Showing posts with label Masakan Pakistan. Show all posts
Showing posts with label Masakan Pakistan. Show all posts

Monday, September 08, 2014

Ayam Masala




Bahan-bahan: 
  • 1 ekor ayam - potong 12 (kalau ayam kampung lagi ok, boleh diganti dengan daging atau kambing) 
  • 10 biji bawang besar - dihiris 
  • 10 biji tomato - belah empat 
  • 8 biji cili hijau (dibelah 2) 
  • 15 biji cili padi (di blend halus - kalau nak pedas boleh tambah lagi)
  • Rempah Biryani Masala (Saya gunakan brand Shan, boleh didapati di Carrefour) 
  • Sedikit sudu pes asam jawa (kalau nak sedikit rasa masam, jika tak.. tak perlu) 
  • 3 helai bay leaf 
  • Minyak masak untuk menggoreng Garam dan serbuk perasa.

Cara:

  • Panaskan kuali dengan minyak (minyaknya perlulah banyak, macam kita nak masak cucur), masukkan bawang besar yang siap dihiris, masukkan bay leaf. Goreng hingga agak kecoklatan, masukkan tomato dan cili hijau yang dibelah dua. Goreng hingga tomato lecur dan tak nampak lagi bentuk buah tomato masukkan juga cili api yang telah dikisar.

  • Masukkan ayam, kacau selalu dan goreng hingga ayam agak masak dan bawang serta tomato agak kering. Masukkan rempah biryani masala, perasakan dengan dan kacau anggaran 5-10 minit (Rempah masala dimasukkan setelah ayam agak masak adalah untuk mengelakkan rempah dari cepat hangit). Matikan api. Minyak yang berlebihan perlulah disaring keluar.

Sedap dimakan bersama nasi panas atau roti. Ayam juga boleh digantikan dengan daging lembu atau kambing, tetapi daging tersebut perlulah direbus/ pressure cooker terlebih dahulu.


~ Selamat mencuba ~


Sunday, August 10, 2014

Nasi Pulao


Resepi ni saya berguru dengan kawan Pakistan, salah satu koleksi resepi kesukaan saya.

Bahan:
  • Beras 4 cawan (air 5 cawan) - Saya gunakan Pusagold
  • Bawang besar 2 labu (hiris)
  • 1 inci halia (tumbuk halus)
  • 3 biji tomato (dadu atau belah 8)
  • Bahan tumis - Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bunga cengkih, 1 sudu teh jintah putih dan berberapa biji lada hitam - seeloknya tumbuk kasar, tumbuk sekejap jer..jangan sampai halus.
  • Minyak masak 1 senduk 
  • 2 sudu besar minyak sapi - (kalau tak guna pun tak apa, kalau guna.. baunya sungguh menawan..)



Caranya:
  • Cuci dan rendam beras dalam 10 minit dan toskan.
  • Sambil tu, panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bawang besar yang telah dihiris.. goreng hingga 60% perang (kalau nak nasi lagi kuning, goreng bawang hingga 80% perang).
  • Masukkan tomato yang dibelah tadi.. dan goreng hingga agak layu.

Gorengkan bawang dan masukkan tomato

Goreng hingga agak layu, masukkan halia yang telah ditumbuk dan juga bahan tumis

Masukkan air, perasakan dengan garam, tutup tudung periuk dan biarkan air mendidih

Bila air dah mendidih, masukkan beras, tutup tudung periuk, dan biar air agak kering (tapi jangan terlalu kering) dan kacau (masa ni mudah nak kacau sebab beras tak sticky lagi.., kerana masih ada air sedikit). Kecilkan api.

Ketika ini, alaskan periuk dengan pelapik dan gunakan api perlahan (saya gunakan kuali roti jala yang saya tak pakai lagi) dan biarkan selama 20-25 minit (masa ni jangan kacau.. utk elakkan beras patah)

Buka tutupperiuk dan jika nasi telah masak. tutup api.


Nasi telah sedia untuk dihidangkan. Lebih enak jika ditaburkan dengan gajus goreng, bawang goreng dan kismis.


~ Selamat Mencuba ~


Monday, June 23, 2014

Teh Tarik Pakistan



Bahan- bahan;

2 sudu besar (membukit) serbuk teh
1 sudu buah pelaga - ditumbuk untuk pecahkannya
1 tin susu cair
4-5 sudu besar gula
air (3 tin - boleh guna ukuran tin susu)


Cara;


Renihkan air, buah pelaga dan teh dengan api perlahan hingga kembang. Masukkan susu cair, kacau selalu (untuk elakkan susu membuak keluar). Masukkan gula dan kacau. Tapis dan boleh dihidangkan.


