Sebenarnya nak buat muffin ni bukanlah susah sangat. Main campak-campak pun jadi juga, semudah buat cucur jer. Hari ni seawal pagi saya dah buat banana apple muffin. Muffin ni saya buat tidak terlalu manis, anak lelaki kata sedap manis-manis begini, tapi anak yang masih sekolah rendah tu kata.. kalau manis sikit lagi best, maka terpulang lah ya.. budak-budak kan memang suka manis. Nak tau resepinya.. jom tengok sini:
Bahan A (bahan kering);
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
* kesemua bahan diatas diayak dan disatukan dalam satu bekas.
1 sudu teh garam
Bahan B;
1 cawan minyak
4 bili telur gred A200g @ 1 cawan gula halus
450g pisang masak (dilecek jangan terlalu hancur)
2 biji epal (diparut kasar)
* untuk hiasan boleh taburkan sedikit chocolate chips sebelum dibakar.
- Panaskan oven pada suhu 200ºC/180ºC.
- Satukan bahan B iaitu minyak, gula dan telur, pukul/ gaul sebati (pukul sedikit, asalkan sebati)- Masukkan bahan A dan gaul sebati.
- Masukkan pisang yang telah dilecek dan epal yang telah diparut, gaul sebati.
- Masukkan 3/4 acuan penuh, taburkan chocolate chips dan dibakar selama 25 - 30 minit.
No comments:
Post a Comment