Resepinya:
5 keping roti gardenia (saya guna sandwich loaf jer)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (saya guna 3/4 saja)
1 cawan air
3 sudu gula - dicairkan atas api hingga perang.
Cara:
- Tuangkan gula yang dicairkan dalam acuan. Blend semua bahan. Campur warna kesukaan (saya campurkan koko dan pewarna kuning).
- Kukuskan selang seli warna seperti buat kuih lapis. Saya kukus selama 7 minit setiap lapisan dan 10 minit lapisan terakhir.
- Tunggu betul-betul sejuk baru dipotong.
~ Selamat mencuba ~
No comments:
Post a Comment