Showing posts with label Dessert. Show all posts
Showing posts with label Dessert. Show all posts

Saturday, November 08, 2014

Layered Cheese Kut.


Saya namakan dia Layared Cheese Kut. Senang sangat membuatnya, resepi asal Khairul Abdullah Cream Cracker layered Cake with Cream Cheese. Saya ada membuat pengubahsuaian sedikit.

Bahan-Bahan:

  • 250gm Cream Cheese (biar pada suhu bilik)
  • 75gm Butter (biar pada suhu bilik)
  • 1 cawan dairy whipping cream
  • 1/3 tin susu pekat (tin 525 g)
  • 1 pek Cream Cracker (anggaran dalam 40 keping)
  • 2 cawan susu segar – untuk rendaman biskut (saya guna susu tepung dan bancuh dengan air)
  • Setengah cawan Nestum


Cara Membuatnya:

  • Pukul cream cheese dan butter, (saya pukul dalam blender jer). Dah kembang, masukkan susu pekat, pukul lagi dan akhirnya masukkan whipping cream, pukul sehingga sebati.
  • Rendam biskut (jangan sampai lembik) dan susun di dalam loyang/bekas.


  • Sapukan campuran cream cheese tadi sehingga rata, jangan terlalu tebal. Saya hentakkan sedikit bekas tu.. agar cream cheese tu rata dan masuk kecelah-celah biskut.
  • Kemudian taburkan nestum.
  • Ulangi langkah tersebut sehingga selesai. Masukkan ke dalam peti sejuk dan hidang ketika sejuk.


Tips : Amat sedap sekiranya diletakkan sos karamel di setiap lapisan dan ditaburkan dengan nestum.

~ Selamat mencuba ~


Wednesday, October 15, 2014

Pengat Ubi



Bahan:
  • 1 ketul kecil ubi keledek kuning
  • 1 ketul kecil ubi keledek oren
  • 1 ketul kecil ubi keledek purple
  • 1 ketul keladi
Kesemua bahan diatas dikupas dan dipotong dadu (jangan dadu kecil sangat)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 cawan gula
  • 1-1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Tepung Cha cha (pilihan)
Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali santan kedalam periuk tekanan elektrik.
  • Tekan pad menu STEAM dan tekan START. Pastikan tombol pressure dikedudukkan tertutup (bukan dikedudukan release vent).
  • Setelah siap, putarkan tombol kearah release vent, buka penutup periuk dan masukkan santan dan tepung cha cha, kacau anggaran 5 minit.. dan sedia untuk dimakan.
Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~


Saturday, September 13, 2014

Puding Roti Karamel



Resepinya:

5 keping roti gardenia (saya guna sandwich loaf jer)
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat (saya guna 3/4 saja)
1 cawan air
3 sudu gula - dicairkan atas api hingga perang.


Cara:

  • Tuangkan gula yang dicairkan dalam acuan. Blend semua bahan. Campur warna kesukaan (saya campurkan koko dan pewarna kuning). 
 

 


  • Kukuskan selang seli warna seperti buat kuih lapis. Saya kukus selama 7 minit setiap lapisan dan 10 minit lapisan terakhir.
  • Tunggu betul-betul sejuk baru dipotong.

~ Selamat mencuba ~

Thursday, September 11, 2014

Kek Pelangi Kukus


Kek kukus pelangi ni saya copy dari Blog Noor Masri sebagai rujukan untuk buku masak bergerak saya ni. Teruja nampak kek kukus ni.

Bahan: (Loyang 7x7x3)

1 cawan mentega (225g)
¾ cawan gula kastor (akak kurangkan jd 1/2 cawan aje tp tetap manis)
3 biji telur
¼ cawan susu pekat
¼ cawan serikaya
1½ cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu besar koko
1 sudu kecil vanila
Sedikit pewarna merah jambu, hijau, kuning, ungu, jingga 


Cara:

  • Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati. 
  • Masukkan susu pekat, serikaya dan vanila. Kacau rata dan bubuh tepung gandum bercampur serbuk penaik.
  • Bila sebati, bahagikan kepada 7. Warnakan berbeza termasuk satu adunan dengan koko. Sudukan selang seli ke dalam mangkuk (aluminium) yang sudah dilenser dengan marjerin dan alas dasarnya dengan kertas kalis minyak. 
  • Tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 1 jam atau hingga masak.

Nota:
Untuk kek lebih lembut, tambah 2-3 sudu besar susu segar/cair. (kalau tak tambah susu pun, kek tetap lembut) 


Jika bahagi ke dlm mangkuk2 kecil, masa mengukus lebih pendek.


~ Selamat mencuba ~


Saturday, September 06, 2014

Puding Roti



Bahan: Untuk 6 cawan

5 - 6 keping Roti Sandwich di dadu kecil
3 cawan Susu Segar rendah lemak (kalau nak guna susu cair pun boleh, tapi kuantitinya 1 tin susu cair dicampur dengan 1 cawan air masak)
3 sudu besar gula perang (lebihkan sedikit kalau nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Pilihan:
2 keping Cheese di potong kecil (potong 9 setiap keping)
2 sudu besar kismis
2 sudu besar Chocolate Chip
6 cawan atau mangkok tahan panas

  
Roti didadu kecil dan masukkan separuh dalam acuan, taburkan kismis dan letak tepi

Cara:
  • Susun kan separuh saja dulu roti yang di dadu kedalam bekas/ cawan dan taburkan dengan sedikit chocolate chips dan ketepikan dahulu.
 
  • Telor dan gula perang dipukul hingga sebati.
  • Masukkan vanila dan susu segar, pukul lagi hingga sebati.
 
  • Tuangkan campuran susu kedalam bekas/ cawan roti dan masukkan separuh lagi roti dan tuangkan sehingga penuh campuran susu (macam dalam gambar)
  • Taburkan dengan chocolate chips dan Cheese parut/potong.
  • Susun kan bekas/ Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).

  • Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180-190'C.


~ Selamat mencuba ~

Monday, September 01, 2014

ABC Ice Cream



Ini merupakan kali pertama buat ice cream. Saya nak namakan Ice Cream ABC, sebab nak buatnya semudah ABC.

Selalunya tengok jer rakan-rakan tunjuk gambar ice cream yang dia orang buat. Pagi ni (1 September 2014)..  awal saya bangun.., capai susu cair, susu pekat.. ambil ovelette sesudu.. on mixer (saya guna whisk) .. biarkan jer dia berputar.. sambil tu saya basuh2 pinggan.., masak air. Sesekali saya jengah.. apa jadi dengan ice cream saya..

Cukup 17 minit.. saya hentikan mixer dari berputar.. hmmm.. nampak macam menjadi.. excited sangat.. kali pertama ni saya buat plain jer.. nanti kalau nak makan.. pandai2 lah hias dengan apa2 yang ada dalam fridge tu.. Nak tau resepinya?.. Jom tengok...

Bahan:
  • Setengah tin susu pekat (saya guna tin tinggi tu, elok kurangkan, sebab saya rasa 1/2 tin ni manis juga)
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu ovalette (pastikan yang halal)
  • 2 sudu teh esen vanilla

Cara:
  • Satukan kesemuanya dan pukul hingga gebu, saya ambil masa dalam 17 minit dengan menggunakan whisk.
Satukan semua bahan, dan mula putar

17 minit kemudian.. dah nampak macam ais krim cair

  • Masukkan dalam freezer
  • Masa nak serve tu.. pandai2lah hiaskan.., letak coklat chips ke, kacang dan apa saya yang kita suka.
~ Selamat Mencuba ~


Friday, August 15, 2014

Pavlova



Pavlova merupakan sejenis kek meringue yang dibuat dari putih telur dan gula halus sebagai dua bahan utama. Pavlova ni ringan bila dipegang. Bila disentuh kulit permukaannya akan terasa licin dan garing. Di tengahnya pula lembut dan manis seperti marshmallow. 



Biasanya, pavlova dihidangkan bersama whipped cream dan buah segar seperti strawberry, kiwi, mango, blueberry, cherry, raspberry atau sebagainya. Seeloknya dimakan dengan buah yang mempunyai rasa masam untuk mengimbangi rasa manis meringue.


Bahan-bahan:

  • 4 biji putih telur 
  • 1 cawan gula kastor ( saya guna 3/4 cawan untuk mengurangkan manis)
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh cuka masakan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung


Topping/hiasan:
  • 1 cawan (240 ml ) whipping cream
  • 1-1/2 sudu besar gula icing.
  • 1/2 sudu teh esen vanilla


Tips sebelum membakar:

  • Ketika mengasingkan telur putih dan kuning, pastikan tiada langsung telur kuning yang masuk dalam telur putih. Nak senang, gunakan telur yang disimpan dalam peti sejuk. Telur yang sejuk, mudah untuk diasingkan antara putih dan kuning. Biar pasa suhu bilik sebelum dipukul telur putih tersebut.
  • Peralatan yang digunakan hendaklah bersih dari sebarang air dan kesan minyak agar telur yang dipukul senang kembang (soft peak).


Cara-cara:

  • Pukul putih telur menggunakan mixer dengan kelajuan perlahan. Pukul sehingga adunan menjadi 'soft peak form' (bila kita terbalikkan dia tak jutuh).
  • Kemudian, dengan kelajuan yang tinggi, masukkan gula sesudu demi sesudu sambil terus putar adunan. Masa ni adunan akan bertukar menjadi putih tapi belum lagi berkilat. Bila pegang sedikit adunan di tangan terasa lagi gula yang belum hancur.
  • Teruskan memutar adunan dengan kelajuan tinggi sehingga bertukar menjadi putih berkilat. Bila diangkat dia akan mengeluarkan macam bentuk tanduk (tajam).
  • Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
  • Masukkan tepung jagung dan cuka. Gaulkan menggunakan spatula atau senduk kayu. 
  • Buatkan garisan bulat di atas kertas minyak (parchment paper). 
  • Bentukkan meringue mengikut bulatan yang kita lukis. Pastikan bahagian tepi lebih tinggi dari tengah (sebab nanti nak isi buah2an)


