Showing posts with label Anika Talam dan Puding. Show all posts
Showing posts with label Anika Talam dan Puding. Show all posts

Monday, December 12, 2016

Cara Mudah Memotong Talam.



Selalu tak tengok talam yang kawan-kawan kita potong tu nampak cantik jer.. sedangkan kita potong talam.. senget benget. Haaaa.. ada caranya.. selalunya hanya orang-oarang yang hadir kelas talam jer tau rahsianya.. kita-kita ni yang belajar buat talam secara online.. puaslah praktis.. tapi tak jadi jugak. 

Terima kasih pada rakan FB saya Yatie Ally yang memberi tunjuk ajar. Itulah seronoknya bila buat perjumpaan group masak ni.. macam-macam petua yang boleh kita kongsikan.

Saya kongsikan.. dia ada alat pemotong yang digunakan untuk memotong talam. Cuba tengok video kat bawah ni. Tak tidur malam saya.. terlalu excited nak dapatkan benda ni.

Lagi satu tips.. guna pisau plastik yang disapu dengan sedikit minyak. Jangan guna pisau stainless steel tu.





Inilah alat pemotongnya, didatangkan dalam 5 ukuran berbeza dan bersekali dengan pisau pemotongnya. 

Saya pun dah beli.. satu set RM 80 termasuk pos. Kalau nak saya tolong orderkan pun boleh.. call atau message saya 012-3457550


Friday, October 03, 2014

Talam Tokyo



Entah kenapa namanya Talam Tokyo tak lah pula diketahui, begitu juga asal usulnya. Ada juga yang kata asalnya dari Johor dan bukan dari Jepun. Apapun tak kisahlah asalnya dari mana.., janji sedap dan kat sini saya nak kongsikan resepinya... jom kita lihat..



Bahan Untuk Lapisan Bawah:

- 300gm sagu biji warna putih
- 60gm sohoon
- 100gm kelapa parut putih
- 400ml (1-2/3 cawan) santan 
- 1 sudu kecil garam


Cara-cara:
  • Cuci sagu biji sebentar, rendam selama 30 minit dan toskan.Rendam soohun dengan air suam selama 30 minit, toskan dan potong kecil-kecil. 
  • Satukan bahan-bahan diatas dan masukkan ke dalam loyang 10 x 10 x 2" yang telah dialas plastik dan sapukan sedikit minyak. 
  • Kukus selama 25 - 30 minit dan tekankan dengan sudu supaya rata dan mampat.





Bahan Lapisan Atas:
- 3 cawan santan pekat (750ml)
- 15 helai daun pandan, blend dengan 1-1/2 cawan air (375 ml) tapis ambil jus pandan.
- 1-1/2 cawan tepung gandum
- 3 sudu besar tepung jagung
- 3/4 cawan gula
- 3 biji telur
- 1 sudu kecil garam
- Sedikit pewarna hijau

Cara:
  • Satukan tepung, masukkan air pandan, santan, pewarna, garam, gula dan telur. Gaul sebati dan tapis (seeloknya buat 2 kali). 
  • Masak bancuhan tadi diatas api perlahan dan kacau sentiasa (jangan lama tau) hingga wap naik dan tuang keatas lapisan bawah (sagu + sohoon) dan kukus selama 30 minit. Sejukkan baru potong.




~ Selamat mencuba ~

Monday, June 09, 2014

Pulut Seri Muka




Bahan lapisan bawah:

2 cwn beras pulut (rendam semalaman atau lebih 2 jam)
2-1/2 cwn santan pekat (750 ml)
1 sudu kecil garam
2 sudu kecil minyak




Cara:

  • Bersih dan toskan beras pulut, masukkan kedalam loyang (kalau nak mudah.. misalnya ada yang nak ambil tempahan.. elok dialaskan loyang dengan plastik), tuang santan yang telah dicampur garam dan minyak, gaul sebati. 
  • Kukus selama 30 min dan kacau/ gaul lagi. Angkat dan tekan bagi mampat untuk mengelakkan lapisan atas jadi mengelembung.




Bahan Lapisan Atas:

3 cawan santan pekat (750ml)
15 helai daun pandan blend dengan 1-1/2 cawan air (250 ml) tapis ambil jus pandan.
1-1/2 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula
3 biji telur
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna hijau

Cara:






Satukan tepung, masukkan air pandan, santan, pewarna, garam, gula dan telur. Gaul sebati dan tapis (seeloknya buat 2 kali). 

Masak bancuhan tadi diatas api perlahan dan kacau sentiasa (jangan lama tau) hingga wap naik dan tuang keatas pulut dan kukus selama 30 minit. Sejukkan baru potong.

Ini versi kacau dulu bancuhannya atas api perlahan baru tuang atas lapisan pertama. Permukaan talam lebih licin.



Ini versi saya masukkan terus bancuhan atas lapisan bawah dan terus kukus. Hasilnya permukaan tak berapa rata.


~ Selamat mencuba ~

Wednesday, March 29, 2006

Anika Puding

PUDING ROTI

Bahan;

A:
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar tepung jagung

C:
2 sudu besar kismis hitam Sos Kastad
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara;

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu segar selama 30minit. Kacau dan gaul rata bahan B. Masukkan kismis dan tuangkan kedalam loyang. Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit atau hingga masak. Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar. Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

Sos Kastad boleh juga di gantikan dengan ais kerim coklat/vanilla dan sebagainya.. ataupun cream coklat.

Anika Talam

SERIMUKA JAGUNG

Bahan-bahan;
Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam

(Kukus hingga masak)

Lapisan Tengah;
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawanjagung cream
sedikit garam

(Gaulkan dan masak sekejap atas api)

Lapisan Atas;
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula sedikit garam

(Gaulkan dan masak sekejap atas api)

Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]. Masakkan anggaran 15 minit. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru di potongkan dan hidangkan.


SERIMUKA PULUT HITAM

Lapisan Bawah:
1 cawan pulut putih
1 cawan pulut hitam
3 cawan santan cair
1 susu teh garam

Cara;
Rendamkan pulut berasingan selama 3 jam. Gaulkan semua bahan dan masukkan dalam loyang. Kukuskan sehingga masak. Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi. Kukuskan semula dan Gariskan pulut serta tuangkan adunan bahagian atas.

Lapisan Atas:
3 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
3/4 cawan gula
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
2 biji telur
1 sudu teh garam

Cara;
Gaul rata semua bahan dan tapis. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi. Kukuskan lebih kurang 1/2 jam. Sejukkan dahulu baru potong.



TALAM JAGUNG

Bahan lapisan bawah;
1 cawan jagung cream
2 cawan tepung beras
0.5 cawan tepung jagung
3.5 cawan santan
1 cawan gula

Bahan lapisan atas;
1.5 cawan tepung beras
4.5 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara;
Gaulkan semua bahan lapisan bawah dan kacau sebati. Masukkan dalam loyang yang telah disapukan sikit minyak. Kukuskan selama 30 minit. Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk. Kacau sekejap [10 minit] diatas api yang kecil. Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakarkan sikit dan tuangkan perlahan-lahan adunan lapisan atas. Kukuskan selama 20 minit. Sejukkan barulah dipotong.



KUEH TALAM KACANG HIJAU

Lapisan bawah - [kacang hijau ]
1 cawan kacang hijau[ rebus lembut dan mesin halus sikit]
2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung ubi/kanji/jagung
1 cawan gula
3 cawan santan cair + sikit garam
pewarna merah

Cara;
Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. Masukkan semua bahan kecuali kacang hijau dan kacau rata. Tapiskan, dan masukkan kacang hijau yang dimesin dan kacau rata. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukus sehingga masak dalam 30 minit.

Lapisan Atas - [santan ]
1 1/2 cawan tepung beras
4 1/2 cawan santan pekat
1 sudu teh garam sikit

Cara;
Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. Sentiasa kacau supaya adunan ni tidak berketul-ketul. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang hijau tadi. Kukus lagi selama 25 minit. Sejukkan sebelum potong dan hidangkan.

Talam Keladi

Keladi yang dipotong kiub dan dikukus hingga lembut



Blend sedikit dengan santan



Kacaukan campuran keladi sekejap diatas api



Bahagian atas yang dimasak sekejap diatas api



Kukus selama 20 minit



Inilah hasilnya

Bahan:

Lapisan Bawah

300 gm keladi
600 ml santan cair [1/2 biji kelapa]
150 gm tepung beras
20g tepung ubi
1/2 sudu teh garam


Lapisan Atas

250 gm gula halus (boleh kurangkan kalau tak suka manis)
1 cawan tepung beras
2 sudu besar tepung ubi
3 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
Pewarna purple dan esen keladi

Cara:

  • Bersihkan keladi dan rebus/ kukus sehingga lembut. Campurkan semua bahan lapisan bawah dan sebahagian keladi yang telah direbus/ kukus dan dikisar/ blend. Masukkan dalam periuk dan kacau diatas api sekejap. Masukkan adunan dalam loyang yang telah disapukan minyak. Kukuskan selama 20 minit.
  • Campurkan adunan lapisan atas dan tapis. Masakkan sebentar diatas api yang perlahan dan tuangkan atas permukaan keladi yang telah dicakar-cakarkan. Kukuskan selama 30 minit. Sejukkan betul-betul sebelum dipotong dan hidangkan.
~ Selamat mencuba ~


Serimuka Jagung

Sumber Kak Hanieliza

Bahan-bahan:

Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
3 cawan santan cair
1 sudu teh garam

(Kukus hingga masak)

Lapisan Tengah
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan gula
1/4 cawan tepung kastad
1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawan
jagung cream
sedikit garam

(Gaulkan dan masak sekejap atas api)

Lapisan Atas
2 cawan santan pekat
1 biji telur
1/4 cawan jus pandan
1/4 tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1/4 cawan gula sedikit garam

(Gaulkan dan masak sekejap atas api)

Masukkan semua bahan dalam loyang dan kukuskan. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat. Lapiskan dengan lapisan tengah [adunan jagung]. Masakkan anggaran 15 minit. Bila dah masak masukkan pula lapisan atas [adunan hijau pandan] dan kukuskan lagi selama 15 minit. Bila dah masak, sejukkan betul-betul baru di potongkan dan hidangkan.