Buah pelaga

Tumbuk untuk pecahkan buah pelaga

Renihkan hingga kembang

Masukkan susu dan kacau



 Teh yang telah ditapis

Saturday, September 01, 2012

Biryani Gam Pakistan




Resepi ni saya dapat dari kawan saya yang berasal dari Pakistan. Bermula dengan dia menghadiahkan Nasi ini semasa majlis ulangtahun kelahiran saya yang ke 45 tahun lepas, dari situ saya mula meminati Nasi Biryani Pakistan. Ia tidak menggunakan minyak sapi mahupun susu. Dalam resepi ini banyak menggunakan bawang besar dan tomato. Maka rasanya sedikit masam2, maka tak lah muak sangat seperti kalau kita menggunakan minyak sapi.

Bahan-bahan:
1kg beras basmathi ~ saya beli basmathi 'ekstra panjang' (harga dalam RM 27 untuk 2kg)
1 ekor ayam ~ potong 12 (kalau ayam kampung lagi ok, boleh diganti dengan daging atau kambing)
1kg bawang besar ~ dihiris
1kg tomato ~ belah empat
12 biji cili hijau (dibelah 2)
15 biji cili padi (di blend halus - kalau nak pedas boleh tambah lagi)
Rempah Biryani Masala (Saya gunakan brand Shan, boleh didapati di Carrefour)
1 sudu pes asam jawa (kalau nak sedikit rasa masam)
3 helai bay leaf
Minyak masak untuk menggoreng
Garam dan serbuk perasa

5 inci halia (dihiris jejari)
Sedikit daun pudina
Sedikit daun ketumbar

Sediakan juga arang untuk memasak dibahagian tudung periuk. Dinasihatkan gunakan periuk biasa yang bertudung rata tu.

Cara penyediaan:
Bersihkan ayam dan sediakan bawang serta tomato.


hirisan bawang besar, tomato, ayam, bay leaf dan rempah yang digunakan.


PERINGKAT MEMASAK BIRYANI AYAM.
1. Panaskan kuali dengan minyak (minyaknya perlulah banyak, macam kita nak masak cucur), masukkan bawang besar yang siap dihiris, masukkan bay leaf. Goreng hingga agak kecoklatan, masukkan tomato dan cili hijau yang dibelah dua. Goreng hingga tomato lecur dan tak nampak lagi bentuk buah tomato masukkan juga cili api yang telah dikisar.

2. Masukkan ayam, kacau selalu dan goreng hingga ayam agak masak dan bawang serta tomato agak kering. Masukkan rempah biryani masala, perasakan dengan dan kacau anggaran 5-10 minit (Rempah masala dimasukkan setelah ayam agak masak adalah untuk mengelakkan rempah dari cepat hangit). Matikan api. Minyak yang berlebihan perlulah disaring keluar.
Kelihatan buah tomato yang digoreng, diikuti ayam yang digoreng hingga masak. Minyak lebihan perlulah disaring keluar dan taburkan dengan hirisan halia dan daun-daun.

3. Sebelum merebus beras, bakar arang terlebih dahulu. Arang ini akan digunakan pada peringkat akhir memasak dimana ia akan diletakkan diatas tudung periuk. Sediakan peralatan seperti periuk untuk merebus, periuk untuk memasak dan tapis untuk menapis beras setelah direbus 3/4 masak.

PERINGKAT MEMASAK NASI.
Didihkan air, sebelum tu rendam beras dalam 20 minit (supaya hasilnya nasi akan lebih panjang), basuh beras dan bila air telah mendidih, masukkan beras dan masak selama 6-8 minit (sehingga menjadi nasi separuh masak) dimana nasi menjadi butiran yang lembut dan tidak keras. Tapis beras yang 3/4 masak tadi.

PERINGKAT MEMBUAT NASI BIRYANI GAM:

1. Masukkan 1/3 bahagian nasi ke dalam periuk dan ratakan.
2. Masukkan separuh dari biryani ayam tadi bersama daun pudina, daun ketumbar dan hirisan halia dan ratakan menutupi bahagian nasi.
3. Masukkan lagi 1/3 bahagian lagi nasi menutupi ayam dan ratakan.
4. Masukkan baki biryani ayam tadi, ratakan.
5. Akhir sekali masukkan lebihan nasi yg tinggal dan ratakan.





















6. Tutup periuk (ikat tudung periuk dengan kain bersih, kain batik pun boleh - ini untuk mengelakkan wap dari keluar sewaktu memasak) dan masak dengan api perlahan. Seeloknya letakkan steel plate (atau tudung periuk pun boleh) diantara api dan periuk untuk mengelakkan nasi hangit. Masak anggaran 15 minit.




















7. Buka tudung periuk, kacau nasi bersama ayam tadi, kain pengikat tudung periuk dikeluarkan, dan letakkan bara arang diatas tudung periuk. Api dibawah dipadamkan, dan biar sehingga 15 minit dan ianya sedia untuk dimakan.