Showing posts with label Acar. Show all posts
Showing posts with label Acar. Show all posts

Wednesday, August 19, 2015

Acar Ikan Masin



Sekarang ni musim haji, In sya Allah.. kalau diizinkan 25 Ogos 2015 nanti saya akan berangkat ke tanah suci menunaikan haji. Petang tadi dapat message dari rakan yang berada di Madina, katanya elok bawa sambal2.. makanan kat Madina tak pedas. Terfikir juga nak buat apa... terus teringat acar ikan masin. Acar ni memang boleh tahan  lama..masa nak tumis rempah dia.. lebihkan sedikit minyak. Siap masak, sejukkan, masukkan ke dalam botol, biar terendam sedikit dalam minyak.

Saya juga buat untuk tempahan 'doorgift' untuk majlis perkahwinan. Sekiranya nak order boleh hubungi saya di 012-3457550.

Apapun, saya kongsikan resepinya. Jom kita tengok..

Bahannya;
300 gram isi ikan masin kurau (boleh juga guna ikan  talang atau ikan yu)
20 biji bawang merah kecil (5 darinya dihiris)
20 ulas bawang putih (5 darinya dihiris)
2 inci halia (dipotong jejari)
20 biji cili padi kampung (kalau nak pedas, tambah lagi)
3 camca besar cuka makan
1/2 bahagian gula melaka
3 camca besar gula pasir (atau secukup rasa)
Garam secukup rasa (tak perlu banyak.. ikan tu dah masin)
2 senduk minyak untuk menumis
1/4 cawan air


Bahan Kisar;
20 tangkai cili kering (basuh dan sangai dengan sedikit minyak)
5 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia


Bahan Rempah;
2 sudu teh ketumbar biji
2 sudu teh jintan kasar
2 sudu teh jintan halus
1 sudu teh halba
(bahan2 rempah disangai terlebih dahulu)



Cara;

Isi ikan masin dihiris kecil, cuci dan rendam sekurang2nya 1 jam, tukar air rendaman (3 kali tukar). Toskan dan biar kering sekejap. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana. Angkat dan toskan. Goreng cili padi hingga sedikit garing, asingkan. Goreng sebentar (sekejap jer) bawang putih dan bawang merah.., ketepikan.





Bahan2 rempah disangai. Masukkan dalam blender, cili kering yang telah disangai, bawang putih, bawang merah, halia, kisar hingga halus, masukkan bahan rempah.. kisar lagi.

Panaskan minyak, tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia  yang dihiris tadi.. biar hingga naik bau. Masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. Masukkan air, renehkan dengan api perlahan, guna api kecil sahaja. Masukkan gula melaka, gula pasir dan cuka makan. Kacau rata dan perasakan dengan garam. 

Kacau dan masukkan ikan masin yang telah digoreng, bawang merah, bawang putih dan cili padi. Gaul rata. Tuang air, kacau dan kecilkan api. Masak hingga pekat dan tambah perasa, gula jika perlu.





Sedap dimakan dengan nasi putih.

~ Selamat Mencuba ~

Tuesday, October 14, 2014

Acar Tomato



Bahan:
3 biji tomato (didadu)
1 labu bawang besar (Belah 4 dan dimayang)
4 biji cili api (hiris)
1 sudu besar gula (kalau tak suka manis, kurangkan sedikit)
1/2 sudu teh garam
Berberapa titis cuka masak

Caranya:
  • Campurkan kesemuanya dalam bekas dan gaul. Ia merupakan penyediaan sejuk. Sedap dimakan bersama Nasi Tomato atau Nasi Biryani.





Thursday, October 16, 2008

Acar Buah


Bahan untuk menumis;
  • 300 g Cili Kering
  • Rempah kari 5 sudu besar
  • 10 ulas bawang putih (dihiris)
  • 15 ulas bawang merah (dihiris)
  • 3 inci halia (dihiris jejari halus)
Cili kering dicuci dengan air panas (lalukan) dan disangai dengan sedikit minyak sehingga warna cili kering tadi agak kehitaman (tapi jangan terlalu hitam). Blend dengan sedikit air panas. Cili blend ini dicampurkan dengan serbuk kari.. ketepikan.

Bahan-bahan jeruk;
  • 15 biji jeruk limau (lihat cara menyediakan jeruk limau)
  • Buah-buahan Jeruk (kalau dipasar boleh panggil jeruk acar, berwarna warni dan bercampur)
  • 15 ulas bawang merah (cuci dengan air panas)
  • 10 ulas bawang putih (cuci dengan air panas)
  • 10 biji Buah Kurma (digoreng dengan minyak panas dan tos)
  • 10 biji buah prune (digoreng dgn minyak panas dan tos)
  • Sedikit kismis putih (digoreng dengan minyak panas dan tos)
  • Cili Api (jika suka - digoreng dengan minyak, tos)
  • 1 cawan penuh cuka
  • Gula, garam dan serbuk perasa.
  • 1 cawan Air masak (panas)

Cara membuatnya;
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili blend yang dicampur serbuk kari, goreng hingga pecah minyak.
  • Masukkan air masak diikuti dengan buah-buahan jeruk serta kismis, buah kurma, prune dan jeruk limau, perlu dikacau selalu supaya tak berkerak. Masukkan cuka, kacau lagi.. akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula (perlu diingatkan.. acar ini memerlukan banyak gula). 
  • Kacau hingga pekat. Masukkan ke dalam botol-botol kecil. Ianya patut tahan lama tanpa disimpan dalam peti sejuk.




Cara Menyediakan Jeruk Limau;

 

  • Limau nipis di rebus dengan air mendidih anggaran 2 minit, buang air, ulangi proses merebus hingga 3 atau 4 kali (setiap kali menggunakan air baru). Ini bertujuan menghilangkan pahit kulit limau.
  • Tunggu limau yang direbus tadi sejuk sedikit, belah 4 (jangan putus) dan lumurkan dengan campuran garam dan gula (nisbah 2:3).


  • Masukkan kedalam botol, masukkan sedikit cuka, jemur seketika (1/2 hari) ditengah panas. Simpan limau tadi dalam 1 minggu sebelum dijadikan acar.

~Selamat mencuba~