Saturday, April 12, 2014

KUIH LAPIS


Versi 1

Kuih Lapis berwarna-warni ini adalah gabungan Nyonya, lembut dan sedikit kenyal. Biasanya ia disediakan dengan sembilan lapisan. Terdapat banyak cara yang berbeza untuk membuat kuih ini, warna yang berbeza, rasa yang berbeza dan campuran tepung yang berbeza untuk memberi pelbagai tahap kelembutannya.

Tepung beras adalah bahan asas kuih ini, tepung ubi dan gandum kanji ditambah untuk memberikan tekstur yang berbeza. Disini saya akan memberi nisbah bancuhan yang berbeza dan kuih lapis ini sebenarnya saya nak buat 7 lapis (warna-warna pelangi),  warna-warna ni sebenarnya terpulang pada citarasa individu.

Acuan loyang juga penting, untuk bancuhan yang saya beri ini adalah sesuai untuk loyang bulat yang berukuran 10". Kalau guna besar dari ni.. dia akan jadi nipis dan kalau guna kecil dari ni.. hasilnya akan tebal. Oleh itu untuk kelihatan cantik.. gunakan lah acuan 10" dia.

Untuk mendapatkan lapisan yang sekata tebalnya.. kuantiti perlu disukat sama bagi setiap lapis. Untuk lapis pertama, saya gunakan sebanyak 300 - 320 ml, dan lapisan kedua dan seterusnya 250ml.



Bahan:
200 g tepung beras
100 g tepung ubi
100 g tepung gandum

230 g gula
500 ml air
720 ml santan kelapa
sedikit garam
10" dia. loyang.

Cara:
  • Sebelum tu, panaskan pengukus dan sapukan acuan dengan sedikit minyak agar tak melekat.
  • Masak air dan gula sehingga gula hancur. Biarkan sejuk seketika. Masukkan santan. Masukkan tepung dan garam dan gaul rata supaya tidak bergentel, Tapis.
  • Lapisan pertama, ambil sebanyak 300 atau 320ml, dan titiskan warna kegemaran. Kukus lapisan pertama selama lebihkurang 5 minit. 
  • Lapisan kedua, ambil sebanyak 250ml, titiskan warna kegemaran dan layerkan keatas lapisan 1 tadi dan kukus selama 5 minit. Pastikan air pengukus tidak masuk kedalam bancuhan.
  • Buatlah untuk lapisan ke 3 dan seterusnya hingga ke 7.
  • Bagi lapisan terakhir, kukus selama 10 ke 15 minit untuk memastikan kuih masak betul.
  • Tunggu sejuk baru dipotong.

Semua tepung dan garam disatukan dalam bekas

Gula dicairkan dan disatukan dengan santan


Campurkan pewarna yang berlainan untuk setiap lapisan


Kukus selama 5 minit untuk setiap lapisan


Versi 2


Bahan:
200 g tepung beras
200 g tepung ubi

230 g gula
500 ml air
720 ml santan kelapa
sedikit garam
10" dia. loyang.

Nota:
Perbezaan antara keduanya, versi 2 lebih kenyal dan mudah dipegang. Rasa keduanya lebihkurang sama, lembut dan kenyal.

No comments: