Tuesday, August 12, 2014

Ayam Masak Rose


Rupa sama, tapi rasa ada sedikit kelainan. Itulah perbezaan antara Ayam Masak Ros dengan Ayam Masak Merah/ Madu. Jom kita cuba masak ikut resepi di bawah ni.

Bahan-bahan A:
  • 1 ekor ayam – dipotong 12 (digaramkunyitkan dan digoreng)
  • 1 biji tomato – dipotong kiub
  • 2 sudu besar kismis
  • 3 sudu gula perang/ pasir pun boleh (mengikukt kesesuaian rasa)
  • 1 cawan air
  • 1 ½ cawan susu sejat atau santan
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Rempah Tumis (Bahan B):
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C: 
  • 5 senduk nasi cili blend
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Kesemua bahan C dikisar halus.


Bahan Hiasan:
  • Kacang pis (dalam tin – ditoskan airnya)
  • Daun sup
  • Kismis
  • Cili hidup/merah


Caranya:
  • Ayam dibersihkan dan digaram kunyitkan. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya.  
  • Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.
  • Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit.
  • Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

~ Selamat Mencuba ~


No comments: