Showing posts with label Citarasa Johor. Show all posts
Showing posts with label Citarasa Johor. Show all posts

Monday, April 07, 2014

Bergedil


Bergedil ni memang makanan kegemaran saya dan keluarga. Selalu kalau saya buat ni sebab nak makan dengan Soto Johor. Nak buatnya tak lah susah sangat.. jom kita tengok bahannya.

Bahannya;
- Kentang 1kg.
- Daging cincang Ramly/ kalau nak gunakan daging burger pun boleh juga.
- 2 - 3 labu bawang besar - dipotong dadu.
- Daun bawang/ daun sup - seikut rasa, kalau banyak pun sedap..tapi berpada-padalah ya - hiris kasar
- 3 biji telur untuk mencelup semasa menggoreng
- Minyak untuk menggoreng
- Garam dan perasa.

Caranya;

  1. Kentang dikupas kulis dan potong seperti KFC wedges dan goreng sehingga empuk dan lenyekkan.
  2. Satukan daging, bawang dadu dan hirisan daun bawang/ sup kedalam kentang yang dilenyek. Masukkan garam dan serbuk perasa, gaul sebati.
  3. Kepalkan sebesar bola golf dan bentukkan membulat leper.., aturkan dalam dulang sebelum digoreng.
  4. Pukul telur dengan sedikit garam.
  5. Panaskan minyak dan celupkan bergedil yang telah dibentuk tadi kedalam telur sebelum digoreng.
  6. Angkat dan toskan.
Tips;
Kalau nak buat bergedil daging, gunakan daging, dan ia boleh juga ditukar dengan ayam atau ikan.

Soto Ayam




Kalau saya nak berdiet, saya akan masak masakan jenis ni.., yang tak berapa banyak gunakan karbohidrat (maksud saya nasi dan seangkatan.. mee hoon ok lagi). Soto ni lebih citarasa orang Johor.

Bahan Sup;

1 ekor ayam  (dibersihkan, nak buat seekor atau nak kerat pun boleh)
1 pek rempah soto (saya guna rempah Maharani)
5 ulas bawang putih
7 ulas bawang merah (bawang putih dan bawang merah ditumbuk)
3 cm halia (dititik saja)
Rempah tumis (bunga lawing, buah pelaga, kayu manis)
2 senduk minyak untuk menumis.

Caranya;

Ayam direbus dengan air (anggaran 2 - 3 litre) dan dimasukkan halia yang dititik, biar sampai lembut. Keluarkan ayam (simpan air rebusan tadi untuk sup), toskan airnya dan panggang (sy panggang dalam micro wave jer). Bila masak, sewaktu ayam sejuk.. carikkan isi-isi ayam dan segala tulang-tulangnya dimasukkan semula ke dalam air rebusan tadi.

Panaskan minyak (saya guna kuali jer), tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis, masukkan rempah soto dan goring hingga naik bau, tutup api.. masukkan bahan yang ditumis tadi (termasuk minyaknya) kedalam air rebusan tadi... dan renihkan air rebusan hingga sedikit pekat (maksudnya dari 3 litre tadi.. renihkan sehingga jadi 2 litre).. mengikut suka.

Kebiasaannya sup ni dimakan bersama dengan Nasi Impit dan suhun yang digoreng.


Bahan Hias/ sampingan:

Tauge (dibersihkan ekornya.. kalau rajin.. hehe)
Kacang tanah (digoreng)
Cili kicap (cili api + kicap manis + sedikit gula dan blend kesemuanya)
Bawang goreng.

Tips;
Kalau nak buat bergedil, kentang jangan direbus, tetapi digoreng atau bakar.. sebabnya.. ia senang dibentuk dan tidak pecah semasa nak menggoreng.











Monday, January 30, 2012

Tumis Asam Pedas Ikan Parang



Bahan;

Ikan Parang (2 keping pun cukup.. anak2 bagi makan ikan tenggiri.. tak banyak tulang)

Bahan blend;
Bawang merah (dalam 6-7 ulas)
Bawang Putih (dalam 5 ulas)
Cili Kering 25 tangkai (nak pedas.. letak lagi banyak)
Kunyit hidup 3/4 inci (agak2 pun ok)
(semuanya di blend hingga hancur)
Air Asam Jawa (sebesar atau kecil sikit dari bola ping pong) bancuh dengan 2-3 gelas air /atau 1 keping asam keping)

Sayur- Boleh letak bendi atau terung

Option lain- Kalau suka bolehlah letak bunga kantan, daun limau, daun kesum atau lobak asin (tapi kalau tak ada ni semua pun tak akan menjejaskan rasa asam pedas pun)

Cara:Panaskan minyak.. agak2 dalam 1 senduk.. tumiskan bahan blend.. tumis hingga garing. Masukkan air asam.. masukkan ikan.. bila dah mendidik.. masukkan bendi ( i suka masukkan sebatang2 tu)... dan masukkan daun2 pilihan tadi.. masak sekejap (dalam 4 min) dan angkat.. (sebelum tu bagilah perasa sikit)..

Wednesday, December 14, 2011

Mee Siput Sambal Tumis



Mee Siput ni senang jer.. saya biasa beli di Muar atau Batu Pahat. Goreng macam kita goreng keropok, goreng dengan minyak panas (agar kembangnya menjadi).


Sambal Tumis.

Cara saya senang jer..

20 tangkai cili kering, rendam dan blend dengan sedikit ikan bilis
Segenggam ikan bilis, cuci dan goreng
2 labu bawang besar, di potong membulat.


Panaskan minyak, tumiskan lada blend, biar naik bau, masukkan bawang besar, sedikit asam jawa yang dibancunh dengan segelas air, masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Api biar perlahan, biar sambal merenih. Perasakan dengan garam dan serbuk perasa, masukkan 2 sudu besar gula pasir. Renihkan hingga agak pekat (kacau sekali sekala).

Sunday, March 30, 2008

Roti Jala




Bahan-bahan;


1 kg tepung

1 biji kelapa parut (dapatkan santan anggaran 1L)

Air secukupnya

Telur 1 biji

Sedikit pewarna kuning, garam secukup rasa


Cara membuatnya;

Masukan tepung dalam bekas, pecahkan telur, masukkan garam serta pewarna kuning. Masukkan santan, kacau. Dengan menggunakan blender, blend bancuhan tadi hingga sebati. Masukkan air sekiranya bancuhan terlalu pekat. Dapatkan bancuhan seperti membuat kuih katayap (kuih dadar).


Panaskan 'non stick pan', jalakan menggunakan acuan roti jala. Bila tak melekat (atau sudah masak), angkat dan gulung atau lipat. Sedap dimakan bersama kuah kari.

Thursday, March 29, 2007

Mee Bandung Muar (Original Recipe)


ATURAN
1. Sediakan bahan untuk 'paste'
2. Rebusan Daging
3. Bahan Lain

Penyediaan Paste.Sediakan bahan ni terlebih dahulu. Boleh disediakan banyak2 dan keep in the fridge.. bila nak masak.. just tumiskan paste ni.. (buat permulaan sediakan sikit jer)

Bahan Paste;
300 g udang basah (bersihkan dari kulit dan kepala)
100 g udang kering (rendam)
200 g kacang tanah (sangai terlebih dahulu)

5 tangkai cili kering 3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah ..... diblend bersama 4 sudu besar kacang tanah.. diblend halus Sedikit minyak, garam, serbuk perasa dan sedikit gula.

Cara Membuat Paste:
Udang dibersihkan, isi udang bersama udang kering di blend. Kacang tanah diblend halus (berasingan dengan udang, sebab udang tu tak perlu blend halus pun). Kulit dan kepala udang direbus.. jadikan stok, blend dan tapis. Panaskan minyak.. tumiskan bahan2 tumis.. masukkan air stok, udang dan kacang tanah. Perasakan dengan garam, serbuk perasa dan gula.. biarkan pekat hingga menjadi paste. (Ia boleh disimpan lama dalam frizer)


Rebusan DagingRebus daging anggaran 1/2 jam.. kemudian simpan air rebusan dan hiris nipis daging... ketepikan.

Sediakan bahan2 lain.Bahan;
Mee Kuning (celur)
Sawi Tomato (belah 4)
Tahu digoreng dan hiris
Telur

Bahan hias..
Cili Merah
Bawang Goreng

CARA MEMBUATNYA.

Panaskan minyak, masukkan paste.. goreng sedikit. Goreng hingga begini anggaran 2 minit.


Masukkan air rebusan daging dan daging.

Masukkan sawi dan tomato... biar mengelegak baru masukkan telur.. jangan dikacau.. biarkan telur masak ala2 cair gitu..

Sediakan mee dan tahu goreng

Tuangkan kuah mee bandung ke atas mee.. dan taburkan cili dan bawang goreng.


~ Selamat Mencuba ~

Tuesday, April 04, 2006

Tumis Asam Pedas

Panaskan minyak, tumis bawang dan cili hingga naik bau

Masukkan ikan dan air asam jawa

Masukkan bendi/ terung/ sayur asin

Perasakan dengan garam dan serbuk perasa

Bahan;

Ikan (parang, tenggiri, selar, kembung, terubuk)
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
cili blend
Air asam jawa/ 1 keping asam keping
Bendi/ terung
lobak asin (optional)
Serbuk kunyit, garam dan serbuk perasa
Minya untuk menumis.

Cara;

Bersihkan ikan, bawang putih/merah ditumbuk. Panaskan minya, tumiskan bawang hingga naik bau, masukkan cili, masak hingga naik bau. Masukkan ikan, masukkan air asam, sedikit serbuk kunyit. Masukkan bendi/terung dan lobak asin (optional). Masukkan garam dan serbuk perasa.