perasa. Masukkan mee hoon dan sayur, kecilkan api.. sesekali kacau.. dan goreng hingga masak dan kering.
 


Angkat, hiaskan dengan cili hijau dan taburkan dengan telur dadar yang dihiris nipis dan hidangkan...

~ Selamat mencuba ~



Monday, September 08, 2014

Ayam Masala




Bahan-bahan: 
  • 1 ekor ayam - potong 12 (kalau ayam kampung lagi ok, boleh diganti dengan daging atau kambing) 
  • 10 biji bawang besar - dihiris 
  • 10 biji tomato - belah empat 
  • 8 biji cili hijau (dibelah 2) 
  • 15 biji cili padi (di blend halus - kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • Rempah Biryani Masala (Saya gunakan brand Shan, boleh didapati di Carrefour) 
  • Sedikit sudu pes asam jawa (kalau nak sedikit rasa masam, jika tak.. tak perlu) 
  • 3 helai bay leaf 
  • Minyak masak untuk menggoreng Garam dan serbuk perasa.

Cara:

  • Panaskan kuali dengan minyak (minyaknya perlulah banyak, macam kita nak masak cucur), masukkan bawang besar yang siap dihiris, masukkan bay leaf. Goreng hingga agak kecoklatan, masukkan tomato dan cili hijau yang dibelah dua. Goreng hingga tomato lecur dan tak nampak lagi bentuk buah tomato masukkan juga cili api yang telah dikisar.

  • Masukkan ayam, kacau selalu dan goreng hingga ayam agak masak dan bawang serta tomato agak kering. Masukkan rempah biryani masala, perasakan dengan dan kacau anggaran 5-10 minit (Rempah masala dimasukkan setelah ayam agak masak adalah untuk mengelakkan rempah dari cepat hangit). Matikan api. Minyak yang berlebihan perlulah disaring keluar.

Sedap dimakan bersama nasi panas atau roti. Ayam juga boleh digantikan dengan daging lembu atau kambing, tetapi daging tersebut perlulah direbus/ pressure cooker terlebih dahulu.


~ Selamat mencuba ~


Sunday, September 07, 2014

Dalcha Bonda


Kalau saya buat kual dhal.. simple jer..

Bahan-bahan:
  • 2 cawan Dhal – boleh juga kurangkan kalau tak nak pekat. (Kalau nak buat pagi ni, kita rendam dulu dhal tu semalam)
  • Ayam (kalau bahagian tulang, leher ayam pun ok.. tak pun tetel lembu tu.. lagi sedap)
  • 3 biji kentang (belah 8)
  • Lobak merah (potong dalam 1 inci dan belah jejari)
  • Terung (potong kecil) 
  • Kacang Panjang (potong dalam 1”)
  • Rempah tumis – Kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga
  • Bawang Merah 5 ulas *
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Hhalia 1”*
Bahan* ditumbuk halus/ kasar pun tak per

  • Rempah kari 5 sudu besar
  • 2 sudu besar cili blend
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, serbuk perasa, asam keeping
  • Santan dari 1/2 biji kelapa

Caranya:
  • Mula2 bersihkan dhal, daging – rebus dengan air dan api perlahan (lama pun tak per)
  • Agak2 dah empuk, masukkan lobak dan kentang.. masukkan sekali asam keping.
  • Dalam kuali/ periuk lain.. panaskan minyak, masukkan rempah tumis. Masukkan bahan yang ditumbuk halus.. biar hingga naik bau. Masukkan rempah kari dan cili blend.. biar agak garing.. masukkan santan. 
  • Masukkan bahan dari kuali kedalam periuk yang rebus dhal. 
  • Kacau.. perasakan dengan garam.. masukkan terung.. biar terung agak empuk.. baru masukkan kacang panjang.. kacau sebentar.. dan boleh masukkan cili merah atau tomato belah.
~ Selamat mencuba ~


Saturday, September 06, 2014

Puding Roti



Bahan: Untuk 6 cawan

5 - 6 keping Roti Sandwich di dadu kecil
3 cawan Susu Segar rendah lemak (kalau nak guna susu cair pun boleh, tapi kuantitinya 1 tin susu cair dicampur dengan 1 cawan air masak)
3 sudu besar gula perang (lebihkan sedikit kalau nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Pilihan:
2 keping Cheese di potong kecil (potong 9 setiap keping)
2 sudu besar kismis
2 sudu besar Chocolate Chip
6 cawan atau mangkok tahan panas

  
Roti didadu kecil dan masukkan separuh dalam acuan, taburkan kismis dan letak tepi

Cara:
  • Susun kan separuh saja dulu roti yang di dadu kedalam bekas/ cawan dan taburkan dengan sedikit chocolate chips dan ketepikan dahulu.
 
  • Telor dan gula perang dipukul hingga sebati.
  • Masukkan vanila dan susu segar, pukul lagi hingga sebati.
 
  • Tuangkan campuran susu kedalam bekas/ cawan roti dan masukkan separuh lagi roti dan tuangkan sehingga penuh campuran susu (macam dalam gambar)
  • Taburkan dengan chocolate chips dan Cheese parut/potong.
  • Susun kan bekas/ Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).

  • Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180-190'C.


~ Selamat mencuba ~

Monday, September 01, 2014

ABC Ice Cream



Ini merupakan kali pertama buat ice cream. Saya nak namakan Ice Cream ABC, sebab nak buatnya semudah ABC.

Selalunya tengok jer rakan-rakan tunjuk gambar ice cream yang dia orang buat. Pagi ni (1 September 2014)..  awal saya bangun.., capai susu cair, susu pekat.. ambil ovelette sesudu.. on mixer (saya guna whisk) .. biarkan jer dia berputar.. sambil tu saya basuh2 pinggan.., masak air. Sesekali saya jengah.. apa jadi dengan ice cream saya..

Cukup 17 minit.. saya hentikan mixer dari berputar.. hmmm.. nampak macam menjadi.. excited sangat.. kali pertama ni saya buat plain jer.. nanti kalau nak makan.. pandai2 lah hias dengan apa2 yang ada dalam fridge tu.. Nak tau resepinya?.. Jom tengok...

Bahan:
  • Setengah tin susu pekat (saya guna tin tinggi tu, elok kurangkan, sebab saya rasa 1/2 tin ni manis juga)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu ovalette (pastikan yang halal)
  • 2 sudu teh esen vanilla

Cara:
  • Satukan kesemuanya dan pukul hingga gebu, saya ambil masa dalam 17 minit dengan menggunakan whisk.
Satukan semua bahan, dan mula putar

17 minit kemudian.. dah nampak macam ais krim cair

  • Masukkan dalam freezer
  • Masa nak serve tu.. pandai2lah hiaskan.., letak coklat chips ke, kacang dan apa saya yang kita suka.
~ Selamat Mencuba ~