Showing posts with label Minum Petang. Show all posts
Showing posts with label Minum Petang. Show all posts

Wednesday, October 15, 2014

Pengat Ubi



Bahan:
  • 1 ketul kecil ubi keledek kuning
  • 1 ketul kecil ubi keledek oren
  • 1 ketul kecil ubi keledek purple
  • 1 ketul keladi
Kesemua bahan diatas dikupas dan dipotong dadu (jangan dadu kecil sangat)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1/2 cawan gula
  • 1-1/2 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit garam
  • Tepung Cha cha (pilihan)
Caranya:
  • Masukkan kesemua bahan kecuali santan kedalam periuk tekanan elektrik.
  • Tekan pad menu STEAM dan tekan START. Pastikan tombol pressure dikedudukkan tertutup (bukan dikedudukan release vent).
  • Setelah siap, putarkan tombol kearah release vent, buka penutup periuk dan masukkan santan dan tepung cha cha, kacau anggaran 5 minit.. dan sedia untuk dimakan.
Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~


Saturday, October 04, 2014

Kaswi Pandan



Bahan: (menghasilkan 25 biji)

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1sudu besar tepung ubi
2 cwn air pandan
1 cawan gula pasir (kalau suka manis.. lebihkan)
1sudu teh air kapur
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Caranya:
  • Panaskan kukusan, sapukan acuan dengan sedikit minyak masak. 
  • Semua bahan di atas disatukan (guna blend pun boleh)
  • Tapis adunan dantuang kedalam acuan.
  • Kukus selama 20 minit (pastikan tutup tudung kukus dengan kain bersih).
  • Dah masak bolehlah dhidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam,



~ Selamat mencuba ~

Friday, October 03, 2014

Kuih Vadei



Bahan:

2 cawan kacang dhal (rendam semalaman)
1 labu bawang besar (cincang kasar)
2 batang lada hijau (cincang)
3 batang lada kering (gunting halus)
3 helai daun kari (gunting kasar sikit)
2 sudu teh biji jintan manis
2 sudu teh pati ikan bilis
garam secukup rasa
minyak


Cara membuatnya:
  • Kisar kering atau tumbuk kacang dhal, jangan bagi halus sangat biar ada berbiji sikit.
  • Dalam mangkuk gaulkan kesemua bahan-bahan kecuali minyak.
  • Gaul sebati dan bulat-bulatkan lepastu bentukkan leper sedikit.
  • Panaskan minyak dan goreng sampai keperangan. Masak angkat & tos. Siap!

Nota:

Perlahankan api semasa menggoreng, nanti hangus kat luar.. dalam tak masak.

~ Selamat mencuba ~


Saturday, September 13, 2014

Potato Fritters



Potato Fritters ni sesuai dibuat sarapan anak-anak.


Bahan:

5 biji kentang(disagat halus memanjang)
Daun bawang/ daun sup (hiris halus)
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur gred A (besar)
Serbuk Lada sulah
Garam


Cara:

  • Campurkan daun bawang dan tepung ke dalam kentang yang disagat tadi. Gaul rata, pecahkan telur dan digaul rata, taburkan sedikit garam dan lada sulah.., gaul rata.

 

  • Panaskan minyak, dan jemputkan adunan kedalam minyak (minyak biarlah seperti kita menggoreng cucur). Goreng sehingga kekuningan (garing) dan angkat.
  • Bolehlah dihidangkan dan dimakan dengan sos atau mayonis.

~ Selamat mencuba ~


Saturday, September 06, 2014

Puding Roti



Bahan: Untuk 6 cawan

5 - 6 keping Roti Sandwich di dadu kecil
3 cawan Susu Segar rendah lemak (kalau nak guna susu cair pun boleh, tapi kuantitinya 1 tin susu cair dicampur dengan 1 cawan air masak)
3 sudu besar gula perang (lebihkan sedikit kalau nak manis)
1 sudu teh esen vanilla
2 biji telur

Pilihan:
2 keping Cheese di potong kecil (potong 9 setiap keping)
2 sudu besar kismis
2 sudu besar Chocolate Chip
6 cawan atau mangkok tahan panas

  
Roti didadu kecil dan masukkan separuh dalam acuan, taburkan kismis dan letak tepi

Cara:
  • Susun kan separuh saja dulu roti yang di dadu kedalam bekas/ cawan dan taburkan dengan sedikit chocolate chips dan ketepikan dahulu.
 
