Showing posts with label Muffin. Show all posts
Showing posts with label Muffin. Show all posts

Sunday, October 14, 2012

BANANA APPLE MUFFIN

 
Sebenarnya nak buat muffin ni bukanlah susah sangat. Main campak-campak pun jadi juga, semudah buat cucur jer. Hari ni seawal pagi saya dah buat banana apple muffin. Muffin ni saya buat tidak terlalu manis, anak lelaki kata sedap manis-manis begini, tapi anak yang masih sekolah rendah tu kata.. kalau manis sikit lagi best, maka terpulang lah ya.. budak-budak kan memang suka manis. Nak tau resepinya.. jom tengok sini:
 
Bahan A (bahan kering);

500g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis
* kesemua bahan diatas diayak dan disatukan dalam satu bekas.
1 sudu teh garam
 
Bahan B;
1 cawan minyak
4 bili telur gred A
200g @ 1 cawan gula halus

450g pisang masak (dilecek jangan terlalu hancur)
2 biji epal (diparut kasar)

* untuk hiasan boleh taburkan sedikit chocolate chips sebelum dibakar.

Cara;
- Panaskan oven pada suhu 200ºC/180ºC.
- Satukan bahan B iaitu minyak, gula dan telur, pukul/ gaul sebati (pukul sedikit, asalkan sebati)
- Masukkan bahan A dan gaul sebati.
- Masukkan pisang yang telah dilecek dan epal yang telah diparut, gaul sebati.
- Masukkan 3/4 acuan penuh, taburkan chocolate chips dan dibakar selama 25 - 30 minit.
 
 

Wednesday, October 10, 2012

Apple Muffin.




Kalau chocolate moist lebih pada kesukaan anak-anak, kali ni kita buat apple muffin pulak. Rasanya ada masam-masam manis dan ada bau kayu manis. Nak buatnya tak susah, kalau tak ada electrical mixer pun boleh buat.., main campak-campak pun dah jadi, malah anak dara saya yang usia 10 tahun yang tolong mengadun. Lagi satu muffin ni tak perlu pukul lama-lama pun, kalau tak nanti jadi macam cake pulak. Jom tengok sini..

Bahan A (bahan kering):

2-1/2 cawan tepung gandum
3 sudu teh baking powder
1 sudu teh serbuk kayu manis (cinnamon powder)
(kesemua bahan diatas diayak dan masukkan dalam 1 bekas)
1 sudu teh garam
Bahan B;
1 cawan gula halus
1/2 cawan gula merah (gula perang)
1 cawan minyak masak
2 biji telur gred A
1 biji lemon (bentuk lonjong berwarna kuning) - diparut kulit dan ambil jusnya
1 sudu esen vanilla

 
4 biji epal hijau (buang kulit dan diparut kasar seperti gambar diatas)

Waknut cincang

Caranya:
- Panaskan oven pada suhu 180 C

- Satukan gula halus, gula merah, minyak, telur, parutan lemon bersama jusnya dan esen vanilla.   Pukul sebati (guna tangan jer pun dah cukup, sekadar nak adunan tu mixed well)
- Masukkan bahan-bahan kering yang telah diayak tadi perlahan-lahan, kacau rata.
- Masukkan parutan epal dan kacau rata. (adunan agak kental, seperti gambar dibawah)


- Masukkan 3/4 penuh ke dalam acuan muffin dan sekiranya suka taburkan dengan walnut cincang.

- Bakar pada suhu 180 c selama 30-35 minutes atau sehingga kelihatan golden brown.


Selamat mencuba.

Monday, October 08, 2012

Chocolate Moist Muffin



Minggu lepas kali pertama aku buat muffin, tapi muffin simple jer.., ada perisa coklat dan coffee. Suka Tasha dan Dhira.., dah buat banyak2 tu siapa lagi nak jadi 'food tester' kan.., so aku paksalah Tasha dan Dhira bawa ke sekolah bagi kawan-kawan.

Dalam pada bagi kawan merasa.. ada pulak yang nak beli.., anak2 siap dah ambil order.. nak tak nak.. buat juga muffin untuk kali ke2. Jom tengok resepinya..

Bahan A;

4 cawan tepung gandum
2 cawan serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam halus
- Kesemua bahan disatukan dan diayak.

Bahan  B;

8 biji telur
4 cawan gula castor (boleh dikurangkan kalau tak suka manis)
2 cawan minyak masak (minya apa pun boleh)
2 cawan susu pekat
2 cawan air panas.

Cara;

Panaskan oven terlebih dahulu, biasanya pada suhu 170 - 180 darjah celcius. Saya gunakan microwave, maka saya gunakan 'one touch menu' jer. Dan sediakan paper cup anggaran 40 biji.

Telur dan gula disatukan dan dipukul, perlahan kepada high speed (anggaran 5 minit)

Perlahankan speed mixer dan perlahan-lahan masukkan susu pekat (masa ni gunakan putaran perlahan saja).

Masukkan minyak, kacau sebati.

Masukkan bahan kering perlahan-lahan, kacau perlahan hingga rata.

Masukkan air panas perlahan-lahan
(pada ketika ini kacau rata menggunakan senduk kayu saja dan adunan menjadi agak cair)

Tuangkan adunan kedalam 'paper cup' anggaran 3/4 dari saiz paper cup.

Jika suka taburkan 'chocolate chips' atau hirisan kekacang sebagai hiasan.
Bakar dalam oven anggaran 40 minit atau ssehingga masak.

Topping;