Masa membakar:
  • Panaskan oven pada suhu 150' C. Panaskan 15 minit lebih awal. Letakkan tray dibahagian tengah oven. 
  • Masukkan adunan meringue. Selepas 15 minit, turunkan suhu kepada 140'C. Masak selama 1 jam. Pavlova dimasak dengan api yang sederhana panas. Bila api terlalu panas, luarnya akan garing tetapi dalam tak masak. Bila api tak cukup panas, nanti lambat pula masaknya.
  • Masak sehingga warna meringue bertukar menjadi coklat muda. Bila dipegang terasa garing di luar dan lembut bahagian dalam. Tutup api. Biarkan pintu oven sedikit terbuka. Jangan keluarkan meringue terus dari oven. Tunggu sehingga sejuk.


Cara menghias:
  • Pukul whipping cream dalam bekas sehingga kental. Untuk mudahkan mudahkan kerja, masukkan bekas bersama whipping cream kedalam freezer selama 2-3 jam sebelum memukul whipping cream. 
  • Masukkan gula dan esen vanila. (kalau tak suka manis.. tak perlulah masukkan gula)
  • Masukkan whipped cream dalam plastik. Simpan dalam freezer sekejap. Nanti bila nak deco baru keluarkan. Bila nak makan, picitkan whipped cream dan hias dengan buah-buahan yang siap dipotong. 
~ Selamat Mencuba ~


Saturday, August 09, 2014

Puding Roti






Bahan A:
  • 500 ml susu segar/fresh milk
  • 8 keping roti 

Bahan B:

  • 4 s/b gula halus
  • 2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
  • 2 biji telur ayam
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *
  • 1 s/b buah pala *

Bahan Kastad:

  • 1 tin susu cair
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 s/b gula

Cara-cara:

  • Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
  • Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam. 
  • Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
  • Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

~ Selamat Mencuba ~


Friday, June 27, 2014

Tiramisu





Bahan:

250 g cream cheese*
125 g butter (1/2 buku)*
1-1/2 cawan whipping cream*
100 g gula halus
Lady finger secukupnya
Nescafe
Serbuk koko

Bahan yang bertanda * perlu dibiarkan pada suhu bilik.



Biskut Lady Finger (ada dijual dikedai kek)

Cara Membuatnya:

  1. Pukul cream cheese bersama gula hingga kembang, masukkan whipping cream dan pukul lagi hingga sebati.
  2. Sediakan bekas, nescafe dibancuh dengan sedikit air suam. 

  1. Layer pertama - Celup lady finger dan aturkan kedalam bekas.
  2. Layer kedua - Tuangkan bancuhan cream cheese diatas layer 1.
  3. Layer Ketiga, celupkan lady finger kedalam larutan nescafe dan aturkan atas layer ke 2.

  1. Layer keempat - Tuangkan bancuhan cream cheese.
  2. Sejukkan sebentar dalam peti sejuk dalam masa 20 min. dan akhir sekali taburkan serbuk koko diatasnya. Seeloknya gunakan ayak dan taburkan serbuk koko diatas lapisan ke empat.
  3. Hiaskan dengan strawberry atau buah-buahan.

Boleh juga dibuat dalam bekas-bekas yang kecil sebegini, lady finger perlu dipatahkan mengikut saiz bekas sebelum dicelupkan dalam larutan nescafee

Sedap dimakan ketika sejuk

~ Selamat Mencuba ~

Sunday, March 09, 2014

Blueberry Cheese Tart



Bahan Shell;


- 1-1/4 (312g) butter (biarkan pada suhu bilik)
- 90 g gula aising
- 2 biji telur Gred C
- 530 g tepung gandum
- 1-1/2 sudu kecil esen vanilla
- acuan tart secukupnya


Cara;

Butter dan gula dipukul dengan menggunakan tangan sahaja, pukul sebati, tapi jangan terlalu lama.
Masukkan telur dan esen vanilla, dan pukul lagi hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.

Uli hingga menjadi doh yang lembut. Masukkan dalam plastik dan simpan semalaman dalam peti sejuk. Sebelum menekan adunan, perlu keluarkan doh terlebih awal (1 jam sebelum).

Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat. Cucuk dengan garfu sebelum dibakar. Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 170 darjah celcius. Bakar selama 25 minit/ sehingga masak.

Shell ini boleh disediakan awal. Perlu disimpan dalam bekas kedap udara dan ianya boleh tahan lama. Seeloknya buat shell ini sehari sebelum kita letakkan filling



Bahan Filling;
- Blueberry jem
- 500 g cream cheese
- 100 g gula icing
- 2 biji telur Saiz B
- 1 sudu teh esen vanilla atau esen lemon

Biarkan cream cheese pada suhu bilik, putar cream cheese dan gula hingga berkrim. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.

Cara mengisi filling;
Menggunakan piping bag, picitkan blueberry jem dalam shell. Menggunakan piping bag juga, picit cream cheese menutupi blueberry jem (membukit shell).


 


Ambil sedikit cream cheese, campurkan sedikit pewarna ungu dan calitkan keatas permukaan cream cheese tadi. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah Celsius.