Sunday, August 10, 2014

Nasi Pulao


Resepi ni saya berguru dengan kawan Pakistan, salah satu koleksi resepi kesukaan saya.

Bahan:
  • Beras 4 cawan (air 5 cawan) - Saya gunakan Pusagold
  • Bawang besar 2 labu (hiris)
  • 1 inci halia (tumbuk halus)
  • 3 biji tomato (dadu atau belah 8)
  • Bahan tumis - Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, 1 sudu teh jintah putih dan berberapa biji lada hitam - seeloknya tumbuk kasar, tumbuk sekejap jer..jangan sampai halus.
  • Minyak masak 1 senduk 
  • 2 sudu besar minyak sapi - (kalau tak guna pun tak apa, kalau guna.. baunya sungguh menawan..)



Caranya:
  • Cuci dan rendam beras dalam 10 minit dan toskan.
  • Sambil tu, panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang telah dihiris.. goreng hingga 60% perang (kalau nak nasi lagi kuning, goreng bawang hingga 80% perang).
  • Masukkan tomato yang dibelah tadi.. dan goreng hingga agak layu.

Gorengkan bawang dan masukkan tomato

Goreng hingga agak layu, masukkan halia yang telah ditumbuk dan juga bahan tumis

Masukkan air, perasakan dengan garam, tutup tudung periuk dan biarkan air mendidih

Bila air dah mendidih, masukkan beras, tutup tudung periuk, dan biar air agak kering (tapi jangan terlalu kering) dan kacau (masa ni mudah nak kacau sebab beras tak sticky lagi.., kerana masih ada air sedikit). Kecilkan api.

Ketika ini, alaskan periuk dengan pelapik dan gunakan api perlahan (saya gunakan kuali roti jala yang saya tak pakai lagi) dan biarkan selama 20-25 minit (masa ni jangan kacau.. utk elakkan beras patah)

Buka tutupperiuk dan jika nasi telah masak. tutup api.


Nasi telah sedia untuk dihidangkan. Lebih enak jika ditaburkan dengan gajus goreng, bawang goreng dan kismis.


~ Selamat Mencuba ~


No comments: