Buttercream adalah krim yang dperbuat daripada campuran butter, krimwell, gula aising dan esen vanila. Ada juga baker yang campurkan adunan buttercream dengan sedikit shortening, mungkin mereka suka pada rasa shortening agaknyalah. Tapi bagi saya, pure buttercream adalah seratus peratus campuran krimwell, gula aising dan esen vanila sahaja
Biasanya untuk buttercream, perlu pukul lebih kurang 30 minit agar betul-betul lembut. Kebaikannya, krim jenis ni sesuai untuk semua jenis kek terutama butter cake, dan harganya pun agak murah. Tektur buttercream ni sedikit berminyak dan agak muak. dan ianya tidak tahan dengan cuaca panas, maka pastikan ia diletakkan ditempat yang tidak kena cahaya matahari atau dalam bilik berhawa dingin.
Jom kita lihat bahan-bahan dan cara buat buttercream ni.
BASIC BUTTERCREAM.
Menggunakan butter dan krimwell. Tekstur sedikit berminyak dan ianya adalah krim yang tahan lama kalau diletakkan diluar. Mudah untuk dibawa ke mana-mana, dan tidak mudah cair. Sesuai untuk Birthday kek atau cupcake. Juga amat sesuai untuk membuat deco bunga atau paten-paten yang nak dideco atas kek. Mudah diuruskan dengan penggunaan nozel.
Bahan-bahan:
80 gm butter
250 gm krimwell
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap
Cara;
Butter dipotong kiub kecil. Satukan butter bersama creamwell dan pukul hingga kembang dan putih. Gula icing diayak, masukkan gula icing dan golden sirap ke dalam butter yg telah dipukul kembang tadi. Gaul rata semua bahan ini dengan menggunakan spatula sehingga bercampur sebati. Kemudian bolehlah di letakkan pewarna mengikut warna pilihan. Masukkan butter cream dalam piping bag dengan nozel pilihan dan bolehlah paip kan pada kek.
No comments:
Post a Comment