Bahan-bahan;
1kg daging (potong nipis)
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat (kurangkan sikit pun boleh)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Bahan kisar;
4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
5 - 6 tangkai lada kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar
Cara;
- Panaskan minyak, tumis bahan hiris, bunga lawang, kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga terbit minyak.
- Masukkan daging, air asam jawa dan sedikit air, renih hingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering macam buat rendang.
~ Selamat mencuba ~
No comments:
Post a Comment