Showing posts with label Ayam. Show all posts
Showing posts with label Ayam. Show all posts

Monday, June 08, 2015

Rendang Minang Ayam Hutan @ Ayam Tua


Pernah dulu saya diberi ayam hutan, saya masak.. tapi dagingnya liat. Ya lah.. tak pernah rasa ayam hutan.. manalah saya tau yang dagingnya memang liat. Kali ni saya masak rendang minang.. saya masak dalam pressure cooker terlebih dahulu.

Best jer masak, dia tak hancur dan dagingnya pun taklah liat sangat bila dah siap masak...sedap. Masa masak tu tak banyak minya yang keluar.. tak seperti ayam dipasar.. yang bila kita masak dengan kulitnya yang akan mengeluarkan minyak.

Cara saya buat rendang minang senang jer..

Bahannya;
- Daging/ ayam tua/ ayam hutan
- Santan, kalau 1kg daging/ 1 ekor ayam.. saya guna 2 biji kelapa

Bahan kisar;
- Bawang merah 10 ulas
- Bawang putih 5 ulas
- Lengkuas 1"
- Halia 1"
- Kunyit 1"
- Serai 3-4 batang
- 30 biji Cili padi (ikut suka, kalau nak pedas tambah lagi)
(Kesemua bahan-bahan ni masukkan dalam blender dan blend dgn sedikit air)

Bahan lain;
- 3 helai daun kunyit dihiris halus
- 2 helai daun limau purut
- Garam

Cara memasaknya;


Perapkan bersama ayam/ daging (kalau saya, sy terus masuk dalam pressure cooker, cukup 15 minit dia siap), kalau tak ada PC perapkan jer dalam 1/2 jam.




Maukkan dalam kuali, campurkan santan, hirisan daun kunyit (3 helai) dan 2 helai daun limau purut. Masak hingga kering. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

Sesetengah orang.. dia masukkan sesudu dua gula.. tapi dah tak jadi rendang minanglah kalau gitu.. sebab rendang minang ni pedas.., tapi saya.. nak ikut selesa hb (orang Johor).. saya masukkan sedikit gula.. (buat syarat jer)...

~ Selamat Mencuba ~

Wednesday, October 15, 2014

Asam Pedas Ayam




Bahan:
  • 1/2 ekor ayam (dibelah 8)
  • 4 biji bawang merah*
  • 3 biji bawang putih*
  • 10 tangkai lada kering*
  • Sedikit belacan* (kalau tak letak pun.. tak menjejaskan rasa)
  • 1 sudu besar asam jawa (dibancuh dengan 1 cawan air)
  • Daun kesum/ daun limau purut/ serai (pilihan)
  • Sedikit garam dan serbuk perasa.


Caranya:
  • Bahan-bahan bertanda* dikisar halus. 
  • Masukkan ayam, bahan kisar dan daun kesum kedalam periuk tekanan, diikuti air asam jawa dan garam kedalam periuk. Gaul rata.
  • Tekan pad menu CHICKEN dan tekan START atau setkan pressure time 18 minit (untuk ayam) dan tekan start.

Pastikan tombol dikedudukan tertutup (bukan release vent)


Nota:
Saya menggunakan Philips Pressure Cooker

~ Selamat mencuba ~


Monday, September 08, 2014

Ayam Masala




Bahan-bahan: 
  • 1 ekor ayam - potong 12 (kalau ayam kampung lagi ok, boleh diganti dengan daging atau kambing) 
  • 10 biji bawang besar - dihiris 
  • 10 biji tomato - belah empat 
  • 8 biji cili hijau (dibelah 2) 
  • 15 biji cili padi (di blend halus - kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • Rempah Biryani Masala (Saya gunakan brand Shan, boleh didapati di Carrefour) 
  • Sedikit sudu pes asam jawa (kalau nak sedikit rasa masam, jika tak.. tak perlu) 
  • 3 helai bay leaf 
  • Minyak masak untuk menggoreng Garam dan serbuk perasa.

Cara:

  • Panaskan kuali dengan minyak (minyaknya perlulah banyak, macam kita nak masak cucur), masukkan bawang besar yang siap dihiris, masukkan bay leaf. Goreng hingga agak kecoklatan, masukkan tomato dan cili hijau yang dibelah dua. Goreng hingga tomato lecur dan tak nampak lagi bentuk buah tomato masukkan juga cili api yang telah dikisar.

