Kemaruk sangat saya ni dengan kek dan muffin. Isnin lepas, balik kerja, lepas siap-siap yang wajib, saya ke dapur lagi. Tengok buah-buahan dalam bakul banyak, pisang pun dah masak ranum.., terus jer teringat Chocolate Banana Cake SR. Resepi ni saya ambil dari web Joy of Baking, cuma kat sini kuantiti pisang tu saya lebihkan.. agar rasa pisang tu lebih sikit dari rasa coklat... hasilnya sangatlah membuatkan hati saya gembira.., akhirnya saya berjaya membuat kek kegemaran saya. Jom tengok macam mana nak buatnya... senang bangat, dalam kes ni saya tak menggunakan electrical mixer pun.
Bahan;
Bahan A (bahan kering);
• 3-1/2 cawan tepung gandum
• 3 sudu teh baking powder
• 3 sudu teh soda bikarbonat
* Bahan-bahan kering ini ( kecuali gula dan
garam) perlu diayak dan kesemua bahan ini disatukan dalam satu bekas.
Bahan B (bahan basah);
Bahan C (Frosting Chocolate Ganache);
- Panaskan oven pada susu 180 darjah C
- Griskan acuan (10" x 10") dan ketepikan.
- Dalam bekas besar, satukan semua bahan kering dan gaul sebati, ketepikan dahulu.
- Dalam bekas lain, pukul sedikit telur (macam nak buat telur dadar jer), masukkan minyak, susu segar, air suam, esen vanilla dan pisang. Gaul hingga kesemuanya sebati.
- Curahkan bahan basah kedalam bahan kering tadi, kacau/gaul hingga rata.
- Tuangkan adunan kedalam acuan dan bakar selama 50 - 60 minit atau sehingga masak
- Coklat masakan diletakkan didalam mangkuk yang tahan panas.
- Dalam periuk, panaskan whipping cream bersama butter, angkat dari api sebaik sahaja mendidih.
- Curahkan whipping cream tadi kedalam manggunk yang berisi coklat, kacau hingga coklat hancur dan sebati dengan whipping cream.
- Biarkan sejuk, dan setelah sejuk, pukul sedikit agar coklat tadi gebu/ fluffy sebelum dituang atas permukaan kek.
Selamat Mencuba.., dah cuba.. please update ya...