Showing posts with label Daging. Show all posts
Showing posts with label Daging. Show all posts

Friday, October 17, 2014

Daging Goreng Sos Plum


Daging korban masih berbaki.. nak kedapur luar.. dah malam-malam memang malas. Semalam saya masak main campak-campak jer dalam periuk tekanan saya. Inilah hasilnya.

Bahan-bahan:

  • Daging* (potong kecil-kecil - ikut urat daging)
  • Garam* dan kunyit*.
  • 3 sudu besar Minyak
  • Sos cili
  • Sos plum (kalau susah nak jumpa sos plum, guna sos tiram pun sedap)
  • Kicap
  • Halia (dihiri jejari)
  • Bawang besar (potong bulat)
  • Cili merah dan cili hijau di hiris (boleh juga letak cili api)
  • Sedikit gula (kalau diet Atkins.., jangan letak gula)
  • Serbuk perasa.


Caranya:
  • Bahan-bahan yang bertanda* diatas digaul dan masukkan ke dalam periuk tekanan Philips. Tutup dan pastikan tombol ke posisi pressure. Tekan MEAT dan tekan START. 
  • Periuk akan berbunyi setelah selesai fungsi. Alihkan kedudukan tombol ke release vent (untuk keluarkan wap), dan buka penutupnya. 
  • Sekali lagi tekan MEAT dan START dan tuang minyak dan semua bahan-bahan lain ke dalam daging, goreng dalam 5 minit tekan OFF dan bolehlah dihidangkan.. 


Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker.

~ Selamat Mencuba ~

Thursday, October 09, 2014

BBQ Kambing


Pada malam Hari Raya Aidil Adha yang baru ni.. keluarga kami mengadakan BBQ kat rumah kakak di kampung. Kalau balik kampung rumah beliau memang jadi serbuan.. sebabnya dirumah kakak saya ni kelengkapan dapurnya memang superb.. maklumlah.. orang bisnes katering ni.. semuanya baik dari segi bahan dan kelengkapan.. semuanya ada.

Yang jadi chef of the day hari tu adalah abang saya yang tinggal di Kulim. Katanya resepi perapan daging yang dia buat memang dipuji rakan-rakannya.. Hmm.. memang pun.. terbukti sedap.., siap pesan dengan saya.. itu resepi dia.. nak patent kan.. haha. Tapi ya lah.. apa salahnya berkongsi resepi.. ya tak.. dia pun bukan bisness katering pun.. apa pun air tangan juga..kadang-kadang ikut resepi yang sama.. tapi rasa lain-lain.. Jom kita tengok resepi dari Dr. Ghazali ni..


Bahan:
12 slice daging kambing (lamb),katanya jangan beli mutton, mutton ni daging kambing yang agak tua


  

Bahan Perapan:
Lada hitam 
Madu
Sos Cili
Sos tomato
Lea Perrins
Gula dan sedikit garam.

Cara:

  • Lada hitam ditumbuk agak kasar (tapi jangan kasar sangat), abang saya tak tumbuk.., dia pusing-pusingkan jer lesung batu tu.
  • Dalam mangkuk, satukan sos cili, sos tomato, madu, lea perrins, lada hitam, gula dan garam. Ia akan ada rasa-rasa asam boi sikit.
  • Gaul rata dan masukkan daging kambing. Perap sekurang-kurangnya 4 jam, lagi lama lagi elok.



  • Panggang menggunakan arang.


Siap untuk dimakan


Nota:
Selain kambing, boeh juga diperap dengan daging lembu atau ayam. Cuma untuk ayam.., abang saya masukkan sedikit kicap pekat.



~ Selamat  mencuba ~







Saturday, October 04, 2014

Bebola Daging



Bahan:

1 kg daging hancur (minched meat Ramly pun boleh guna)
12g garam (1-1/2 sudu teh)
15g gula (kalau tak nak pun tak apa)
50g tepung jagung
1 sudu teh lada sulah
1 sudu teh serbuk perasa

90g ketulan ais


Cara:

  • Gaulkan semua bahan hingga ketulan ais cair. Bulatkan seperti onde-onde atau berat anggaran 15g. Masa bulatkan daging ini guna sedikit minyak supaya mudah.
  • MasuK kedalam peti sejuk selama 30 minit.
  • Didihkan air hingga mengelegak dan kemudian perlahankan api. Daging tidak boleh direbus jika api terlalu kuat.
  • Rebus daging hingga timbul dan angkat.
Boleh buat banyak-banyak dan simpan dalam freezer. Boleh dipelbagaikan, masak Bakso, goreng cicah cheezy.





Antara hidangan yang menggunakan meat ball


~ Selamat mencuba ~


Tuesday, July 08, 2014

Daging Masak Sate Goreng



Bahan-bahannya:

  • 500 gram daging (potong mengikut saiz yang diperlukan
  • 5 biji bawang merah*
  • 1 biji bawang putih*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci halia*
  • sedikit kunyit hidup*
  • 3 batang serai*

  • 2 sudu kecil ketumbar**
  • 1 sudu kecil jintan halus**
  • gula melaka, garam dan perasa secukupnya
  • minyak masak untuk menumis
Bahan yang bertanda * dikisar halus
Bahan yang bertanda ** disangai dan dikisar


Cara-caranya:


  • Gaul bahan-bahan kisar bersama daging, gula melaka, garam dan perasa. Perap semalaman dan simpan dalam fridge.
  • Panaskan minyak masak, tumiskan daging yang telah diperap bersama rempah tadi dan kacau rata.
  • Masak hingga air daging keluar dan kering sendiri. Sekiranya daging kurang empuk tambahkan sedikit air dan tutup kuali. Daging hendaklah dikacau sekejap-sekejap supaya tidak hangus.
  • Apabila daging telah empuk dan agak kering, bolehlah tutupkan api dan dihidangkan. 

 ~ Selamat Mencuba ~

Wednesday, June 18, 2014

Daging Masak Hitam




Bahan-bahan;

1kg daging (potong nipis)
6 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
1/2 cawan kicap pekat (kurangkan sikit pun boleh)
Air asam jawa
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis

Bahan kisar;

4 biji bawang besar
3 inci halia
4 ulas bawang putih
5 - 6 tangkai lada kering
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu besar ketumbar

Cara;

  • Panaskan minyak, tumis bahan hiris, bunga lawang, kulit kayu manis hingga wangi. Masukkan bahan kisar dan goreng hingga terbit minyak.
  • Masukkan daging, air asam jawa dan sedikit air, renih hingga daging empuk. Masukkan kicap pekat, garam dan serbuk perasa. Masak hingga kering macam buat rendang.

~ Selamat mencuba ~


Sunday, September 28, 2008

Tumis Asam Pedas Daging





Bahan;

1/2 daging lembu (beli jer yang fresh tempatan)
4 buku kentang, dibelah 4
3 sudu besar cili blender

4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
Minyak untuk menumis

Air, sedikit asam jawa digaul dengan 1 inci belacan - dapatkan air (kalau tak nak belacan pun ok)

3 helai daun limau purut
2 sudu besar kerisik
Garam dan serbuk perasa

Cara Masak;

Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk dan cilli blender. Biar naik bau, masukkan air asam jawa yang digaul dengan belacan. Masukkan daging, biarkan merenih hingga daging empuk. Masukkan kentang, kerisik, daun limau... biarkan kentang empuk dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa.