Showing posts with label Kuih Tradisional Melayu. Show all posts
Showing posts with label Kuih Tradisional Melayu. Show all posts

Monday, December 05, 2016

Karipap Inti Sardin




Semalam (4 Dis 2016) saya bancuh 1kg lagi doh karipap, kali ni saya gunakan inti sardin. Macam tak tau penat pulak kan.., haha. Ya lah.. saya still tak puas hati.. saya nak karipap yang dari pagi sampai ke petang kulit dia stilll rangup. 

Dari pengalaman dan pemerhatian saya.. kita tak boleh canai tepung tu terlalu nipis.. kalau nipis sangat.. dia rangup sekejap jer.. so kali ni saya timbang.. setiap satu berat 25g.. dan saya canai anggaran 6cm diameter.. so kulit dia agak tebal jugak... saya tak pakai acuan kali ni.. canai terus masukkan inti.. macam saya buat karipap pusing.

Jam 9.00 malam saya menggoreng.., saya biarkan dalam tudung saji.. jam 4 pagi saya bangun .. saya tuju karipap dulu.. tepat jangkaan saya.. karipap tu masih kekal keras dan rangup. Lepas ni.. akan terus gunakan resepi yang sama dengan mencanainya sedikit tebal.

Hasil dia memang best...

Bahan Pastri:

- 1 kg tepung gandum
- 1/2 cawan majerin
- 1 cawan minyak masak
- 400 ml air + 1 sudu besar garam


 

 



Cara cara:
  • Panaskan majerin bersama sama dengan minyak sehingga majerin sehingga cair dan benar benar panas. Tuangkan majerin panas tadi ke dalam tepung gandum dan gaul rata. 
  • Apabila telah suam, uli sebati sambil ditambah air sedikit demi sedikit sehingga mendapat doh yang sederhana lembut dan tidak melekat di tangan.
  • Saya biarkan jer doh dalam bekas bertutup dalam 1/2 jam kat atas meja.., kemudian saya timbang 25g setiap satu.. dan saya canai anggaran dalam 6cm diameter, kalau rasa dia macam out of shape.. saya gunakan penerap donat yang bersaiz 6cm dia.

 



Bahan Inti:

-1 tin besar ikan sardin/ makarel (hancurkan guna garfu)
- 10 labu bawang besar - dipotong dadu atau belah empat dan hiris.
- 5 tangkai cili kering*
- 5 ulas bawang merah*
- 4 ulas bawang putih*
(*di kisar halus)

- Minyak untuk menumis
- Garam, serbuk perasa dan sesudu gula

Cara:

Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bahan kisar hingga naik bau dan masukkan bawang yang telah dihiris. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Masak sebentar, dan masukkan saridin yang telah dihancurkan. Masak hingga agak kering.

~Selamat Mencuba ~

Monday, June 08, 2015

Dodol



Nak buat dodol selalunya mesti orang akan terfikir susah.., lama dan menggunakan kederat ramai. Kita pun bukan nak makan dodol sekawah.. sekadar nak makan satu keluarga.., boleh jer kita buat sendiri. Jom kita lihat bagaimana nak buat dodol...


Bahan:
500 gm tepung pulut
3 cawan gula melaka * (boleh juga gunakan gula merah)
2 cawan gula pasir *
3 cawan air *
2-3 helai daun pandan *
1 kg santan pekat


Cara-cara :
Masak bahan* hingga gula larut kemudian tapis (tunggu sejuk sebentar)
Masukkan tepung pulut dan bahan yang di masak tadi kedalam blender dan blend sebati.


Tuangkan adunan tepung ke dalam kuali (kalau ada kuali non stick lagi bagus)

Kacau adunan selalu untuk mengelakkan dodol berkerak.


Adunan akan meletup-letup dan pecah dan kacaulah sehingga terbit minyak pada dodol dan tidak tak melekat. 



Simpan dalam bekas kering


Nota:
Kalau suka dodol lembik.. jangan kacau terlalu lama.. nanti dodol akan jadi keras.


~ Selamat Mencuba ~

Sunday, October 19, 2014

Inti Kacang Merah





Bahan:
  • 250 gm kacang merah - rendam semalaman
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1 helai daun pandan
  • 2 s/b tpg jagung + sdkt air - bancuh
  • Secubit garam 
  • Sedikit minyak 
Caranya:
  • Rebus kacang merah hingga empuk (gunakan pressure cooker lagi senang). 

  • Mesin halus kacang merah tadi bersama sedikit air rebusan. 

  • Panaskan minyak (tak panas sangat pun tak apa) dan masukkan kacang yang dimesin. Masukkan gula pasir, gula melaka, garam dan daun pandan. 
  • Masak hingga agak pekat dan masukkan bancuhan tepung jagung. 
  • Masak lagi hingga betul-betul kering dengan api perlahan. 

  • Bila dah terasa berat, maknanya inti kacang dah siap... 
Nota:
Semasa masak inti ni, dia akan meletup-letup.., maka kena hati-hati sikit ya.
~ Selamat mencuba ~

Saturday, October 04, 2014

Kaswi Pandan



Bahan: (menghasilkan 25 biji)

1 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1sudu besar tepung ubi
2 cwn air pandan
1 cawan gula pasir (kalau suka manis.. lebihkan)
1sudu teh air kapur
Kelapa parut dicampur sedikit garam

Caranya:
  • Panaskan kukusan, sapukan acuan dengan sedikit minyak masak. 
  • Semua bahan di atas disatukan (guna blend pun boleh)
  • Tapis adunan dantuang kedalam acuan.
  • Kukus selama 20 minit (pastikan tutup tudung kukus dengan kain bersih).
  • Dah masak bolehlah dhidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam,



~ Selamat mencuba ~

Kuih Bingka Ambon



Bahan: (untuk 8 keping)
85g tepung sagu
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh instant yeast
145g telur 
170g santan pekat
85g gula
Air daun pandan (1 sudu teh jer - macam mana nak buat?.. biasanya saya akan gunakan santan dan blendkan dgn daun pandan, kemudian tapis)

Cara:
  • Satukan tepung ubi, garam dan yis segera. Masukkan telur dan gaul sebati.
  • Santan dan gula disatukan dalam periuk, kacau diatas api yang kecil, agak-agak dah panas (bukan panas mengelegak ya.. hanya sekadar naik wap jer). Masukkan bancuhan santan kedalam tepung tadi. Masukkan air pandan (esen pandan) dan kacau sebati. Guna blender pun boleh. Biarkan banchan selama 2½-3 jam. 
  • Sebelum 15minit membakar panaskan oven pada suhu 160°C dengan api bawah sahaja. 
  • Gunakan acuan 15 x 15 x 5 cm, sapukan dengan butter dan taburkan sedikit tepung gandum untuk elakkan dari melekat. Boleh juga gunakan 25 x 25 cm parchment paper.
  • Tuang adunan dan bakar anggaran 35 minit pada kedudukan bawah (tray dikedudukan bawah)
  • Tambahkan suhu kepada 180°C dan setkan oven dengan kepanasan atas dan pastikan kedudukan ditengah oven. Bakar selama 15 minit atau sehingga golden brown.
  • Keluarkan dan biarkan sejuk diredai.