  • Masukkan ayam, kacau selalu dan goreng hingga ayam agak masak dan bawang serta tomato agak kering. Masukkan rempah biryani masala, perasakan dengan dan kacau anggaran 5-10 minit (Rempah masala dimasukkan setelah ayam agak masak adalah untuk mengelakkan rempah dari cepat hangit). Matikan api. Minyak yang berlebihan perlulah disaring keluar.

Sedap dimakan bersama nasi panas atau roti. Ayam juga boleh digantikan dengan daging lembu atau kambing, tetapi daging tersebut perlulah direbus/ pressure cooker terlebih dahulu.


~ Selamat mencuba ~


Tuesday, August 12, 2014

Ayam Masak Rose


Rupa sama, tapi rasa ada sedikit kelainan. Itulah perbezaan antara Ayam Masak Ros dengan Ayam Masak Merah/ Madu. Jom kita cuba masak ikut resepi di bawah ni.

Bahan-bahan A:
  • 1 ekor ayam – dipotong 12 (digaramkunyitkan dan digoreng)
  • 1 biji tomato – dipotong kiub
  • 2 sudu besar kismis
  • 3 sudu gula perang/ pasir pun boleh (mengikukt kesesuaian rasa)
  • 1 cawan air
  • 1 ½ cawan susu sejat atau santan
  • 2 batang serai - dititik
  • 2 helai daun pandan - disimpulkan
  • Garam dan serbuk perasa secukup rasa


Rempah Tumis (Bahan B):
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 biji bawang merah - dihiris
  • 3 ulas bawang putih - dihiris
  • 1 inci halia – dihiris
  • 2 sudu besar kismis

Bahan-bahan C: 
  • 5 senduk nasi cili blend
  • 1 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
Kesemua bahan C dikisar halus.


Bahan Hiasan:
  • Kacang pis (dalam tin – ditoskan airnya)
  • Daun sup
  • Kismis
  • Cili hidup/merah


Caranya:
  • Ayam dibersihkan dan digaram kunyitkan. Perap selama 1 jam. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ayam sehingga ¾ masak dan ketepikan.
  • Panaskan lebih kurang 2 senduk minyak di dalam periuk. Gunakan minyak ayam goreng tadi. Masukkan daun pandan dan kacau seketika sehingga naik wanginya.  
  • Kemudian masukkan bahan-bahan B diikuti dengan kismis. Tumis seketika sehingga bawang kekuningan. Selepas itu masukkan bahan-bahan C yang telah dikisar. Kacau rata dan tutup periuk. Masak sehingga terbit minyak.
  • Setelah terbit minyak, masukkan 1 cawan air, sos tomato, buah tomato, kiub ayam, gula perang, gula putih, garam, dan serai. Kacau sebati dan biarkan ia mendidih.
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Kaup balikkan dan biarkan 2 minit di atas dapur. Masukkan 1½ cawan susu sejat dan kacau rata. Dengan menggunakan api sederhana biarkan ia mereneh di atas dapur sehingga ayam masak. Sekiranya kuah agak pekat, bolehlah ditambah air sedikit.
  • Setelah ayam masak, bolehlah ditutup api. Semasa menghidang, taburkan kacang pis dan kismis. Hiaskan dengan daun sup dan cili merah.

~ Selamat Mencuba ~


Monday, August 11, 2014

Ayam Masak Madu




Bahan:
  • 1 ekor ayam (potong 12 - ikut suka)
  • 4 ulas bawang putih*
  • 5 ulas bawang merah*
  • 30 tangkai cili kering* (ikut citarasa, kalau tak nak banyak sambal/ kurang pedas.., kurangkan cili kering)
  • 5 sudu besar Tomato puree (sos tomato pun boleh)
  • 7 sudu besar Sos Cili
  • 1 senduk madu (ikut citarasa masing-masing)
  • Rempah tumis - kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
  • Minyak untuk menumis
  • Garam, serbuk perasa.
  • Bahan hias - optional (boleh tambah lobak merah, dipotong jejari, masukkan semasa tomato puree dimasukkan)
Bahan bertanda * diblend bersama.


Cara:
  • Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan kunyit, goreng (jangan terlalu garing, nanti liat pula).
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis, masukkan cili blend.., goreng hingga agak masak (dalam 5 min), masukkan tomato puree, sos cili.
  • Perasakan dengan garam serbuk perasa dan madu.
  • Masukkan ayam yang digoreng tadi dan gaul mesra sambal dengan ayam.

~ Selamat Mencuba ~