  • Telor dan gula perang dipukul hingga sebati.
  • Masukkan vanila dan susu segar, pukul lagi hingga sebati.
 
  • Tuangkan campuran susu kedalam bekas/ cawan roti dan masukkan separuh lagi roti dan tuangkan sehingga penuh campuran susu (macam dalam gambar)
  • Taburkan dengan chocolate chips dan Cheese parut/potong.
  • Susun kan bekas/ Cawan kedalam dulang dan tuangkan sedikit air panas kedalam dulang (method waterbath).

  • Bakar selama 20-25 minit pada suhu 180-190'C.


~ Selamat mencuba ~

Wednesday, August 27, 2014

Putu Mayam Segera


Putu mayam adalah makanan berasaskan beras dan amat popular dikalangan orang India. Ia dibuat menggunakan acuan khas yang berlubang halus lebih halus daripada mee hoon. Acuan tersebut diisi dengan bancuhan tepung beras dan kemudian ia di tekan dan dibuat dalam pergerakan bulat dalam ukuran 6 inci diameter. 

Biasanya putu dimakan dengan kelapa parut muda dan gula merah/ perang. Putu mayam tradisinya dijual dengan menggunakan basikal ataupun motosikal dan boleh dikatakan yang menjualnya 99% kaum India.


Untuk kita membuatnya menggunakan resepi asal.., mungkin memakan masa yang lama. Saya.. kalau nak makan, saya guna mee hoon jer, rendam mee hoon, bulat-bulatkan macam nak buat mee sanggul tu, kukus sehingga lembut. Seeloknya guna mee hoon cap bintang. Halus dan lembut dan rasanya tak lari dari putu mayam dari resepi asli.

Sunday, August 24, 2014

Petua Meranggupkan Tepung Goreng Pisang



Kali ni nak kongsi bagaimana nak buat tepung goreng pisang sedap dan rangup. Selalu kita buat bancuhan antara tepung gandum dan tepung beras... apa kata kali ni kita ubah sikit bancuhannya.

Bahan:
  • Pisang/ keladi/ keledek dan juga apa saja yang nak digoreng.
  • 3/4 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung pulut (nisbah tepung beras dan tepung pulut adalah 3:2)
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur
  • Sedikit garam
  • 1 sudu teh kunyit serbuk
  • Minyak untuk menggoreng

Cara:
  • Campur tepung pulut, tepung beras, kunyit, garam dan telur. Masukkan air dan bancuh hingga sebati dan bolehlah menggoreng.
Tepung, telur, kunyit dan garam disatukan.

Masukkan air dan kacau sebati. Bolehlah menggoreng.
  • Tepung ini akan kekal rangup selama berberapa jam walaupun sejuk.

~ Selamat Mencuba ~



Saturday, July 05, 2014

Kuih Ketayap


Kuih ni ada yang panggil Kuih Ketayap, ada yang panggil Kuih Dadar dan tak kurang juga dengan panggilan Kuih Gulung. Tak kisahlah apa namapun.. yang penting kuih ni diperbuat dari tepung gandum dan ada inti kelapa...



Bahan-bahan:-(untuk 8 biji kuih ketayap)

Inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan bancuhan gula merah
  • Secubit garam
  • Simpulan daun pandan
Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air pandan (blend halus 4-5 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara:-

  • Untuk inti: Campurkan bahan-bahan inti kedalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Kalau kurang manis boleh tambah gula pasir. Bila dah sebati dan agak kering, keluarkan daun pandan dan ketepikan.
  • Untuk kulit: Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan blender. Panaskan non stick pan (api perlahan), tuang sedikit minyak (dalam 2 sudu) kedalam adunan. 



Satukan semua bahan dan blend



Kelihatan minyak dalam bancuhan tepung

  • Tuang sesenduk adunan ke tengah frying pan dan ratakan dengan senduk. Bila kulit kuih ketayap dah "lekang" dari frying pan tu maknanya kulit dah masak.

  • Bila dah masak, letak inti dan gulung seperti gambar di bawah ni.





~ Selamat Mencuba ~


Monday, June 09, 2014

Pulut Seri Muka




Bahan lapisan bawah:

2 cwn beras pulut (rendam semalaman atau lebih 2 jam)
2-1/2 cwn santan pekat (750 ml)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak




Cara:

  • Bersih dan toskan beras pulut, masukkan kedalam loyang (kalau nak mudah.. misalnya ada yang nak ambil tempahan.. elok dialaskan loyang dengan plastik), tuang santan yang telah dicampur garam dan minyak, gaul sebati. 
  • Kukus selama 30 min dan kacau/ gaul lagi. Angkat dan tekan bagi mampat untuk mengelakkan lapisan atas jadi mengelembung.




Bahan Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat (750ml)
15 helai daun pandan blend dengan 1-1/2 cawan air (250 ml) tapis ambil jus pandan.
1-1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Cara:






Satukan tepung, masukkan air pandan, santan, pewarna, garam, gula dan telur. Gaul sebati dan tapis (seeloknya buat 2 kali). 

Masak bancuhan tadi diatas api perlahan dan kacau sentiasa (jangan lama tau) hingga wap naik dan tuang keatas pulut dan kukus selama 30 minit. Sejukkan baru potong.

Ini versi kacau dulu bancuhannya atas api perlahan baru tuang atas lapisan pertama. Permukaan talam lebih licin.



Ini versi saya masukkan terus bancuhan atas lapisan bawah dan terus kukus. Hasilnya permukaan tak berapa rata.


~ Selamat mencuba ~

Sunday, June 01, 2014

Karipap Pusing




Bahan Kulit Luar:

  • 350g tepung gandum
  • 30g (sesudu besar) butter
  • 3/4 cawan air 
  • 1/2 sudu teh garam
Cara;
Gaulkan tepung dengan butter, satukan garam  kedalam air. Masukkan air kedalam tepung sedikit demi sedikit, uli hingga sebati hingga menjadi doh lembut. Bahagikan doh kepada 4 bahagian yang sama.


Bahan Kulit Rapuh (dalam):
  • 150 g tepung gandum
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 75g butter
Cara:
Satukan tepung. gaul dengan butter hingga menjadi doh. Bahagikan kepada 4 bahagian yang sama.

4 bahagian doh luar (putih) dan 4 bahagian doh dalam (kuning)


Bahan Inti;

Boleh ambil kat sini ya.. INTI KENTANG

Cara Membuatnya:
  • Leperkan sedikit doh luar, masukkan doh rapuh kedalamnya, tutup semula.., dan buat kesemuanya.



Keliahatan doh luar yang telah dimasukkan doh rapuh

  • Leperkan doh.

Lipatkan doh begini


Kemudian lipat bahagian satu lagi

  • Gelek lagi doh yang telah dilipat.

Sekarang, gulung begini pula


Gulungan akan kelihatan macam ni dari bahagian tepi


Potong anggaran 3/4 cm (jangan tebal sangat dan jangan nipis sangat). Gelek untuk meleperkannya, ini pun kena pastikan jangan terlalu tebal (nanti keras) dan jangan terlalu nipis (nanti susah nak handle)


Sedia untuk dimasukkan inti.



Lipat dan kelim tepinya


Beginilah rupanya


Karipap sedia untuk digoreng


Tips:


  • Untuk memudahkan masa meleperkan doh, saya gunakan plastik, doh diletakkan antaranya. 
  • Jangan gunakan mesin mee untuk meleperkan doh, hasil pusingannya tak berapa cantik.
  • Masa menggoreng. jangan goreng terlalu lama, nanti kulit karipap akan keras.


~ Selamat Mencuba ~