~ Selamat mencuba ~

Friday, October 03, 2014

Kek Sarang Semut



Bahan:
1 cawan gula*
1 cawan air panas*
2 sudu besar mentega*
4 biji telor
1 cawan susu pekat
cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara:


  • Untuk bahan yang bertanda *. Gula digoreng dengan api sederhana besar. Bila gula dah agak cair masukkan air panas (perlu hati2, nanti dia meletop letop. Apa pun tutup api dan cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega dan kacau sehingga mentega cair. Ketepikan.
  • Pukul telor sampai kembang dan pekat. Masukkan susu pekat, pukul hingga rata.
  • Masukkan tepung dan soda bikarbonat yang telah diayak terdahulu. Tuang kan esen vanila dan akhir sekali masukkan gula hangus tadi.
  • Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
  • Dibakar selama 60 minit suhu oven 160%C api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pulak api atas dan bawah, atau kukus selama satu jam atau sampai masak


Tips:
1. Gula tu boleh dikacau, biarkan atas kuali gunakan senduk kacau pun boleh biarkan sampai gelap, jgn risau, rasa dia akan sedap rasa gula dah hangus mcm rasa coklat. warna dia akan hitam. kalau nak lagi hitam, tambahkan camca kecik koko campur air panas sikit dan tuang, lagi sedap rasa dia...

2. PERHATIAN pukul telur jgn lama....dia akan keringkan kek, pukul sekadar telur kuning pecah n rata dah mencukupi

masa masukkan susu dan tepung pun mesti kacau sekejap je sebab hasilnya nanti kek akan lembab n lembut....

3.lagi satu tip ialah aluminium foil mesti di gunakan untuk tutup loyang kek tu sebab hasilnya kek anda akan lebih cantik daripada di letakkan kain pada sekeliling tudung pengukus tu....( tapi kalau tak de aluminium foil, mesti kena tutup tudung pengukus tu dengan kain disekelilingnya)

Tuesday, September 16, 2014

Bahulu Tradisional



Bahan-bahan:
2 mangkuk Telur
2 mangkuk Gula pasir
1 kg Tepung Gandum

1 sudu besar Baking Powder
1/2 cawan Minyak Masak .


Cara Membuat:

  • Pukul telur dan gula sehingga kembang (gunakan whisk). 
  • Ayak tepung bersama baking powder kedalam adunan bahulu yang telah kembang .Kemudian kacau adunan sehingga sebati. 
  • Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit - 15 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak yang telah dipanaskan. 
  • Sediakan kain atau tisu dapur untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips - 
Untuk mendapatkan kuih bahulu yang ringan anda boleh panaskan tepung dalam oven terlebih dahulu selama 5 minit sebelum digunakan.

Friday, September 12, 2014

Kuih Koci Labu



Bahan tepung:

  • 450g labu - potong kecil dan kukus (saya gunakan pressure cooker)
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 sudu teh garam halus
Labu dikukus dan dilecek halus, campurkan garam dan masukkan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga tepung tidak melekat ditangan.

 

Bahan Inti kelapa:

  • 1 biji kelapa parut (putih sahaja, lagi elok kalau kelapa yang agak muda)
  • Gula melaka
  • Sedikit air
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit tepung gandum (untuk mengelakkannya berderai)
Satukan semua bahan inti dan dimasak atas api sederhana, ketika inti hampir kering, taburkan sedikit tepung sehingga rasa inti tidak lagi berderai. Inti yang berderai akan menyukarkan proses memasukkan inti kedalam tepung nanti.

Bahan Dadih:
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu teh tepun beras
  • Sedikit garam.
Campur santan, tepung dan garam, masak atas api sederhana hingga pekat.


Cara-caranya:

  • Jerang air terlebih dahulu.
  • Jemputkan doh saiz bebola sederhana, begitu juga dengan inti, bulatkan terlebih dahulu untuk mudahkan proses nak masukkan inti kedalam doh. Buat lubang/leperkan dan masukkan inti kelapa dan tutup.

 
  • Rebus didalam air yang mendidih, dan tunggu sehingga ia timbul (seperti kuih onde2), angkat dan masukkan dalam sebahagian dadih.
  • Letakkan atas daun pisang yang telah dilayur dan dipotong. Balut kemas.


Sedap dimakan waktu panas. 

~ Selamat mencuba ~


Sunday, August 24, 2014

Dodol Goreng


Penghujung syawal ni.. kuih-kuih pun tinggal penghujung jer.., hari ni tengok bekas-bekas kuih yang semakin kosong dan dodol yang ada dah menjadi keras (saya suka dodol lembik). Sayang kalau dibiarkan begitu saja.. terfikir nak buat dodol goreng.. Jom kita tengok bagaimana caranya..

Bahan:
Caranya:

Dodol dipotong kecil (1" x 1")

Masukkan dalam bancuhan tepung (seperti buat goreng pisang) dan goreng seperti menggoreng pisang.

Inilah hasilnya.

~Selamat Mencuba~







Monday, July 14, 2014

Jem Nenas









Nak buat jem nenas ni mudah jer.. memandangkan saya tak pernah buat dalam kuantiti yang kecil.. maka gambar yang ada dalam simpanan semua yang tidak menggambarkan kuantiti bahan yang saya bagi.


Setiap kali saya buat.. mesti 50 biji keatas. Tapi apapun kaedahnya dan tipsnya tetap sama..


Bahan:
  • 5 biji nenas (parut tau..jangan blend.. nanti dia terlalu halus.. tak adalah kesan tarik2 tu dan jangan buang airnya.. ini supaya jem tahan lama)
  • 10 kuntum cengkih.
  • 2 batang kulit kayu manis (untuk bau)
  • 500 g gula pasir
  • 200 g gula batu
  • 2 sudu kecil esen nenas

Cara:

Tenggekkan nenas yang diparut atas api... jangan masukkan gula dahulu, masukkan bunga cengkih dan kulit kayu manis serta esen nenas. Biar air nenas agak kering baru masukkan gula.. kalau tidak nanti dia jadi seperti kawah gunung berapi, mermercik.. habis tangan.., dan kalau masukkan gula terlalu awal.. jem akan jadi lebih perang/ hitam.


Peringkat mengeringkan air nenas



Kelihatan air nenas hampir kering


Bila air nenas dah hampir kering, masukkan gula pasir dan gula batu, pada peringkat ini.. inti nenas perlu kacau selalu untuk elak dari hangit.


Kacau hingga kering



 Sejukkan dan seeloknya simpan dalam fridge.


Tips;

Tujuan gula batu adalah untuk memekatkan jem, jem yang dicampur gula batu amat mudah untuk dibentukkan.


~ Selamat Mencuba ~



Saturday, July 05, 2014

Kuih Ketayap


Kuih ni ada yang panggil Kuih Ketayap, ada yang panggil Kuih Dadar dan tak kurang juga dengan panggilan Kuih Gulung. Tak kisahlah apa namapun.. yang penting kuih ni diperbuat dari tepung gandum dan ada inti kelapa...



Bahan-bahan:-(untuk 8 biji kuih ketayap)

Inti:
  • 2 cawan kelapa parut
  • 1 cawan bancuhan gula merah
  • Secubit garam
  • Simpulan daun pandan
Kulit:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 cawan air pandan (blend halus 4-5 helai daun pandan dengan 1 cawan air dan tapis)
  • Secubit garam

Cara-cara:-

  • Untuk inti: Campurkan bahan-bahan inti kedalam periuk dan masak dengan api perlahan hingga sedikit kering. Kalau kurang manis boleh tambah gula pasir. Bila dah sebati dan agak kering, keluarkan daun pandan dan ketepikan.
  • Untuk kulit: Campurkan kesemua bahan dan kacau sebati menggunakan blender. Panaskan non stick pan (api perlahan), tuang sedikit minyak (dalam 2 sudu) kedalam adunan. 



Satukan semua bahan dan blend



Kelihatan minyak dalam bancuhan tepung

  • Tuang sesenduk adunan ke tengah frying pan dan ratakan dengan senduk. Bila kulit kuih ketayap dah "lekang" dari frying pan tu maknanya kulit dah masak.

  • Bila dah masak, letak inti dan gulung seperti gambar di bawah ni.





~ Selamat Mencuba ~