Friday, July 15, 2016

Tart Buah-buahan




Sesuai sangat untuk hantaran pertunangan/ perkahwinan. Jika ada permintaan.., saya akan buat.. boleh call/ whatsapp saya 012-3457550 untuk tempahan atau personal class. Apapun saya kongsikan juga resepinya.

Bahan;
2-1/2 butter (salted atau unsalted.. dua2 pun ok)
1kg tepung
8 sudu besar gula icing
4 sudu besar tepung jagung
4 biji kuning telur
1 sudu kecil vanila
pewarna


Jem (saya guna jem nenas jer.. tapi kalau ada nak buat jem strawberry ke.. jem manggis ke.. boleh jer.. yang penting jem tu senang dibentuk)

Caranya;
- Pukul butter dan gula icing (anggaran 3 minit- guna mixer). Masukkan esen vanilla dan kuning telur, pukul lagi hingga kembang. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung perlahan-lahan dan gaul hingga sebati.

- Bahagikan adunan kepada 7 bahagian.. dan warnakan ikut buah2an yang dikehendaki.., tapi jangan lupa warna hijau (daun).

- Sukat doh menggunakan sukatan sudu besar, 1 sudu besar rata (sudu yang jual kat kedat bahan kek tu ya.. bukan sudu makan). Manakala jem pulak gunakan 1 sudu kecil rata.

- Ambil doh dan masukkan jem kedalamnya (macam kita buat kuih buah melaka).. kemudian bentukkan mengikut citarasa/ seni masing2.

- Panaskan over pada suhu 140 darjah celcius, Setelah siap.. masukkan dan bakar selama 25 minit. Keluarkan dan sapukan dengan putih/ kuning telur, kemudian bakar lagi selama 3 minit dengan suhu yang sama.


Bahagikan adunan



Letak pewarna mengikut citarasa


Bentukkan mengikut senitangan












No comments: