Sunday, May 24, 2015

Nasi Dagang Terengganu:




Bahan untuk Nasi:

4 cawan beras biasa
1 cawan beras pulut
4 cawan santan + sedikit gula dan garam
1 sudu halba
2 ulas bawang merah
1/2 in halia
(Bawang merah dan halia dihiris)

Caranya :





1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 2-4 jam.

2. Toskan beras, taburkan halba. Menggunakan loyang, kukus beras, pulut dan halba selama 20 minit.

3. Angkat dan digaulkan dengan separuh santan dan gaul hingga rata. Biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi lebihan santan sehingga meresap. 

4. Bawang dan halia yang dihiris halus ditabur atas beras dan gaul sedikit bagi rata.

5. Kukus semula selama 20 minit lagi. Sesekali gaul rata nasi.
6. Angkat dan boleh dihidangkan


Resepi Gulai Ikan Tongkol:

- Ikan tongkol hitam dipotong kepingan dan rebus bersama beberapa asam keping dan juga garam, jangan buang air rebusan.

* boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
* lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Bahan gulai :

1 sudu serbuk ketumbar*
1/2 sudu serbuk jintan manis*
1/2 sudu serbuk jintan putih*
(*disangai)**

2 hiris lengkuas**
1 hiris halia**
1 biji bawang besar**
3 ulas bawang putih**
7 tangkai cili kering**
1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (saya guna rempah kari biasa jer)**
** diblend bersama.

1 1/2 liter santan
1 batang kulit kayu manis
1 sudu kerisik
3 keping asam keping
1/2 buku kecil gula melaka.
10 biji cili padi (ikut suka, kalau tak nak pun ok)
sedikit garam

Cara-cara :




1. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka kedalam santan, masak hingga naik minyak.
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak, jika nak pekat.. lebihkan sedikit kerisik atau masak lama.

Resepi Acar Timun:-


Timun
Carrot
Cili Merah dan Bawang

- SEMUA dihiris memanjang

1 sudu gula
1 sudu garam
1 sudu cuka.

Caranya:

1. Gaul sebati dan dihidang




~ Selamat Mencuba ~

Saturday, May 23, 2015

Lemak Tumis Ikan Senangin





Suami saya kata, kalau kecil ikan ni dipanggil ikan senangin. bila besar panggil Jenahak, apapun ikan ni memang sedap masak style ni.

Bahan tumis;
- 2 ekor ikan senangin (kerat 3)
- Cili Kering 15 tangkai
- 6 ulas bwg merah
- 3 ulas bawang putih
- Kunyit hidup
- 2 btg serai (titik)
- 1 biji santan
- 2 kpg asam keping
- minyak utk tumis.

Cara;

Cili, bawang dan kunyit di blend. Panaskan minyak, tumiskan bahan blend hingga naik minyak, masukkan serai. Masukkan santan, ikan dan asam keping. 

Rasakan dgn garam dan serbuk perasa.