Pavlova merupakan sejenis kek meringue yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow.
Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.
Bahan-bahan:
- 4 biji putih telur
- 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 1 sudu teh cuka masakan
- 1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan:
- 1 cawan (240 ml ) whipping cream
- 1-1/2 sudu besar gula icing.
- 1/2 sudu teh esen vanilla
Tips sebelum membakar:
- Ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih. Nak senang, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara putih dan kuning. Biar pasa suhu bilik sebelum dipukul telur putih tersebut.
- Peralatan yang digunakan hendaklah bersih dari sebarang air dan kesan minyak agar telur yang dipukul senang kembang (soft peak).
Cara-cara:
- Pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form' (bila kita terbalikkan dia tak jutuh).
- Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sesudu demi sesudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
- Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan macam bentuk tanduk (tajam).
- Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu.
- Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper).
- Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah (sebab nanti nak isi buah2an)
Masa membakar:
- Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan tray dibahagian tengah oven.
- Masukkan adunan meringue. Selepas 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tetapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas, nanti lambat pula masaknya.
- Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.
Cara menghias:
- Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Untuk mudahkan mudahkan kerja, masukkan bekas bersama whipping cream kedalam freezer selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream.
- Masukkan gula dan esen vanila. (kalau tak suka manis.. tak perlulah masukkan gula)
- Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam freezer sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila nak makan, picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong.
~ Selamat Mencuba ~
No comments:
Post a Comment